2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tragedi alam landa Asia, Eropah

China paling ramai maut kerana banjir, 33 mati kepanasan di Romania

BEIJING: Sebahagian besar dunia kini dilanda bencana banjir dan bahang panas melampau dari Asia sehingga ke Eropah meragut banyak nyawa, penduduk kehilangan tempat tinggal serta nilai kerugian mencecah berbilion dolar.

Bencana banjir di Asia terus ketara apabila banjir itu turut menjejaskan Nepal, Indonesia, China, Bangladesh dan Brunei, setakat ini.

Keadaan di Eropah juga tidak terkecuali apabila bencana banjir di Britain masih belum reda dengan nilai tuntutan insurans akibat kerugian setakat ini mencecah kira-kira £3 bilion (RM21 bilion), manakala bencana bahang panas melampau di Itali, Slovakia, Greece, Croatia, Bulgaria menyebabkan tahap amaran terus dikekalkan pada paras tertinggi.

Di INDONESIA, kerajaan terpaksa menggunakan helikopter menggugurkan makanan dan keperluan lain ke atas beribu-ribu penduduk yang terperangkap akibat banjir dan tanah runtuh di Pulau Sulawesi.

Cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat di kawasan pedalaman berikutan banjir sedalam tiga meter dan meragut sekurang-kurangnya 85 nyawa, manakala 8,000 lain hilang tempat tinggal.

Di CHINA, angka korban jauh lebih tinggi iaitu mencecah lebih 500 orang dalam bencana banjir sepanjang musim panas kali ini. Ramalan kaji cuaca meramalkan keadaan lebih buruk akibat hujan lebat di Guangxi, Yunna, Guizhou dan Sichuan yang menyaksikan kemalangan jiwa besar.

Di NEPAL, selain kematian membabitkan 40 orang setakat ini, banjir turut memusnahkan kawasan pertanian, selain menjejaskan bekalan tenaga dan pengangkutan. 2,500 rumah turut hanyut dibawa air, lapor pegawai dan media, semalam.

Di BANGLADESH, banjir pada musim tengkujuh ini terus serius dengan menenggelamkan kawasan luas 30 daripada 64 daerahnya. Air sungai utama seperti Jamuna dan Brahmaputra melimpah.

“Beribu-ribu orang hilang tempat tinggal. Kami terpaksa mewujudkan khemah sementara di beberapa tempat, selain bersiap menghadapi kemungkinan lebih buruk,” kata Ibrahim Khalil, Timbalan Penguasa daerah Sirajgan yang terjejas teruk.

Di BRUNEI DARUSSALAM, pasukan tenteranya terbabit dalam usaha membaik pulih 200 rumah di kawasan perkampungan airnya yang popular selepas dilanda ribut awal minggu ini yang juga terburuk sejak 10 tahun lalu.

Di BRITAIN, Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan semalam, biarpun banjir terburuk di negara itu sejak 60 tahun lalu dijangka reda beberapa hari lagi, bencana itu menyaksikan tuntutan insurans setakat ini mencecah kira-kira £3 bilion.

Sebahagian besar kawasan perkampungannya di bahagian selatan masih ditenggelami air dan sehingga 140,000 penduduk di Gloucestershire masih terputus bekalan air bersih kerana bimbang air paipnya dicemari. Banjir dijangka terus berlaku di sepanjang Sungai Thames di Purley, Shiplake dan Marsh, kata Agensi Alam Sekitarnya. Tiga amaran banjir buruk di Thames juga masih berkuat kuasa selain amaran di 11 tempat lain.

Sementara itu, bahang panas melampau itu menyebabkan kebakaran di Eropah, membabitkan kawasan perkampungan dan hutan sehingga memaksa anggota bombanya menggunakan semua sumber yang ada.

Di ROMANIA, sebanyak 33 kematian dicatatkan manakala di Serbia, suhu panasnya terus meningkat.

Di ITALI, sekurang-kurangnya 4,500 hektar kawasannya yang dilindungi, terbakar akibat bahang itu sejak tiga minggu lalu, kata Dana Perlindungan Hidupan Liar (WWF). Petaninya berkata kerugian akibat tanah pertanian yang terbakar itu mencecah kira-kira $9 bilion euro (RM42 bilion). – Agensi
try , Sabtu, Julai 28, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog