Kaji selidik yang dijalankan firma penyelidikan, Merdeka Centre dengan kerjasama The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mendapat 43 peratus responden yang meletakkan kes membabitkan kanak-kanak itu pada kedudukan teratas.
Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata walaupun selepas sebulan kes Nurin Jazlin berlalu, kejadian itu tetap mendapat tumpuan masyarakat apabila mencatat purata 95 peratus responden mengetahuinya.
"Kes itu (Nurin) juga mencatatkan kadar pecahan tinggi mengikut kaum iaitu masing-masing 99 peratus responden kaum India mengetahuinya, diikuti Melayu (97 peratus) dan Cina (92 peratus).
"Daripada responden yang ada, 47 peratus berpuas hati usaha polis menyelesaikan kes itu," katanya.
Isu lain yang turut mendapat perhatian umum adalah pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (12 peratus), perbicaraan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibu (9 peratus) dan demonstrasi jalanan di Batu Burok (8 peratus).
Selain isu jenayah dan keselamatan awam, isu lain yang turut mendapat perhatian adalah masalah sosial, rasuah dan salah guna kuasa serta ekonomi.
Ibrahim berkata, 30 peratus responden berpendapat setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjamin keselamatan semua pihak, manakala 24 peratus lagi meletakkan tugas itu kepada polis dan pasukan keselamatan lain.
"Manakala 18 peratus responden menganggap kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dalam hal keselamatan, manakala 15 peratus lagi berpendapat ibu bapa dan keluarga juga wajar memainkan peranan masing-masing," katanya.
Mengenai tugas yang dilaksanakan polis, sebanyak 58 peratus responden secara purata berpuas hati dengan polis iaitu 76 peratus bagi India dan Melayu (72 peratus).
Berkaitan klip video kes Lingam yang mengandungi perbualan telefon seorang peguam terkemuka dengan hakim kanan untuk mengatur pelantikan hakim di negara ini, secara purata responden sama ada di bandar atau luar bandar dan pecahan mengikut kaum, masing-masing memberi maklum balas seimbang.
Bagaimanapun, 50 peratus responden tidak mengetahui mengenai isu klip video itu, sekali gus dilihat tidak memberi kesan kepada undi mereka pada pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, 51 peratus responden menganggap institusi kehakiman menjalankan tugas dengan dipengaruhi politik, manakala 23 peratus berpendapat badan kehakiman itu melaksanakan tugas dengan adil. - Berita Mingguan
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, November 26, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kes Nurin paling dapat tumpuan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "