2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Puisi CINTA Untuk direnung bersama

ya.. disinilah bermula segalanya..
dari berkenal-kenal. .
sms... rapat.. couple... berjumpa.... berpegangan tangan..
akhirnya..
tergadai sudah maruah diri..

inilah jadinya bila nafsu bermaharajalela..
bila sudah lalai dan leka..
bila syaitan beraja dijiwa..
buang agama, buang keluarga..
harga diri dan maruah tergadai sama..

kepada diriku dan sahabat-sahabatku kaum Hawa..
janganlah biarkan kesudahannya begini..
maruah dan harga diri perlu dijaga..
jangan mudah percaya pada manisnya kata-kata..
khuatir ada yang terkena..
kerana di dunia ini semakin ramai buaya..
hargailah dirimu..
kerana kau adalah seorang wanita..
seindah-indah perhiasan di dunia..

kepada sahabatku kaum Adam..
ingatlah. .
Allah telah mengangkat dirimu
menjadi pemimpin..
pemimpin seorang wanita..
pemimpin dalam keluarga..
pemimpin sesebuah negara..
kerana istimewanya dirimu
janganlah kau menipu insan lemah
bergelar'wanita '..
menanam tebu ditepi bibir..
bermanis kata,
mermadah pujangga..

Allah telah menganugerahkan 9 akal kepadamu
supaya kau dapat berfikir dengan baik..
dapat melawan nafsumu yang satu..
kerana itu juga kau dapat mendidik seorang wanita..

kepada semua..
tiada cinta yang haqiqi dan abadi
melainkan cinta kita kepada Allah..

ya! kita manusia..
kadang-kadang kita tidak dapat menolak
rasa untuk disayangi..
rasa untuk dicintai..
cinta itu fitrah bagi seorang manusia..
namun, janganlah pula kita leka dan alpa..

yakinlah sahabtku..
cinta Allah itu pasti..
dengan pengorbananmu yang sedikit ini..
Allah akan menganugerahkanmu
sesuatu yang kamu tidak sangka..

andai benar kamu mencintai seseorang..

bukan ungkapn sayang tanda cinta..
bukan dating tanda cinta..
bukan berpegangan tangan tanda cinta..
bukan hadiah tanda cinta..

tapi, dengan doa yang lahir
dari sekeping hati yang suci menyayangi..
memohon kpd Allah agar menjaga hatimu..
tidak terlalai dan
terleka.. hanya doa dipanjatkan. . andai
benar dia ditaqdirkan untukmu dan andai
benar dirimu ditaqdirkan
untuknya. yakinlah. . Allah pasti
menyatukanmu dan dia..

takkan lari gunung dikejar..
hilang kabus nampaklah dia..

cinta itu untuk seseorang..
seorang yang telah ditaqdirkan untukmu..
dialah suami.. dialah isteri..
membina masjid tanda cinta..
lahirkan zuriat soleh dan solehah..
dunia dan akhirat kekal bersama..
cinta sejati membuah bahagia..

namun sahabtku.. sebelum kau serahkan
cintamu pada seseorang.. serahkan lah
dulu perasaan cinta itu kepada Tuhan yang
menciptakanmu. . kerana cinta itu cinta
haqiqi.. kemudian, serahkan cintamu
kepada dua insan yang melahirkan dan
membesarkanmu. . kemudian, cintailah
dirimu sendiri.. setelah itu.. barulah
kamu boleh mencintai insan lain..

satu pesanan untuk diriku dan
semua.. sebenarnya, tiada
istilah 'couple' dalam Islam kerana couple
itu hanya berlandaskan nafsu semta-mata..
yang ada hanyalah perkahwinan. .

berdoalah kepada Allah.. agar menjaga
dirimu dan dirinya.. tidak terus hanyut
dibuai nafsu.. tidak terus leka dan alpa
dari mengingati Tuhanmu.. tidak diselangi
dengan maksiat dan dosa.. bayakkanlah berdoa dan
mengingati Tuhanmu.. bermohon agar Allah
memberi petunjuk kepadamu..

diriku insan kerdil yang cetek ilmu
menutur kata..
sekadar berkongsi apa yang tahu..
andai ada tersilap bicara..
ampun dan maaf saya pohonkan..

semoga apa yang kucoretkan menjadi pengajaran
untuk diriku dan untuk semua..
amin. .

TIADA CINTA YANG HAQIQI DAN ABADI
MELAINKAN CINTA KITA KEPADA ALLAH..

TAKBIR! ALLAHU AKHBAR!!!
try , Sabtu, Julai 21, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog