/

Seluruh Asia Tenggara diancam denggi terburuk - WHO

ASIA Tenggara telah dilanda wabak penyakit demam denggi terburuk sejak beberapa tahun lalu sehingga mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar kempen mengekang penyakit itu diperhebat.

Para pakar pula menduga peningkatan masalah itu mungkin ada kaitan dengan pemanasan global yang dialami sekarang.

Negara-negara paling teruk terjejas ialah Kemboja, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Thailand.

Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak yang dibawa ke hospital dengan demam panas yang tinggi. Ramai menangis tanpa henti kerana mengalami sakit sendi yang teruk - gejala lazim denggi.

Sejauh ini, belum ada vaksin atau ubat untuk mencegah atau memulihkan demam denggi yang disebabkan empat jenis virus yang dibawa nyamuk.

'Kita harus mengambil langkah pencegahan berkesan untuk mengekang penularan penyakit ini untuk sekurang-kurangnya melambatkan merebaknya wabak ini,' kata Michael Nathan, pakar denggi di WHO.

Di Bandar Ho Chi Minh di Vietnam, misalnya, setiap minggu sejak dua bulan lalu, sekitar 350 pesakit denggi dimasukkan ke hospital.

Jumlah ini dua kali lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Nguyen Dac Tho, timbalan pengarah di Jabatan Perubatan Pencegahan di bandar itu.

Secara keseluruhan, hampir 80,000 kes denggi dilaporkan di Vietnam tahun ini - 68 daripadanya menyebabkan maut. Kebanyakan kes berlaku di wilayah-wilayah selatan negara itu yang dilanda musim tengkujuh dari Jun hingga Disember.

Demam denggi menjejas hingga 50 juta manusia di seluruh dunia setiap tahun dan WHO menganggarkan 19,000 orang meninggal dunia akibatnya dalam 2002.

Penyakit itu menyebabkan gatal-gatal di badan, pening dahsyat, muntah dan sakit sendi yang keterlaluan. Kesan paling teruk ialah pendarahan dalaman, hati bengkak dan peredaran darah terganggu.

Di Indonesia pula, 123,500 kes dan 1,250 kematian dicatatkan, berbanding 114,000 kes pada 2006, manakala di Kemboja, angkanya mencapai 38,500 dan 389 kematian - dua kali lebih tinggi berbanding angka 2006.

Thailand dan Malaysia pula mencatatkan 80,000 kes tahun lalu dengan masing-masing mengalami 67 dan 88 kematian. - AP, BHS



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Oktober 31, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog