2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bagaimana Menangani Kenakalan Anak

BAGAIMANA MENANGANI KENAKALAN ANAK

Kenakalan
anak-anak kadang kala membuatkan kemarahan anda sebagai ibu bapa memuncak sehingga membuatkan anda akan meninggikan suara, memukul mereka tanpa menghiraukan jiran tetangga dan sebagainya. Justeru, untuk menangani masalah ini, berikut merupakan 7 kaedah bagaimana untuk anda manjaga perilaku kenakalan anak-anak agar anda dapat mengawalnya.

Buat Peraturan
Sebagai ibu bapa anda berhak mengatur aktiviti anak-anak. Oleh itu untuk menjaga
kenakalan mereka pastikan anda membuat jadual peraturan yang sederhana. Senaraikan
perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh.. Bincangkannya bersama anak supaya
mereka tidak merasa terkongkong

Pencegahan Awal

Sekiranya anda merasa tingkah laku anak anda di luar kawalan seperti menjerit-menjerit (tanpa sebab), berlari-lari di dalam rumah dan sebagainya berusahalah untuk mengalihkan perhatian mereka kepada perkara lain seperti ajak dia bermain mainan kesukaannya, menonton televisyen dan sebagainya.

Fahami Tingkah Laku Si Kecil
Pastikan anda membuat catatan kecil mengenai sikap anak anda yang kurang menyenangkan, Dari catatan tersebut, anda dapat mengetahui pola kenakalan mereka dan cuba pertimbangkan segala kesalahan tersebut berpunca dari salah siapa. Jangan salahkan anak anda sepenuhnya, tanyakan sepenuhnya, tanyakan pada diri, adakah anda telah memberikan sepenuh perhatian kepadanya? Maka cubalah untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Berdisiplin.
Amalkan disiplin yang mudah untuk mereka lakukan. Perhatikan berapa lama anak anda
boleh mengikutinya. Misalnya minta anak anda berdiam diri seketika di kerusinya atau
dia dilarang untuk bermain barang kesukaannya, mengemas bilik tidur selepas bangun
dan beberapa perkara mudah yang lain.

Berikan Masa
Ketika kemarahan anda terhadap si kecil memuncak, cuba bertenang dan berikan masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk anda meredakan suasana, Tarik nafas sedalam-salamnya dan cubalah mencari jalan penyelesaian untuk mengubah sikap sikecil

Hindari Memukul Ketika Marah.
Ketika marah, emosi sedang mengawal segala tindakan sehingga ada kalanya tidak sedar
apa yang anda lakukan. Menurut kajian yang dijalankan, memukul anak kerana
kenakalannya adalah perkara yang sangat tidak efektif dan tidak dapat membantu anda
menyelesaikan masalah. Malahan ia mungkin akan mendatangkan kesan yang mendalam
kepada anak-anak. Anda mahukan yang terbaik tetapi sebaliknya akan mereka lakukan.

Biarkan Berlalu
Lupakan sebentar kenakalan anak-anak yang telah membuat anda `tension' dengan berolahraga atau bersiar-siar. Tindakan tersebut sekurang-kurangnya dapat memulihkan perasaan marah anda tadi. Cari sedikit masa untuk anda merehatkan fikiran yang kusut itu
try , Khamis, Ogos 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog