/

Ulama Indonesia keluar fatwa haram bina loji nuklear

JAKARTA: Berpuluh-puluh ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan pembinaan loji tenaga nuklear pertama negara itu di Pulau Jawa, atas alasan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Mereka yang turut mewakili pertubuhan Islam terbesar negara itu, Nahdlatul Ulama bagaimanapun mengakui loji yang dijadual pembinaannya pada 2010 dan beroperasi pada 2016, akan dapat memenuhi permintaan bagi tenaga elektrik yang kian meningkat.

Namun, pada masa sama, mereka menyifatkan projek itu sebagai haram berikutan kebimbangan sering berlakunya gempa bumi di pulau yang berpenduduk padat serta persoalan mengenai pengendalian aspek pelupusan sisa radioaktif, kata Kholilurrohman yang mengetuai mesyuarat itu kelmarin.

Kami perlu menegaskan kepentingan mengelakkan bahaya,” katanya sambil menambah fatwa itu hanya membabitkan pembinaan loji di utara Pulau Jawa, kira-kira 450 kilometer ke timur Jakarta.

Sebarang tindakan mengingkari fatwa berkenaan dianggap berdosa.

Indonesia, negara paling ramai penduduk Muslim di dunia iaitu kira-kira 200 juta, sememangnya mengharapkan tenaga nuklear itu dapat membekalkan kuasa sehingga 4,000 megawatt, menjelang 2025.

Indonesia sememangnya terdedah kepada kegiatan gempa bumi berikutan kedudukannya di atas kawasan dikenali Lingkaran Api Pasifik yang dipenuhi gunung berapi dan gempa di sekitar Lembangan Pasifik.

Biarpun loji nuklear boleh dibina kukuh dan tahan daripada sebarang ancaman gempa, rasa bimbang di kalangan rakyatnya tetap ada.

Malah, beratus-ratus rakyat Indonesia mengadakan bantahan jalanan di Pulau Jawa sejak beberapa bulan lalu. – AP

try , Selasa, September 04, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog