2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tabiat hisap ganja punca gila

Kajian dapati satu sedutan saja penguat risiko hingga 40 peratus skizofrenia

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa, satu sedutan kanabis atau ganja boleh menyebabkan individu terbabit berisiko sehingga lebih 40 peratus untuk menjadi gila.

Keadaan lebih buruk bagi golongan penagih kerana risiko mereka mengalami masalah mental membabitkan penyakit skizofrenia adalah lebih dua kali ganda.

Kajian rasmi kerajaan Britain yang dilakukan penyelidik empat universiti tempatan, menunjukkan pengambilan ganja secara keseluruhannya boleh dikait ke atas satu daripada setiap tujuh kes skizofrenia dan penyakit mental lain yang boleh mengancam nyawa.

Statistik menggerunkan itu yang menjadi kaitan terbaru kesan pengambilan ganja ketika remaja boleh mengalami masalah sakit jiwa pada usia dewasa, diumumkan beberapa hari selepas Perdana Menteri, Gordon Brown mengarahkan kajian semula keputusan menyenaraikan ganja sebagai kelas C atau kategori kurang serius berbanding dadah.

Ia berikutan pengakuan tujuh menteri Britain bahawa mereka pernah menghisap ganja ketika di universiti termasuk Setiausaha Dalam Negeri, Jacqui Smith.

Ganja dikaitkan dengan beberapa siri pembunuhan kejam, termasuk kematian pereka fesyen terkenal, Lucy Braham yang ditikam bertubi-tubi.

Sehubungan itu, kalangan penggubal dasar perlu memberi nasihat secukupnya kepada orang ramai mengenai kesan jangka panjang pengambilan ganja dan dadah ini. Malah, kami yakin yang kajian ini memperoleh bukti mencukupi bagi memaklumkan orang ramai yang ganja boleh menyebabkan masalah tekanan mental pada usia tua,” kata salah seorang penyelidik, Dr Stanley Zammit dari Universiti Cardiff.

Kajian itu tidak tertumpu kepada usia sebenar kemunculan masalah mental terbabit.

Bagaimanapun, penyelidikan sebelumnya menunjukkan tabiat menghisap ganja sejak usia remaja, menyebabkan individu menjadi gila pada usia seawal usia 20-an atau 30-an. – Agensi
try , Ahad, Julai 29, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog