2+4 hrs...Twogether Fourever

/

KAU BUAT AKU JATUH CINTA (Part 4)

Fragmen 4

Genap sebulan peristiwa malam itu berlalu. Namun,Intan dan Anuar..kedua-duanya masih belum mampu melupakan peristiwa pada malam itu.Bila mengenangkan peristiwa itu,hati Intan semakin mengakui bahawa dia sudah mula jatuh cinta pada Anuar.

Intan melangkah masuk ke pejabat.


"Hai!Selamat pagi Cik Intan."sapa Rita setiausaha Intan.
Intan senyum."Selamat pagi."
"Ermm…hari ni nampaknya ada kelainan….."Rita senyum.
Intan kerut kening."Apa yang lain……"
"Bunga……"
"Maksud Rita……."
"Erm..rasanya lebih bermakna kalau Cik Intan tengok sendiri."
Intan ketawa kecil."Kalau macam tu….saya pun dah tak sabar dah ni…."
Intan senyum."Oh,ya!Ada pesanan untuk saya tak??"
"Oh!Puan Azlin ada call pagi tadi.Dia suruh Cik Intan call dia balik."
"Ok,thanks!"
Intan memulas tombol pintu pejabatnya dan sebaik pintu di buka….
Ha!!Bunga ros!!An!!Hati Intan menjerit gembira…..sejak sebulan yang lalu..inilah kali pertama Intan menerima sejambak bunga ros dari Anuar.Selalunya bunga tulip putih menjadi pilihan Anuar.Terima kasih An……

Intan letak tas tangan di atas meja.Kad yang terselit pada bunga di baca berkali-kali.Hati Intan berbunga gembira dengan kata-kata Anuar….sememangnya Intan merindui Anuar.Sejak malam itu,Anuar langsung tidak menghubunginya malah langsung tidak berjumpa dengannya.Hanya bunga menjadi pengganti diri Anuar.

Anuar pegang handphonenya.Nak call ke tidak ni??
Dah sebulan dah ni??Dah cukup ke masa untuk Intan berfikir??Arghh!!In…..An rindu!!!

Handphoe Intan berdering.Nama ''Anuar'' terpapar di skrin.Intan menjerit gembira.Debaran di dada cuba di tahan.

"Hello…………."
"Assalamualaikum…."Intan senyum.Romantik betul suara Anuar.
"Wa alaikumsalam…..An…An ke mana??"manja suara Intan.
Hati Anuar kembang."Hmm…rindu kat An ke??"
Muka Intan merona merah.Malu kerana Anuar dapat meneka isi hatinya.
"Tak adalah….."
Anuar ketawa kecil."Tengah buat apa tu??"
"Saja……"Intan melirik pada bunga di atas meja.
"Saja?Tak ada kerja??"
"In baru masuk ofis tadi….."
"Dah dapat tak???"
"Ermmmm….dapat apa??"
"Tak apalah……"Anuar pura-pura merajuk.Intan ketawa kecil.
"Cantik bunga atas meja In tu…….."Intan terdiam."Siapa bagi….?"
"Entah!Orang gila……."jawab Intan.
"Bagusnya orang gila tu….pandai juga dia bagi bunga kat In ye…."
"Orang gila mana??"Anuar bertanya lagi.
"Anuar……"Intan senyum.
"Anuar??Anuar mana satu??In ada boyfriend lain ye……"
"Mana ada!"
"Habis tu..Anuar mana pulak bagi bunga tu?"
Intan geram."Anuarlah!"
"Anuar mana sayang?"
Hati Intan tambah berdebar dengan kata-kata Anuar.
"Eeeee….An lah.Jahat ler..buat-buat tak tahu pulak!"Intan merajuk manja.
Anuar ketawa kecil."In yang mulakan dulu…..tadi An tanya In buat-buat tak tahu."
"Eee….An yang mulakan dululah!"Intan mengelak.
"Dah pandai lawan cakap An ye??An tak sayang nanti……"
Intan ketap bibir."Yelah…yelah…..In yang salah."
"Macam tu le baru An sayang….."Intan senyum.
"Suka tak bunga tu??"
"Erm!"Intan malu nak cakap.
"Erm tu apa maksudnya?"
"In sukalah!"Geram Intan dengan kenakalan Anuar."Kenapa hari ni bagi ros merah??
"Sebab hari ni hari special An…."Intan tertanya-tanya.
"Anuar tulis apa kat kad tu??"tanya Anuar lagi.
Intan tambah geram.Anuar memang suka mengusik.
"Entah………"
"Takkan tak tahu??"
"An….!"
"Ye sayang……."
"Eee…bencilah!"
"Benci tu maknanya sayang……."Anuar mengusik lagi."Anuar tulis apa??"
Intan menarik nafas.Geram betul.Intan pandang kad yang di pegang sejak tadi.Mukanya merona merah."Ermm……..An cakap……"
Anuar segera memintas."Sayang……..I miss you.I''m really miss you so much!I love you!"
Intan terdiam.Bunga cintanya mekar dengan kata-kata Anuar.
"Jahat!"
Anuar ketawa."An rindulah……"manja suara Anuar.
Intan senyum."Hmmm..yelah tu….."
"Betul ni!An rindu!In tak rindu An??"
"Erm…tak taulah….An betul-betul rindu In??"
"Erm….An rindu sangat!Nanti kita jumpa key!"
"Jumpa??Maksud An??"
"Tunggulah…..oklah sayang.An ada kerja.Take care."

Intan masih tersenyum walaupun Anuar telah lama memutuskan panggilan.Intan rasa bersalah dengan Anuar tiba-tiba….Anuar sudah melayaninya seperti seorang kekasih dan Intan pula masih belum memberikan kata dua kepada Anuar.Hmmm….macam mana ni???

Intan teringat pesanan Kak Lin pagi tadi. Cepat-cepat Intan menghubungi kak Lin.

"Hello..assalamualaikum."
"Wa alaikumsalam.Ha!Intan..ingat lupa nak call akak."sergah kak Lin.
Intan ketawa."Sori,Intan busy sikit tadi."Ingatannya melayang mengingatkan Anuar.
"Erm…malam ni datang rumah akak boleh tak??"
"Ada apa??"
"Malam ni birthday Anuar.So,ibu buat majlis makan malam.Ibu suruh Intan datang."
Intan terkejut.Kenapa Anuar tak cakap tadi??
"Boleh tak Intan??"
Intan terkejut dari lamunannya."Err…ok.Insya Allah In datang."

Alamak…birthday Anuar.Nak bagi hadiah apa yer??Erm……kena cari Syakila ni.Tapi Killa takde….dia cuti.Alamak….macam mana ni??

Tepat jam 7.30 malam,Azrin datang menjemput Intan.

"Apasal jemput akak ni??"tanya Intan sebaik masuk ke kereta.
Azrin ketawa."Ibu suruh……"
"Kenapa??"
"Sebab kalau akak balik nanti……abang An ada peluanglah nak hantar akak.Bolehlah dating!"usik Azrin.
Intan senyum."Nakal Azrin yer….."

"Ibu….bila nak makan ni?An dah lapar ni!"Anuar duduk menghadap makanan yang terhidang di atas meja.
"Tunggulah kejap.Hadiah An belum sampai lagi.Hadiah special tau!"ibu senyum.
"Apa tu???"Anuar hairan.
"Assalamualaikum!"semangat Azrin memberi salam mengejutkan semua yangberada di meja makan.
"Wa alaikumsalam."Anuar pandang Azrin dan matanya terpaku pada seseorang yang amat dirinduinya.Intan berdiri di belakang Azrin.
"An……inilah hadiah ibu untuk An!"Intan dan Anuar terkejut.Tak sangka ibu merancang sebijak itu.
Intan mendekati Anuar sambil tersenyum manis.anuar pandang Intan tak berkedip langsung dan tiba-tiba Anuar kenyit mata pada Intan.Intan terkejut dan mereka sama-sama ketawa.


Intan membantu Azrin membancuh kopi di dapur selepas makan malam.Azrin menyusun cawan dan meletakkan kopi di dalam dulang.

"Apa perasan jumpa abang An?"Azrin menyiku lengan Intan.
Intan senyum.
"Takkan tak rindu?Dah sebulan tak jumpa."
Muka Intan merona merah.tak sangka Azrin tahu hal tu.
"Akak sayang abang An tak??"
Intan ketawa."Ermm…kalau abang sayang akak,akak sayanglah kat dia."
"Amboiii….dah panggil ''abang'' dah ye?"
Intan mencubit lengan Azrin."Nakal!"
Azrin ketawa."Cinta????"
"Erm….kalau abang cinta akak,akak cinta dialah."

"Ibu…terima kasih."ucap Anuar yang duduk di ruang tamu bersama ibu,ayah,kak Lin dan abang Joe.
"Ibu tahu An rindu kat Intan.Tu yang ibu ajak tu…sekarang An pandai-pandailah hargai peluang."ibu senyum.anuar tersengih.Malu betui!

Azrin menatang dulang dan menghidangkan minuman di atas meja kemudian duduk di samping ibu.Intan berdiri tak tahu nak duduk kat mana.

"Intan..duduk sekali.Kita minum kopi."arah ibu."An……….."
Anuar pandang Intan sambil tersenyum."Mari sayang….duduk dekat An."
Muka Intan merona merah,malu dengan sikap Anuar yang selamba saja berkata macam tu di hadapan keluarganya.Anuar hulur tangan pada Intan.
Nak tak nak Intan sambut tangan Anuar.Anuar tarik Intan lembut duduk di sisinya.
"Mengada tau!"bisik Intan perlahan.
"Kisah ke??"bisik Anuar.
"Mestilah."Intan menjeling manja.
"Kalau In kisah…………"Anuar dengan selamba memeluk pinggang Intan.
Intan terkejut.Perasan yang keluarga Anuar memerhatikan mereka sambil tersenyum.
"An!Gatal tau!"Intan tepis tangan Anuar.
Anuar buat muka selamba sambil mencapai cawan.Intan buat tak peduli dan terus minum.
Anuar tersedak tiba-tiba.Wajahnya serius."Pahitnya kopi ni….siapa yang buat??"
"Rin lah!"Azrin angkat tangan.
"Anak dara apa ni?!Buat kopi pun pahit!"
"Mengadalah tu!"Azrin cebik muka.
"Betul!"Anuar serius."Cuba In minum……"
"Ha???"Intan kaget.Perlahan-lahan dia capai cawan Anuar dan minum.
"Ok pun.Tak pahit….."Intan serahkan balik cawan pada Anuar.
"Betul ke??Jap An rasa balik."Anuar pura-pura menghayati rasa kopi itu."Hmmm…betullah.Dah jadi manis pulak kena bibir In tu….."Anuar ketawa kecil.
Intan geram Anuar sengaja kenakan dia."Jahatlah…."
"Ni tandanya kita kena kahwinlah ni….sebab kalau kita tak kahwin….An mesti rasa pahit kalau minum kopi yang tak kena bibir In tu."
Intan menjeling manja.Semua tersenyum melihat Intan dan Anuar.
"Ehem!Abang,Rin nak tanya skit boleh tak??"
"Apa dia??"
"Bila nak kahwin dengan kak In??"
Intan tersedak dengan pertanyaan Azrin.sah Azrin memang nak tolong Anuar.
"Kahwin??Ermmmmm…….sayang,bila kita nak kahwin??"Anuar siku lengan Intan.
Intan tumbuk paha Anuar."Entah…….."
"Ermm…abang pun tak tahu bila nak kahwin.Ikut hati dah tak sabar nak kahwin.tapi kena tanya kak In le…bila dia nak menyerah pada abang…"
Intan geram.Dia cubit lengan Anuar dan menjeling manja.
"Jahat!"
Intan terus berdiri."Erm…In nak ke dapur dulu.Nak cuci tangan."


Intan berdiri di hadapan sinki.Paip air di buka dan di tutup.Langsung dia tak cuci tangan.tadi tu cuma alasan sebab malu bila anuar asyik mengusik.

"Assalamualaikum……"bisik Anuar di telinga Intan.Intan terkejut dan berpaling.Anuar berdiri di belakangnya…terlalu rapat.
Intan senyum."Wa alaikumsalam….."
"Laa…salah tu."
Intan kerut kening."Apa pulak??"
"Sepatutnya In cakap…..wa alaikum ''sayang''!"Anuar ketawa.
Intan geram."Mana boleh.Dosa tau kalau jawab macam tu.An ni!"marah Intan manja sambil memukul bahu Anuar.
Anuar tangkap tangan Intan."Sakitlah sayang…tak boleh ke kalau tak pukul An?.Sakit tau kalau sayang pukul…tak kesian kat An?"
Intan alih muka,malu.Anuar pegang tangan Intan sebelah lagi.
"An…lepaslah….."
"Tak nak……"
"An…..please…..tak baik.An….."Intan merayu manja dan memandang Anuar.Matanya terpaku pada mata Anuar.Hati Intan berdebar-debar.Anuar pun terus melepaskan tangan Intan.Intan cuba tunduk.
"Sayang….please.Jangan tunduk.Pandang mata An pleasee….."pinta Anuar.Hatinya juga berdebar-debar.
"Tak naklah….."
"Kenapa??"
"In takut……"
"Bukan An nak makan pun……please…."
Perlahan-lahan Intan pandang mata Anuar.Intan cuba tahan debaran di hati.
"Thanks…….."
Intan senyum.
"Marah kat An lagi tak??"
Intan hairan."Hmmmmm????"
"Pasal malam dulu tu.An peluk In.Marah tak??"
Muka Intam merah.Malu sebab Anuar masih ingat semua itu.Perlahan-lahan Intan geleng kepala."An gatal betul!"
"Dah In yang buat An jadi macam tu."usik Anuar.
Intan ketap bibir.Dia menjeling Anuar manja.
"Rindu kat An tak?Sebulan kita tak jumpa…"
Intan senyum.
"An rindu……."Intan senyum lagi."In rasa tak apa yang An rasa sekarang ni??"Intan senyum.Dia faham maksud Anuar.Dia juga rasakan apa yang Anuar rasa."I love you….."ucap Anuar.
Intan senyum lagi.
"Thanks sebab sayang sudi datang."ucap Anuar lembut.
Intan jungkit bahu.
"Tapi An sedih……."
"Kenapa???"
"Buah hati An belum wish kat An lagi….."
Ha!Intan terkejut.Dia memang lupa nak wish kat Anuar.Tadi dia cuma serahkan hadiah saja pada Anuar.
"Sori…..An marah??"lembut Intan bertanya.
Anuar menjeling dan paling muka."Sikit!"
"Sori……..Happy Birthday,sayang…."bisik Intan di telinga Anuar.
Anuar terkejut dengan panggil sayang dari Intan tadi.Pantas dia menatap wajah Intan.Wajah Anuar ceria.
"In panggil An apa tadi??"
Intan ketawa kecil."Sayang.In panggil An sayang tadi."
"Ha!In dah terima An??!In dah cintakan?!In dah jadi milik An?!
Intan angguk kepala sambil ketawa kecil melihat Anuar yang gembira macam nak gila.
Tiba-tiba….Anuar pandang Intan dengan senyuman dan renungan yang nakal.
"Kenapa ni?"
Anuar terus bersikap macam tadi.
"An!Kenapa ni?"Intan bertanya manja.
"Tadi kalau An tak silap….In cakap In dah jadi milik An kan??"
Intan angguk sambil senyum.
"So,bolehlah kalau An nak…….."Anuar kenyit mata.
"An!"Intan pukul bahu Anuar."Gatal tau!Mana boleh!"marah Intan manja.
"Kenapa pulak?Kan In dah jadi milik An??"Anuar pura-pura bodoh.
"Memanglah…tapi,In belum jadi milik An yang mutlak lagi.Ish…..ish….ish…."Intan tepuk-tepuk pipi Anuar."Cincin pun tak tersarung lagi….."
"Oh,itu….kejap ye."Anuar naik ke biliknya dan turun semula mendapatkan Intan.
"Cepatnya….."
Anuar senyum."Nah!Untuk bakal isteri tersayang…."Anuar hulur kotak baldu kecil berwarna merun pada Intan."Ini cincin tanda yang Intan dah jadi girlfriend An."
Intan buka kotak baldu kecil berwarna merun itu sambil tersenyum.Sebentuk cincin emas putih di dalamnya.Intan tutup semula dan bagi pada Anuar.
"Nah!Ambil baliklah….."Intan pura-pura marah.
"Laaa….kenapa ni sayang??An buat salah ke??"Anuar cemas.
Intan pandang Anuar."An ni!Kata nak In jadi milik An…..tapi suruh kita pakai sendiri pulak cincin tu.Tak naklah!"Intan merajuk manja.
"Laaa…"anuar tepuk dahi."An lupalah sayang……sori….jangan merajuk key?"pujuk Anuar.
"Malas nak layan An!".
"Alaaaaa…..jangalah merajuk.Kuat merajuk betul.Janganlah macam tu….An dah tak sabar nak kahwin ni!Meh,An sarungkan okey."Anuar menarik tangan Intan dan menyarungkan cincin itu di jari kanan Intan.
Intan senyum."Thanks An……."
"Hmmmm…tak nak panggil guna nama An lagi…"
"Habis tu nak panggil An apa??"Intan bertanya manja.
"Pandai-pandailah….."
Intan senyum."Oklah……terima kasih,abang."
Anuar senyum gembira.
try , Khamis, Disember 28, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog