/

Kanak-kanak kerap tonton TV alami masalah sikap

CHICAGO: Satu kajian terbaru mendakwa kanak-kanak yang kurang menonton televisyen pada usia lima setengah tahun, tidak mempamerkan sebarang masalah berbanding budak yang menjadi penonton setia kaca TV.

Penyelidikan itu mendakwa seorang bagi setiap lima kanak-kanak yang menonton televisyen sekurang-kurangnya dua jam sehari, berisiko besar mengalami masalah dari segi sikap. Risiko itu lebih ketara jika tabiat menonton berkenaan timbul ketika kanak-kanak itu sudah berusia lima tahun.

"Beberapa kajian sebelum ini jelas menunjukkan kesan negatif menonton televisyen dengan kerap. Namun, apa yang lebih penting adalah tempoh pendedahan mereka kepadanya juga tidak kurang pentingnya," kata penyelidik dan penulis penyelidikan itu, Kamila Mistry daripada Jabatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan di Universiti Johns Hopkins.

"Tindakan mengurangkan tontonan televisyen pada tahap yang sewajarnya boleh mengurangkan risiko kanak-kanak itu menjadi bermasalah dari segi kelakuan dan sosial," katanya dalam kajian disiarkan edisi terbaru Pediatrics yang menjadi lidah rasmi Persatuan Pediatrik Amerika Syarikat.

Persatuan itu sudah mengeluarkan garis panduan yang tidak menggalakkan kanak-kanak berusia kurang dua tahun menonton televisyen.

Ia turut menegaskan kanak-kanak berusia lebih dua tahun mengehadkan masa tontonan kepada kurang dua jam sehari. Ibu bapa juga tidak harus meletakkan sebarang kaca televisyen dalam bilik tidur anak mereka. "Namun, di sebalik amaran berkenaan, masih ramai kanak-kanak yang sebaliknya menonton televisyen melebihi dua jam."

Penyelidik itu menganalisis hasil wawancara selama tiga tahun dengan ibu kira-kira 2,700 kanak-kanak bagi mengkaji tabiat menonton kanak-kanak dan sama ada mereka mudah menjadi gelisah, murung, mempunyai masalah tidur, sukar memberi tumpuan, berperangai agresif atau tidak pandai bergaul.

Sebanyak 65 peratus responden kanak-kanak dalam kajian itu menonton televisyen lebih dua jam sehari pada usia 2 - 2 1/2 tahun, tetapi tempoh tontonan mereka dikurangkan apabila mencecah usia 5 1/2 tahun.

"Kanak-kanak yang dapat mengurangkan waktu tontonan menjelang usia lima setengah tahun, tidak berisiko besar mengalami masalah sikap atau sosial," kata Dr Cynthia Minkovitz, yang turut terbabit dalam penyelidikan itu. - Reuters




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Oktober 02, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog