2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bersediakah Anda Untuk Membeli Rumah?

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) - Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, memiliki sebuah rumah sendiri merupakan satu komitmen kewangan yang agak tinggi.

Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, kerajaan memperkenalkan insentif-insentif baru untuk mengalak rakyat memiliki rumah. Misalnya, pada 2003, kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dalam usahanya untuk memulihkan ekonomi negara.

Pakej rangsangan itu yang bermula 1 Jun 2003 hingga 31 Mei 2004, mengandungi beberapa insentif khas untuk para pembeli rumah, antaranya ialah:

  • Pengecualian duti setem bagi rumah-rumah bernilai RM180,000 ke bawah;



  • Mempercepatkan pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO); dan



  • Bagi rumah-rumah berharga RM100,000 ke bawah, pembeli rumah kali pertama boleh mendapat subsidi 3 peratus faedah dalam tahun pertama atau pinjaman bebas faedah atas pendahuluan 10 peratus untuk tahun pertama.


Pinjaman ini hanya disediakan oleh Bank Simpanan Nasional. Bagi pinjaman-pinjaman daripada bank-bank lain, RM600 akan diberikan sebagai geran. Pakej ini hanya layak diberikan kepada pembeli rumah kali pertama sahaja.

Selain manfaat-manfaat ini, anda juga boleh mendapat untung daripada kenaikan nilai harta itu memandangkan nilai rumah biasanya meningkat dari semasa ke semasa.

Umpamanya, katakan anda membeli sebuah rumah bernilai RM170,000 yang akan mengalami kenaikan pada purata, 6 peratus setahun, maka dalam masa 10 tahun, rumah anda akan bernilai lebih daripada RM304,000.

Ini bermakna wang pendahuluan 10 peratus sebanyak RM17,000 akan bercambah sehingga RM151,000. Dan itulah keuntungan sebanyak 24 peratus setahun daripada pelaburan asal.

Namun, sebelum anda mengorak langkah untuk membeli rumah, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) ingin berkongsi pandangan dan menawarkan beberapa petua sebagaimana yang terkandung dalam buku panduannya mengenai Kewangan Perseorangan.

Mengikut ACCA, perkara pertama yang anda harus fikirkan ialah menentukan berapa banyak yang anda mampu.

KEMAMPUAN UNTUK BERBELANJA

Sebagai panduan umum, bayaran gadai janji (mortgage) bulanan anda harus dalam kadar 25 peratus hingga 30 peratus daripada pendapatan bulanan, bergantung kepada keadaan anda, iaitu hutang dan sejarah kewangan.

Cara terbaik untuk mengetahui berapa banyak anda mampu ialah dengan membuat kiraan sendiri kerana hanya anda yang tahu kedudukan kewangan anda yang sebenar.

Pertama, anda harus fikir berapa banyak yang anda perlu untuk memenuhi beberapa matlamat hidup seperti pelan persaraan dan pendidikan anak-anak anda.

Kedua, anda perlu menganggarkan berapa banyak yang diperlukan untuk rumah itu dari segi penyelenggaraan dan pembaikan setiap tahun (biasanya ia berada pada kadar 1 peratus hingga 3 peratus daripada jumlah nilai rumah secara tahunan, bergantung pada umur dan keadaan).

Dan akhirnya, berapa banyak baki pendapatan anda yang diperuntukkan untuk kos-kos perumahan yang lain seperti cukai dan insurans.

Setelah menimbang kesemua perkara di atas, kita mungkin merasa selesa untuk membelanjakan 25 peratus daripada pendapatan bulanan untuk rumah.

Anda mungkin mahu mengurangkan peratusan berbelanja jika anda merancang untuk mendapat anak lagi atau anda memiliki hobi yang agak mahal seperti melancong.

MENDAPAT PRA-KELULUSAN DARIPADA BANK

Memandangkan longgokan terbesar bayaran rumah (85 peratus hingga 100 peratus bergantung kepada bank) datangnya daripada bank-bank, maka ACCA menyarankan supaya mendapat pra-kelulusan daripada bank kerana ia boleh membantu anda:

  • Mengetahui berapa banyak anda boleh pinjam



  • Mengesahkan keupayaan anda untuk mendapat gadai janji berdasarkan status kewangan dan maklumat pekerjaan



  • Mengukuhkan kedudukan anda untuk membuat tawaran harga ke atas sesebuah rumah.


Proses kelulusan adalah sama ketat seperti kelulusan penuh kecuali bagi satu carian penilaian dan hak memandangkan rumah yang ingin dibeli itu masih belum dikenalpasti.

Dokumen-dokumen yang diperlukan juga adalah sama seperti permohonan sebenar.

Anda dinasihatkan supaya mendapat pra-kelulusan daripada beberapa buah bank supaya anda boleh memilih bank yang memberi tawaran terbaik.

Sekarang anda sudah mendapat pra-kelulusan daripada bank, maka langkah seterusnya ialah untuk mendapat pendahuluan yang biasanya pada kadar 10 peratus daripada harga rumah.

BAYARAN PENDAHULUAN

Selain wang simpanan sendiri, cara lain untuk memperoleh wang bagi membayar wang pendahuluan ialah melalui KWSP. Kita mempunyai tiga akaun dalam KWSP dan kita boleh menggunakan Akaun II untuk tujuan membeli rumah.

Untuk membuat pengeluaran simpanan daripada KWSP, anda perlu memenuhi beberapa kriteria yang meliputi:

  • Tidak pernah membuat pengeluaran wang daripada akaun tersebut



  • Telah menandatangani Perjanjian Jual-Beli rumah.



  • Belum mencecah umur 55 tahun.


KOS-KOS LAIN YANG TERSEMBUNYI

Selain wang pendahuluan dan bayaran balik bulanan kepada bank, terdapat beberapa kos lain yang tersembunyi yang wajar anda ambil kira. Ia merangkumi bayaran guaman untuk dokumentasi, duti setem dan premium insurans.

Jadual Pertama 'Solicitors Remuneration Order 1991' menetapkan sejumlah bayaran yang boleh dikenakan oleh para peguam yang mengendalikan perjanjian jual-beli rumah.

Bayaran yang dikenakan adalah bergantung kepada harga beli umpamanya:

  • 1 peratus untuk RM100,000 pertama



  • 0.5 peratus untuk RM4,900,000 seterusnya



  • 0.25 peratus untuk selebihnya.


Bagaimanapun, perlu diingat bahawa bagi setiap perjanjian jual-beli rumah, peguam hanya boleh mengutip bayaran berdasarkan skala di atas daripada sama ada penjual atau pembeli, dan tidak kedua-duanya sekali.

Jadi, cuba fahami bahawa apabila pemaju mengetepikan bayaran guaman, ia bermakna pemaju menggunakan khidmat peguam untuk bertindak bagi menjaga kepentingannya, bukan kepada pembeli.

Oleh itu, pastikan anda mendapat nasihat daripada penasihat guaman sendiri sebelum menandatangani apa-apa perjanjian.

Duti setem pula dikenakan ke atas dokumen-dokumen pindahan berdasarkan harga pembelian seperti berikut:

  • 1 peratus bagi RM100,000 pertama



  • 2 peratus bagi RM400,000 seterusnya



  • 3 peratus bagi RM1,500,000 seterusnya dan



  • 4 peratus untuk yang selebihnya.


Justeru, bersediakah anda untuk membeli sebuah rumah? Seandainya jawapan anda ialah 'Ya', maka bolehlah anda meninjau rumah idaman anda itu dan lokasinya sekali, atau jika anda masih belum mampu, terpaksalah anda giatkan usaha mengumpul wang sehingga simpanan mencukupi untuk membeli rumah.
try , Sabtu, Mei 05, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog