/

Tiga saja hotel di Selangor ada sijil halal

SHAH ALAM: Hanya tiga hotel yang beroperasi di Selangor setakat ini mendapat sijil pengiktirafan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Pengarah Jais, Mohammed Khusrin Munawi, berkata hotel yang mendapat sijil halal itu ialah Hotel Dayang di Petaling Jaya serta Hotel Grand Blue Wave dan Hotel Concorde, kedua-duanya di sini.

Hari ini Hotel Concorde Shah Alam menerima tiga sijil halal untuk tiga dapur utama iaitu dapur pastry, dapur utama dan dapur coffee house, yang disampaikan oleh pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil kepada pengerusi hotel itu, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.

Turut hadir ialah Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Mohammed Khusrin berkata permohonan mendapatkan sijil halal daripada Jais dibuat secara sukarela kerana masih tidak ada undang-undang yang mewajibkan premis menjual makanan memohon mendapatkan sijil halal bagi perniagaan mereka.

"Halal ini bukan setakat sembelihan dia (tetapi juga) campuran dia, minyak dia, dari mana dia dapat, kita kena check dia punya detail," katanya.

Beliau berkata Jais mempunyai cukup kakitangan untuk menjalankan penguatkuasaan atau pemeriksaan selain mempunyai pegawai teknologi pemakanan yang membantu pegawai syariah.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi) turut menganggotai panel yang meluluskan permohonan sijil halal yang dikeluarkan.

Syed Yusof pula berkata dengan pengurniaan sijil itu, hotel berkenaan berharap dapat menyumbang kepada misi kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai hab halal di rantau ini.

Katanya hotel itu mempunyai jawatankuasanya sendiri bagi memastikan bekalan, pembekal, ramuan, bahan bahkan pekerja serta menunya, mematuhi sijil halal berkenaan kerana ia memberikan hotel itu satu kelebihan. - BERNAMA
try , Sabtu, Jun 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog