/

Lelaki tak berkhatan terdedah risiko Aids

SYDNEY: Agensi antarabangsa perlu melaksanakan kempen bagi menggalakkan ramai lelaki supaya berkhatan bagi melengahkan penyebaran virus HIV selepas penyelidikan menunjukkan mereka yang tidak menjalani prosedur itu berdepan risiko lebih tinggi mendapat jangkitan virus terbabit daripada pasangan wanita, kata persidangan Aids, semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, lelaki yang berkhatan mengurangkan risiko pemindahan penyakit daripada wanita kepada lelaki sebanyak 60 peratus. Tetapi hanya 30 peratus lelaki di seluruh dunia menjalani prosedur itu, kebanyakannya di negara kerana fahaman agama atau soal kesihatan.

Robert Bailey, Profesor Epidemiologi Universiti Illinois berkata, lelaki tidak berkhatan dua setengah kali ganda lebih terdedah menjangkiti virus itu daripada pasangan wanita mereka, berdasarkan ujian kawalan rawak yang dijalankan di beberapa bahagian Afrika yang terjejas teruk akibat Aids.

Bagaimanapun, agensi antarabangsa agak lambat untuk mempromosi prosedur itu walaupun bukti semakin bertambah mengenai keberkesanannya dalam mencegah jangkitan baru HIV, kata Bailey dalam perhimpunan Persatuan Aids Antarabangsa yang mengumpulkan beribu saintis dan aktivis di sini. – AP
try , Rabu, Julai 25, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog