/

Kajian: Rakyat Malaysia, S'pura sentiasa rasa bimbang

SINGAPURA: Penduduk di Malaysia dan Singapura amat bimbang terhadap keselamatan, tetapi tidak sebimbang mereka yang tinggal di Hong Kong dan Brazil, menurut Indeks Keselamatan pertama Global Unisys yang dikeluarkan hari ini.

Malaysia dan Singapura masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat daripada segi tahap keseluruhan kebimbangan berkaitan keselamatan.

Brazil dan Hong Kong pula masing-masing berada di tangga pertama dan kedua.

Lebih 13,000 orang dari Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Australasia dikaji selidik untuk indeks sulung yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan terulung Newspoll and International Communications Research.

Kesemua 14 negara yang berada dalam senarai Indeks Keselamatan Global Unisys itu ialah Australia, Belgium, Brazil, Perancis, Jerman, Hong Kong, Itali, Malaysia, Belanda, New Zealand, Singapura, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Malaysia mencatatkan keputusan indeks keseluruhan sebanyak 174 manakala Singapura merekodkan 172, Hong Kong 179 dan Brazil 188. Purata global adalah 137. Perancis mempunyai catatan paling rendah iaitu 83.

Menurut Unisys, empat indeks keselamatan utama bagi kaji selidik itu adalah keselamatan kewangan, keselamatan negara, keselamatan diri dan keselamatan internet.

"Setiap orang walau di mana sahaja mereka berada, bimbangkan keselamatan kewangan halangan dalam membayar bil atau ancaman daripada penyalahgunaan kad kredit/kad bank atau data kewangan peribadi.

"Kebimbangan ini berada di tahap daripada sederhana sehinggalah kepada keterlaluan di kesemua 14 negara," kata Unisys.

Warga Britain agak bimbang terhadap penipuan kad bank (184) namun kebanyakannya merasa terjamin mengenai keupayaan mereka untuk membayar bil pada masanya (98) manakala Australia dan Amerika Syarikat lebih bimbangkan ancaman kepada keselamatan negara berbanding kemungkinan tercetus wabak penyakit, katanya. - BERNAMA



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, November 01, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog