2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Vaksin baru tibi lebih berkesan

Suntikan bertahan sepanjang tahun, murah

LONDON: Vaksin baru pertama penyakit tibi sejak lapan dekad lalu, sudah disuntik sebagai percubaan di Afrika Selatan, kata penyelidik di Universiti Oxford, Dr Helen McShane.

Dr McShane berkata, suntikan itu yang diberikan bersama vaksin BCG mampu memberi perlindungan lebih baik kepada orang ramai daripada penyakit maut itu.

Beliau yang mengetuai kajian bersama kumpulan penyelidik sebuah agensi tempatan, berkata vaksin berkenaan adalah selamat dan mampu merangsang paras imunisasi yang cukup tinggi dan diperlukan untuk melindungi seseorang daripada penyakit tibi.

“Bagaimanapun adalah penting untuk menguji sama ada vaksin ini mampu menghalang seseorang daripada dijangkiti tibi,” katanya.

Beliau berkata, jika vaksin berkenaan terbukti selamat, murah dan lebih berkesan berbanding BCG serta mampu bertahan sepanjang hayat, pengenalan semula program imunisasi di Britain mungkin memberi manfaat besar.

Vaksin BCG yang biasa diberikan kepada semua kanak-kanak sekolah di Britain, kini disasarkan kepada kumpulan masyarakat yang mempunyai kadar jangkitan tibi yang tinggi, termasuk pendatang dan golongan tidak berumah.

Vaksin baru itu sudah diuji dan terbukti selamat di Gambia, manakala ujian terbaru dilakukan di kawasan Western Cape di Afrika Selatan, di mana seorang daripada setiap 100 bayi dijangkiti tibi, akan menentukan sama ada tambahan suntikan akan memberi kesan lebih baik berbanding suntikan BCG saja.

Sementara itu, sebuah agensi kempen kesedaran penyakit tibi, TB Alert berkata vaksin baru untuk mencegah penyakit tibi itu adalah satu perkembangan yang menggalakkan.

“Virus yang menyebabkan penyakit tibi sejak sekian lama mendahului usaha manusia untuk mencegahnya, terutama di negara yang mempunyai ramai penghidap HIV di Afrika Selatan dan pesakit tibi daripada jenis yang kebal semua jenis ubat,” kata seorang jurucakapnya.

Sementara itu, laporan dari Beijing menyatakan, pasangan suami isteri menghidap tibi yang mengabaikan larangan melancong dan terbang ke timur China ditemui dan mula dirawat. – Agensi
try , Ahad, Julai 29, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog