/

Darah tinggi penyakit No. 1 rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Jun – Tekanan darah tinggi menduduki tempat tertinggi dalam senarai penyakit yang dialami oleh rakyat Malaysia, menurut satu kaji selidik kesihatan.

Kaji selidik Reader’s Digest Asia itu menunjukkan bahawa 61.6 peratus daripada responden mengalami masalah tekanan darah tinggi diikuti kolesterol tinggi (48.2 peratus), obesiti (40.7 peratus) dan diabetes (36.6 peratus).

Sebanyak 35.3 peratus lagi mengalami masalah penglihatan, artritis (23.4 peratus), insomnia (20.8 peratus), osteoporosis (15.5 peratus), kemurungan (12.9 peratus) dan kanser (9.8 peratus).

Reader’s Digest dalam satu kenyataan hari ini berkata, 60.8 peratus daripada responden Malaysia menyatakan keadaan kesihatan mereka baik, iaitu tertinggi di Asia, manakala 9.7 peratus menyatakan tahap kesihatan cukup cemerlang, dan hanya 2.1 peratus berkata keadaan kesihatan mereka adalah lemah.

Walaupun mereka menganggap keadaan mereka sebagai sihat, 40.7 peratus daripadanya sebenarnya mengalami masalah berat badan berlebihan,” menurut kenyataan itu.

Kaji selidik itu turut menyatakan bahawa 63.3 peratus daripada responden mempunyai pengetahuan yang dalam tentang kesedaran kesihatan dan rawatan yang disediakan, manakala 40 peratus akan menimbangkan usaha mendapatkan rawatan perubatan di luar negara.

Kaji selidik yang dijalankan di tujuh negara di Asia, yang terdiri daripada Hong Kong, India, Malaysia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Filipina itu menarik minat 24,000 responden dari negara-negara berkenaan.

Penduduk kawasan bandar di negara-negara ini diberikan set 26 soalan berhubung kesihatan dan penyakit yang dialami, di samping penggunaan ubat dan herba penawar.

Kaji selidik itu juga mendapati bahawa penduduk kawasan bandar di Asia mengambil berat tentang kesihatan, tetapi agak keliru tentang apa yang harus mereka bimbangkan dan di mana tempat untuk mendapatkan jawapan mengenainya. – Bernama
try , Sabtu, Jun 30, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog