2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bantu kembalikan hak Mariam

ATAS dasar kemanusiaan dan terhutang budi kepada Mariam Johari, 86, produser dokumentari sanggup menghabiskan masa lebih dua bulan mengumpul maklumat di Korea Selatan, sebelum datang sejauh kira-kira 3,500 kilometer untuk ke Malaysia, bagi menjejaki tiga anak wanita berkenaan.

Penderitaan dan kecekalan wanita kelahiran Plentong, Johor, itu mendapat perhatian Produser rancangan Cinta Di Asia (Love In Asia), Korea Broadcasting System (KBS), Park Keon Young, kerana berpendapat Mariam banyak berjasa kepada masyarakat Korea Selatan dengan menjadi isteri kepada dua lelaki negara itu, selain memelihara tiga anak bangsa berkenaan selama 40 tahun.

Berikutan itu, Mariam wajar diberi hak sama rata dengan rakyat negara berkenaan dan adalah menjadi impiannya supaya kewujudan Mariam di bumi Korea Selatan mendapat pengiktirafan kerajaan negaranya dan Malaysia, selain menemukan semula anak Mariam yang ditinggalkan sejak 64 tahun lalu.

Ikuti temubual wartawan Harian Metro, IBRAHIM ISA bersama Park sebelum dia pulang ke Korea Selatan,

Mungkin ramai tertanya-tanya, namun apa yang saya usahakan ini ikhlas bagi membantu nenek (Mariam) mendapatkan semula haknya sebagai warga negara Malaysia mahupun Korea Selatan.

Ini kerana, sebagai manusia ini sajalah bantuan yang mampu saya berikan termasuk menemukan semula tiga anaknya yang terpisah sejak Perang Dunia Kedua pada 1943.

Kenapa hak kerakyatan itu penting? Sebab ia membuktikan kewujudan seseorang itu di muka bumi ini. Ia membuktikan Mariam itu dilahirkan di Plentong, Johor, sebelum berhijrah ke Korea Selatan. Tanpanya, apabila seseorang itu meninggal dunia ‘dia’ hanya akan dianggap sebagai cerita dongeng atau kisahnya tidak pernah berlaku kerana tiada rekod yang menyokong atau membuktikan cerita berkenaan.

Dalam masyarakat kami pula, susur-galur keturunan amat penting dalam sesebuah keluarga dan sekiranya tiada hak kerakyatan, seseorang itu tidak boleh didaftarkan sebagai ahli keluarga walaupun wanita itu berkorban nyawa sekalipun.

Mendengar penderitaan yang dialami Mariam ketika Perang Dunia Kedua di Malaysia, selain bebanan yang ditanggungnya ketika berada di Korea Selatan, saya berpendapat adalah wajar dia diberikan penghormatan atau setidak-tidaknya diberikan hak kerakyatan ketika masih bernyawa.

Saya diberitahu mengenai masalah Mariam ini kira-kira dua bulan lalu menerusi seorang wanita dari satu badan bukan kerajaan (NGO) yang mengatakan ‘nenek’ perlukan bantuan saya untuk pulang ke tanah airnya di Malaysia, selain mencari tiga anaknya yang terpisah sejak 64 tahun lalu.

Saya terkejut mengapa Mariam tidak boleh pulang sendiri, namun apabila diberitahu mengenai masalahnya yang tidak boleh membuat pasport berikutan tiada status negara asal, saya terus menemuinya untuk mendapatkan kepastian.

Kali pertama saya melihatnya, saya dapati ‘nenek’ seorang penyabar dan cekal, namun selepas diberitahu mengenai perjalanan hidupnya, barulah saya sedar nenek sebenarnya menempuhi pelbagai dugaan yang tidak pernah difikirkan selama ini.

Malah, saya sendiri masih terkejut bagaimana seseorang itu boleh menghadapi dua peperangan (Perang Dunia Kedua di Malaysia) dan Perang Korea (ketika di Korea Selatan), tanpa sebarang kecacatan fizikal dan mental, tetapi saya percaya ia sudah pasti mempunyai kesan mendalam ke atasnya.

Menerusi temuramah saya bersama Mariam, saya dapati dia benar-benar rasa bersalah ke atas tiga anaknya berikutan tindakannya meninggalkan Tanah Melayu dan mengikut Cho Se Won pulang ke Hampyong, pada 1946.

Di sini, kita perlu faham Tanah Melayu dan Korea Selatan ketika itu terbabit dalam Perang Dunia Kedua di mana Tanah Melayu menjadi jajahan Jepun. Semua penduduk yang dijajah itu, kemudiannya menjadi buruh paksa dan mereka bertemu di Senai, ketika masing-masing bekerja sebagai buruh paksa pada 1943.

Mungkin ketika itu Cho menyelamatkannya dengan membawanya bekerja di sebuah kilang membuat tangki air, berbanding kerja asal Mariam iaitu mengangkat batu bagi pembinaan landasan kapal terbang di Senai.

Selepas tamat peperangan pada 1946, Cho dibebaskan dan pulang ke Korea Selatan dan ketika itu, membawa Mariam pulang dengan tujuan berkenalan dengan keluarganya, sebelum kembali ke Tanah Melayu untuk melangsungkan perkahwinan.

Malangnya, perjalanan hidup Mariam berubah selepas itu kerana terpaksa tinggal di rumah keluarga Cho selama tiga tahun sebelum mengahwini Mariam pada 1949.

Selepas mendengar cerita Mariam, saya ke kampung Cho di Hampyong untuk memulakan penyelidikan dan ketika itu, saya dapati penduduk warga emas kampung itu masih mengingati Mariam, disebabkan sifatnya yang peramah, suka merendah diri dan warga asing pertama menetap di situ.

Menerusi perbualan bersama penduduk kampung, Mariam disukai ramai tetapi mereka tidak menolak kemungkinan Mariam menghadapi pelbagai masalah.

Ini kerana, masyarakat Korea Selatan tidak terdedah kepada orang asing dari negara lain kecuali Korea Utara atau China yang memiliki fizikal hampir menyerupai kami, sebaliknya Mariam yang berkulit lebih gelap berbanding penduduk tempatan dan mempunyai mata bulat, menyebabkan gerak gerinya diperhatikan penduduk.

Keadaan bertambah teruk, apabila Cho pulang bersama seorang janda anak tiga selepas Perang Korea pada 1953. Saya difahamkan, ketika itu Mariam tertekan kerana terpaksa tinggal sebilik dengan madunya, menyebabkan ramai penduduk menasihatkannya berhijrah ke Seoul untuk mencari pekerjaan dan mengumpul wang untuk pulang.

Di sini saya ingin jelaskan, masyarakat Korea mementingkan zuriat bagi memastikan kesinambungan keluarga mereka dan mungkin disebabkan Mariam masih tidak boleh melahirkan anak, Cho terpaksa membawa pulang janda beranak tiga itu.

Saya cuba dapatkan sijil perkahwinannya di Hampyong, bagi membolehkan Mariam mendapat hak kerakyatan Korea Selatan kerana menerusi undang-undang Korea Selatan, seseorang itu yang berkahwin dengan warga negara Korea selama enam tahun boleh diberikan hak kerakyatan.

Malangnya, saya gagal menemui sijil itu dan apabila pulang ke Seoul untuk membawanya ke Kedutaan Malaysia, Mariam enggan pergi berikutan beberapa usahanya dan kali terakhir pada 1987, Kedutaan Malaysia di Korea tidak melayan Mariam sebaliknya meminta Mariam pergi ke Kedutaan Singapura.

Hingga kini, Mariam mempunyai kad warga negara asing yang membolehkannya tinggal di Korea Selatan. Di dalam kad itu, tertulis tarikh lahir, tempat lahir, tarikh dan tempat tiba di Korea Selatan, pelabuhan terakhir sebelum tiba di Korea.

Sebelum tiba di Malaysia, saya sebenarnya keliru asal usul Mariam kerana di dalam kad itu tertulis Malaya atau Tanah Melayu dan pelabuhan terakhirnya ialah Pelabuhan Singapura.
try , Khamis, Jun 28, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog