2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis Thai temui durian tak berbau

BANGKOK: Saintis Thailand menemui cara baru memastikan semua orang tidak takut makan durian selepas ini dengan menghasilkan buah yang tidak berbau menggunakan teknik kejuruteraan genetik.

Sekalipun baunya tidak menjadi faktor bagi peminat durian, ia berbeza dengan orang yang mempunyai pandangan berbeza dengan menyifatkan bau durian umpama muntah basi atau keju berkulat, lapor akhbar The Guardian.

Bagaimanapun, saintis Thailand, Songpol Somsri sedang berusaha menghasilkan buah durian tidak berbau. Tujuannya ialah supaya buah durian mendapat peminat baru khususnya mereka yang sebelum ini tidak tahan dengan baunya.

Songpol berkata, beliau berjaya menghasilkan sejenis durian yang tidak berbau seperti pisang.

Ia hasil daripada ujian selama 20 tahun ke atas lebih 90 jenis durian selain menjalankan banyak ujian DNA di sebuah institut pertanian dekat sempadan Kemboja.

Songpol berpendapat, buah durian baru itu yang dinamakannya Chantaburi No 1 mengikut nama kampung halamannya, mungkin diterima baik di Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau kini menanam anak pohon durian dan yakin Thailand – pengeksport terbesar dunia – mampu menghasilkan sejuta durian tidak berbau bagi tempoh lima tahun akan datang.

Saya ada kawan dari Australia, Eropah dan Jepun yang tidak mahu makan durian kerana tidak tahan dengan baunya. Tetapi, penghasilan durian yang sedikit berbau akan diterima di pasaran baru,” kata Songpol.

Bagi peminat durian, bau buah itu yang agak kuat dianggap menandakan mutunya dan sering dibincangkan ketika majlis makan beramai-ramai diadakan.

Bagaimanapun masih ada tidak tahan baunya. Malah, dua minggu lalu, laporan menyatakan 18 pelancong asing mengambil bahagian dalam pertandingan makan durian di Pulau Pinang, lari selepas tidak tahan bau buah itu. – Agensi
try , Khamis, Jun 28, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog