2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terhangat Di Pasaran - Episod 4

Bilang saja berapa mata yang memandang ,
Mengekori langkahku…
Itu pun baru sahaja, kuacah lagak gaya penampilan segakku,
Wajarkah kau buang masa, melayan jejaka, sekadar petah bicara,
Usah runsingkan fikiran, pilihlah aku saja,
Pakar jurusan wanita.


Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa,
Kepuasan dijamin seratus peratus buatan Malaysia,
Dapatkan segera sementara masih ada,
Jantan rebutan terhangat di pasaran..


Tirai konsert TDP minggu ke sembilan diselak perlahan-lahan. Enam orang jejaka naik ke atas pentas. Masing-masing mengenakan pakaian kulit hitam, berjaket, berkaca mata hitam dan berambut cacak, ala-ala Keanu reeves dalam filem The Matrix. Setelah dua bulan bersaing sesama sendiri, kini hanya enam orang peserta dapat meneruskan cabaran sebelum tibanya konsert kemuncak TDP yang akan dilangsungkan di negara jiran, Thailand. Zack, Natsuda, Harry, Ken, Nick dan Chong, keenam-enam mereka adalah jaguh terbilang. Mereka terpaksa berhempas pulas hari ini untuk meraih undian para penonton supaya dapat melayakkan diri menjadi barisan top five finalist program berkenaan. Apabila muzik tema TDP dimainkan, setiap seorang dari mereka mula menyanyi dan menari. Bermandikan sinaran lampu neon berwarna-warni, dan sorak sorai suara para penonton memenuhi dewan, keenam-enam mereka tampak begitu gagah dan hebat.

Zack muncul ke hadapan pentas. Dia memutarkan badannya ala-ala tarian hip-hop. Membuat satu putaran balik kuang ke belakang. Dan kemudiannya terus menunduk hormat kepada barisan para gadis di bawah sana yang sedang terjerit-jerit melaung namanya. Kemudian Chong pula mengambil giliran. Dia melenggok badan ke kanan dan ke kiri persis ahli akrobatik Cina. Diikuti oleh Ken dengan gaya Kapoeiranya. Harry dengan gaya Wolverin. Nick dengan gaya stuntman dan akhir sekali Natsuda pula muncul bersama gaya seperti Saturday Night Fever. Dia menari dengan lincah, ligat dan aktif, memutarkan badannya ke sana sini. Akhir sekali dia menanggalkan jaket dari badannya lalu membuangkannya ke tengah-tengah sidang penonton.

Maka berebut-rebutlah ratusan anak dara di bawah sana cuba mendapatkan jaket miliknya. Ada yang kelihatannya bagai orang sedang diserang penyakit hysteria. Tidak kurang juga yang aksinya saling tak tumpah bagai kera baru terlepas dari taman negara.
"Wow.. I like this!" teriak Tina tergedik-gedik di hadapan kaca TV. Kebetulannya hari itu dia tidak bersendirian. Dia telah ditemani Susy, kawan sekerjanya yang juga turut mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Sengaja mereka berkumpul berdua di situ sambil mengunyah kacang. Sudah beberapa hari mereka berdebat, bertelagah dan berbincang, meneka siapa lima peserta yang akan berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir. Pelbagai ramalan dan andaian telah dibuat, tetapi ternyata persaingan terlalu sengit. Mereka tidak dapat mengagak seorang pun yang mungkin.

"Tengok tu.. Natsuda, that mix Japanese guy.. I like him so much.." ujar Susy geram, sambil memeluk teddy bearnya erat.erat. "Kalaulah aku dapat jaket dia.. eii.."
Tina ketawa terbahak-bahak.

"Ek eleh.. kau ni banyak sangat tengok cerita jepun lah!" dia menyeringai. "Memang Natsuda tu gorgeous..tapi I don't think he's going to make it! Dia terlalu poyo..!"
"Sedap-sedap mulut kambing nenek kau aja nak cakap Natsuda macam tu.. Habis, kau ingat Harry tu tak poyo ke?"
"Of course he's not!" tempelak Tina bangga. "Dia seorang jejaka smart and intelligent. Jejaka yang selalunya mendapat undian tertinggi setiap minggu.."
"Okey.. we will see this week.. either he's going to survive or not!"

Tina mencebik mengejek. Dengan bangganya dia mengangkat telefon bimbitnya tinggi-tinggi.
"Tengok ni.." tunjuknya bersahaja.
Susy terkebil-kebil memerhati.
"Hands set ni akan memastikan Harry terus layak ke pusingan seterusnya.. Aku dah top up enam puluh hinggit hari ni. Dan aku akan sms semuanya untuk Harry.."
"Wow.." Susy tergamam dalam kekaguman. "This is too much.. nampaknya aku pun kena vote for Natsuda.." Giliran Susy pula mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian dia berpaling menjeling Tina. Geram.
"See.. aku pun ada handset gak.. jangan ingat kau sorang je yang boleh vote ok!"
Semerta mereka berdua ketawa kelucuan.
"Okey.. kita berlumba dan tengok sapa yang menang..! Satu, dua…tiga! Start SMS sekarang!"
"Baik!" balas Susy sepenuh keazaman.

Tak henti-henti panggilan, berdering untuk merebut peluang bertemu,
Kira barisan beratur, hingga ke Singapura menunggu janji temu,
Ramai lelaki mengaku macho tapi hancur, hanya omong kosong,
Lainlah aku yang tampan, susuk tubuh menawan,
Dapat kau pasti beruntung,

Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa,
Kepuasan dijamin seratus peratus buatan Malaysia,
Dapatkan segera sementara masih ada,
Jantan rebutan terhangat di pasaran..

"Okey.. okey.." Karimah naik ke atas pentas, bersuara lembut menenangkan penonton, sebaik sahaja keenam-enam jejaka tadi turun meninggalkan pentas untuk bersalin pakaian. Tampil anggun malam itu, Karimah mengenakan sehelai gaun hitam labuh mendedahkan dadanya, tajaan Christian Dior. Leher jinjangnya pula tampak berkilauan dibaluti berlian tajaan House of diamond, London. Rambutnya yang perang hitam itu sendiri disanggul tinggi mendapat sentuhan dari Beauty Hair Broadaway.

Tepukan penonton kian berkurang dan Karimah tersenyum-senyum memandang ke sekitar dewan. Bangga hatinya menyaksikan sambutan luarbiasa yang diberikan. Berkeyakinan pula kerana dandanannya malam ini berjaya memukau mata ramai jejaka termasuk barisan panel hakim yang sebahagiannya terdiri daripada penggiat seni terkemuka.

"Malam ini, tema kita adalah romantika cinta.." umum Karimah sepatah demi sepatah. "Setiap peserta akan menggayakan busana Tuksedo ciptaan Micheal Tong.. Kasut tajaan Giorgio TakMandi, dan jangan lupa.. dandanan rambut dari Beauty Hair Broadaway.. Tepukan untuk semua penaja!"
Untuk kesekian kali tepukan para penonton kembali memenuhi dewan.
"Bagus.. bagus.." pujinya galak. "Kita akan lihat hero-hero kita ber catwalk di bawah cahaya lampu romantis.. menari tarian tango.. dan jangan lupa.. mereka juga akan berlakon dengan model-model wanita pilihan kami minggu ini.."
Tepukan bergema lagi.
"Okeylah.. tanpa membuang masa.. kita persilakan peserta pertama kita.." Karimah berpaling ke belakang. Dipanjangkan tangannya menuding kepada kelibat seorang lelaki yang samar-samar muncul dari sebalik papan latarbelakang. Apabila kelibat lelaki itu kian hampir, barulah jelas siapa gerangan orangnya.
"Give a big hand for, Natsuda!" laung Karimah bersemangat.

Suara sorak sorai penonton gemuruh bunyinya menggegarkan suasana. Natsuda melangkah gagah memijak permukaan pentas yang mewah dan berkilat. Lampu sorot dari bumbung menyinari segenap tubuh kemasnya . Terserlahlah gaya memukau seorang lelaki berbaju tuksedo serba hitam dan bow merah, menakluki pentas peragaan. Kemudian Natsuda menghilang dari tempat dia mula-mula keluar tadi. Digantikan pula Zack, bersut penuh serba putih, keluar mengambil giliran. Sekali imbas, rambut lurusnya yang berjuraian itu kelihatan berkilauan indah, persis watak hero dalam animasi jepun. Digantikan pula Nick, kemudian Harry, kemudian lagi Chong dan akhir sekali Ken. Masing-masing punyai kredebiliti dan kelebihan tersendiri. Setiap orang tampak hebat dan berkeyakinan sehingga sukar untuk para penonton membuat telahan.
"Issy.. konfius aku nak buat pilihan..everybody looking great.." rungut Susy sebaik sahaja rancangan TDP diganggu oleh siaran iklan.
Tina bersandar malas pada bahu sofa sambil menjeling mengajuk.
"Apa susah sangat.. pilih saja Harry aku.."
"Hey, buat apa?" tingkah Susy cepat-cepat. Dengan selambanya dia mencapai air Pepsi di atas permaidani, lalu meneguknya perlahan. Kemudian pandangannya kembali tersorot kepada seraut wajah comel Tina. " I'am not going to change my mind.. Natsuda still maintain as my boy.. and he'll always be my boy, ok!" tegasnya dalam suara mengada-ngada.
Tina mencemik muka meluat.
"Setakat lelaki jepun celup macam tu, aku boleh beli kat petaling street, berlambak!"
"Excuse me!"
"Of course.. kau tak rasa ke Natsuda tu very the plastic one..?"
"What?" Susy tercabar mendengar.
"Lainlah kalau Harry..lelaki Melayu terakhir.. mukanya menepati konsep rancangan TDP iaitu mencari seorang pemuda berwajah tempatan. I confident sangat yang dia memang boleh menang!"

"Eleh.. lelaki Melayu terakhir konon.." giliran Susy pula menempelak. "Kalau betullah Harry tu lelaki Melayu terakhir.. kenapa tak guna aja nama Melayu macam Seman ke, Budin ke? Mikrofon ke? Kenapa nak guna nama orang putih?"
"Eh, suka hati dialah nak guna nama apa.. Yang kau tu jeles sangat apasal?"
"What? Jeles? Oh, Pe'lease! Tak kuasa akak nak jeles-jeles ni.."

Lama mereka bertengkar dan bertelagah. Tetapi semuanya pantas berlalu apabila rancangan TDP kembali ke kaca TV. Susy menjeling Tina menyampah. Sementara Tina pula dengan lagak angkuhnya, terus mengalihkan posisi badannya menghadap skrin television.
"Kembali semua penonton sekalian, menyaksikan rancangaan…"
"Terhangat Di Pasaran!!!!" sampuk sekalian penonton di dalam dewan.
Karimah ketawa kelucuan. Sambil memberikan ciuman layangnya kepada kamera, dia menarik nafas lega. Menunggu suasana kembali tenang, dia mula menyusun kata-kata.
"Till now.. kita nak dengar komen juri-juri kita.. apa pendapat mereka tentang persembahan hero-hero terhangat Malaysia malam ini.. Sekarang saya persilakan hakim kita yang pertama, siapa lagi kalau bukan penyanyi lelaki idaman ramai, Anuar McKenzie..!!!"
Tepukan bergema merancakkan suasana.

Anwar McKenzie tersenyum malu memandang kamera. Dia mengetuk mikrofon berkali-kali bagi memastikan suaranya dapat didengari ke seluruh Malaysia. Beberapa orang juri yang duduk semeja dengannya, memerhatikan dari kerusi masing-masing bersama renungan meluat.

"Okey.. hari ni saya nak beri komen pada you all.." ucap Anwar McKenzie dalam suara lemah lembut, seakan suara anak dara tertelan biji kurma. Dia memerhatikan setiap seorang peserta TDP yang sedang berbaris di atas pentas, dan dia mengulum senyuman.
"You all memang great.. you all memang handsome..! I kagum you.. I bagi lima bintanglah pada you all.. Okey, you all jangan lupa bagi I bintang jugak tau.. I nak harimau bintang, okey?"

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi dan kaku. Semua sidang penonton seolah tergamam dan kelu mendengar komen yang tidak dijangkakan. Mujur Karimah cekap mengawal keadaan. Menyedari keganjilan reaksi Anwar McKenzie tadi, cepat-cepat dia memintas, lalu mempersilakan juri seterusnya pula memberikan pendapat serta pandangan.
"Ha ha ha.." Karimah terpaksa berpura-pura ketawa. "You ni Anwar, memang pandai bergurau.. tak sangka pula dalam majlis seperti ini pun you boleh membuat lawak, ya..?"
"Eh.. I tak bergurau.. tadi tu I memang b..tol..b.."
"Terima kasih banyak-banyak Anwar McKenzie atas komen you yang bernas tadi." Potong Karimah cepat-cepat.
Anwar McKenzie tergamam. Ada perkara lagi hendak dikatakannya tetapi ia tidak terlangsung kerana Karimah sudah pun memeprsilakan juri di sebelahnya pula memberikan pandangan.

"Okey.. I tak ada perkara nak komen sangat.." ucap Maya Kena Karen tenang, selaku juri kedua. "You all memang hebat.. I salute you all!" Dia membelek-belek kukunya yang berkilat. "And.. I sendiri tak dapat nak agak sapa yang akan dibuang minggu ni.. and kepada semua penonton.." dia menjeling manja kepada lensa kamera. "Jangan lupa untuk membuat pilihan yang bijak..!"

Sekalian penonton bertepuk tangan tanda sokongan padu kepada Maya Kena Karen, selebriti popular yang terkenal lakonannya sebagai watak toyol dalam filem seram Toyol Busuk Sundal Siang. Dia bukan sahaja dikagumi kerana kecantikannya, tetapi turut dipandang tinggi kerana bakat lakonannya yang sering sahaja meninggalkan kesan mendalam di hati penonton. Baru-baru ini Maya Kena Karen telah mendapat anugerah aktres terbaik dalam satu festival filem peringkat asia.

Sekarang tiba giliran juri kelima, iaitu Paul Pott untuk memberi komen. Beliau merupakan juri paling digeruni di akademi kerana ulasan kata-katanya yang tajam dan berbisa. Dia merenung penuh makna kepada setiap para peserta dan kemudian tersenyum sinis.
"I think you are doing rubbish tonight, guys." Komennya selamba. "I can see your dance are worst. Your fashion are worst. Your acting also worst. There are the most terrible thing that I've ever seen in my life.."

Semua penonton tergamam termasuk para peserta. Sebahagian mereka sudah mula menge'boo' Paul Pott, tetapi Paul Pott terus yakin dan bersemangat.
"I don't think you can do better than that.. you're just like a dangdut dancer.. or cripple crab.." cemuh Paul Pott sambil berkerut-kerut muka. "If I am being the one who able to choose.. I'll fired all of you, guys!!!"
"Boo…!!!!" semua penonton mengejek Paul Pott.
Karimah menggeleng-gelengkan kepala geli hati.
"Jangan bimbang penonton semua.." ucapnya mengulum senyuman. "Paul Pott is just a machine that programmed to say 'bad thing' to people okey?"
"Okey!!!" sokong penonton beramai-ramai.

Paul Pott menarik muka masam. Dia tahu dia dibenci oleh ramai orang. Tetapi dia tidak pernah kisah apa tanggapan khalayak ramai, apa yang penting padanya ialah kepuasan apabila dapat mengutuk dan mencemuh. Dia percaya, karektornya yang sedemikian itulah menaikkan popularitinya. Selama ini dia cuma dikenali sebagai pencipta lagu-lagu sampah, tetapi kini setelah menjadi juri, namanya makin dikenali dan disebut umum. Inilah strategi pemasaran rancangan realiti tv. Juri kontroversi seperti dirinya sangat diperlukan bagi menaikkan 'rating' siaran. Walaupun lagu-lagu ciptaannya semuanya buruk, tetapi dia masih mampu bertahan dalam industri ini kerana kecabulan dan kelancangan kata-katanya.

"Meluat aku tengok Paul Pott tu.." gerutu Susy sejenak. Dia mengeluarkan sepotong jeruk mangga dari peket plastic di atas meja lalu menyumbatnya ke dalam mulut. "Dia ingat dia tu sapa, nak cakap macam tu? Mulut takde insurans! Kalau hensem takpe gak.. ini cuma mumia buncit bernyawa..!"
"Syy.." potong Tina pula sambil meletakkan jari telunjuk ke atas bibir.

Bertambah masam muka Susy ditegur, dia mencapai sepotong lagi jeruk mangga.
"Keputusan dah nak diumumkan ni.. aku kena concentrate betul-betul.." tambah Tina menebalkan lagi rasa bengang dalam hati kawannya. Susy berpaling ke kaca TV. Dia mencapai pula jeruk ke tiga. Dikunyahnya jeruk itu lumat-lumat dan sebentar, matanya terbeliak menyaksikan Karimah mendaki anak-anak tangga, naik ke atas pentas.
"Okey.. penonton semua.. tibalah kini detik-detik yang paling mendebarkan.." Karimah menggoncang-goncangkan kad keputusan SMS minggu itu kepada semua penonton.

Tina dan Susy menarik nafas gugup. Air muka mereka tidak jauh berbeza berbanding air muka peserta-peserta TDP itu sendiri. Sungguhpun perserta-peserta lelaki berkenaan tampak gagah menawan bersama persalinan masing-masing, namun ia tidak mampu menyembunyikan gelojak debaran dalam dada masing-masing. Susy dan Tina berpegangan tangan. Mereka saling berpandangan. Terasa pada waktu itu diri mereka seolah sedang bertarung antara hidup dan mati.

Barisan panel juri tenang menanti dari meja panjang yang elegan itu. Kelompok penonton sedang menahan nafas. Jari-jemari Zack, Ken, Chong, Natsuda, Harry dan Nick, dingin persis air batu. Nafas mereka turun naik kencang. Sukar sekali hendak diduga siapa bakal disingkirkan hari itu dan siapa pula bakal melayakkan diri ke pertandingan akhir.
"Pelajar yang tersingkir minggu ini.." sambung Karimah sambil mengoyakkan sampul pelekat di tangannya. Dia membuka kad itu lalu meneliti. Dan kemudian senyum pahit. Dia berpaling merenung wajah-wajah peserta di atas pentas. Kemudian lagi berpaling kepada barisan panel hakim dan penonton, dia menghela nafas berat.
"Peserta yang tersingkir ialah.."
Susy dan Tina mengetap bibir.
"Dia terpaksa meninggalkan akademi dan pulang membawa begnya. Jejaka yang dimaksudkan ialah.."
Seisi dewan menjadi sunyi sepi.
"Dia ialah…"
"Nick!!!"
"Oh my God.." tiba-tiba Susy menjerit. Tina di sebelahnya terbeliak.
"Eh, kenapa kau ni?"
"This is too sad.. lihatlah muka Nick tu.."

Mata Tina tertancap ke kaca tv. Wajah Nick kelihatan mendung dan sayu. Dia tersenyum pahit memeluk rakan-rakan seperjuangannya di persada pentas. Dari emosi debaran dan gugup, kini suasana bertukar dihujani kesedihan dan kepiluan.
"Nick.. peserta kita yang paling dikenali kerana sifat pendiam dan baik hatinya.. kini terpaksa meninggalkan kita semua.." ulas Karimah dalam nada sayu.

Nick menyorong bagasi pakaian turun ke bawah. Zack, Ken, Chong, Natsuda dan Harry melambai-lambai sayu dari atas. Mereka terpaksa menghadapi satu lagi kehilangan di akademi itu. Sungguhpun mereka gembira kerana berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir, tetapi itu tidak bererti mereka harus melupakan nasib malang melanda sahabat mereka Nick. Kalau tidak kerana undian penonton menyebelahi mereka, sudah tentu mereka juga mungkin menerima nasib yang sama hari itu. Dalam sesetengah perkara Nick memang jauh lebih berbakat, tetapi kehendak penonton adalah muktamad. Mereka telah sebulat suara memilih untuk menyingkirkan lelaki itu dari pentas pertandingan Terhangat Di Pasaran.

"Oh.. I need tissue.. I need tissue.." Susy sudah mula mengalirkan air mata.
"Iyalah.." sokong Tina. Dia mencapai sekotak tisu berhampiran lalu mencampakkannya kepada Susy. "Tengoklah tu.. muka Nick, sedih aku tengok.. tak sampai hati aku melihatnya.."

Susy mengangguk-angguk pilu. Dia mencabut beberapa helai tisu, kemudian menonyohkan kesemuanya pada hidungnya. Scrueet.. satu hembusan hingus yang likat dan pekat tersembur keluar, terus melekat pada permukaan tisu.
"Takpa Nick.. tak apa.. although you have been eliminated.. I still love you.." giliran Tina pula mengesat hingusnya.
"Tak adil kan.." rungut Susy.
Tina mengangguk-angguk setuju.
"Nick tu baik.. kenapa bukan Chong ke.. Ken ke.." lanjutnya dalam sebak suara.
"Iyalah… he almost perfect.. dia patut jadi final top five.."

Menangislah dua dara itu atas satu perkara yang kiranya tidak patut menjadi kesedihan mereka. Demikianlah kelaziman perilaku penonton setiap kali konsert mingguan TDP berada di penghujungnya. Ramai manusia lebih mudah mengalirkan air mata apabila melihat insan pujaan mereka kecundang, tetapi jarang sekali manusia yang menangis apabila menyaksikan peristiwa gempa bumi atau malapetaka melanda melanda negara kejiranan mereka. Begitu juga kebanyakan manusia sanggup menghabiskan puluhan ringgit untuk mengundi dalam rancangan bercorak realiti, tetapi sangat sedikit bilangan mereka yang sudi menghulurkan derma untuk membantu golongan yang susah dan menderita.

Bersambung….
try , Ahad, Disember 24, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog