2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terima Kasih Teman : Part 4

“Dik...Boleh tolong panggil Azierina. Pakcik nie pak sedara dia. Ada hal penting kat rumah dia.”

Azie dipanggil oleh La. Memang kedatangan pakcik saudara Azie mengejutkan semua orang. Azie dibawa balik oleh pakcik saudaranya. Di dalam kereta.


“Na....Pak Cu nak Ina terima baik-baik semua nie. Pak Cu masih ada, ayah, Mak Long dan semua masih ada untuk Ina.”
“Apehalnya Pak Cu.”

Azie bersiul kecil mengikut alunan yang dimainkan dalam kereta Satria milik Pak Su nya.

“Along....Along, dah ‘pergi’ Ina.”
“Pak.....Cu...”

Azie terhenti bersiul, bergenang airmata dipipinya.Sahar terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Memujuk anak saudara yang telah banyak mengharungi derita selama ini. Pemergian ibunya 5 tahun lalu, sudah cukup derita dilalui. Kini kehilangan Nazri, abang Long yang cukup disayangi Azie. Di pujuknya Azie yang makin kuat menangis. Meraung di dada Pak Su yang cukup mengerti. Pak Su Azie turut menangis.

“Pak Su....Kenapa mesti Along? Ayah dah balik ke, Pak Su.”
“Takkk, semalam baru ayah kamu tau.”
“Pak Su....Kita pergi ambil Nazim kat asrama ye.”
“Ye, Ina.”

Azie mendiamkan diri merenung ke luar tingkap kereta. Airmata berjuraian jatuh tak henti-henti. Di asrama Nazim. Azie terpaksa mengelakkan diri dari memanggil Nazim di dormnya. Pak Sulah yang membantu Nazim membawa beg pakaiannya. Nazim turun dengan kehairanan. Azie terus memeluk Nazim bila Nazim sudah berada didepan matanya. Nazim hairan dengan situasi yang berlaku disekelilingnya. Azie menangis memeluknya seolah-olah sudah bertahun tidak bertemu.

“Kak...Takkan rindu adik kot.”
“Dik, Along...”
“Kenapa?! Kenapa ngan Along,kak?!”
“Zim....Pak Su tak nak kamu terkejut.... Along kamu dah ‘tiada’.”
“Tipu!!! Akak dan Pak Su tipu!!!”

Penerimaan dari Nazim membuatkan Azie terduduk menangis. Pak Su mengejar Nazim yang melarikan diri dari mereka. Sukar untuk Nazim menerima kenyataan yang pahit ini. Nazim histeria. Meraung sambil menjerit memanggil Alongnya. Beberapa orang guru turut memegang Nazim.

“Kenapa ni?”
“Abang dia, cikgu. Abang dia dah tiada. Sebab tu dia jadi macam ni. Dia tak boleh terima kenyataan tentang ketiadaan abangnya Nazri.”
“Innalillahiroji’un, bila tu?”
“Semalam jam 3 pagi. Dia memang sayang sesangat abangnya tu. Maklumlah, ayah kerja luar negara. Jordan nung. Mak pulak dah ‘tiada’ masa lahirkan dia.”
“Kesian, ye. Nazim...Sabar ye...”

Nazim di bawa ke kereta. Dipujuk oleh beberapa orang guru termasuk Pak Su Nazim. Semua pelajar yang memerhatikan kejadian itu hanya mampu membuahkan rasa kesian mereka pada Nazim.
Setiba mereka di perkarangan rumah, Nek Pah berlari turun mendapatkan kedua cucunya yang cukup disayangi. Azie dipeluknya. Dan Sahar membawa Nazim ke atas rumah. Sebaik kaki menapak ke tangga teratas. Terbujur kaku tubuh abang yang cukup diayanginya. Azie terjatuh ke dalam pelukan Nek Pah.

“Ya alah, Ina!! Milah!! Cepat tolong aku nie. Ina pengsan.”

Beberapa orang wanita yang sedang membaca Yassin menerpa ke muka pintu. Membantu Nek Pah memabawa naik Azie ke bilik. Azie masih lemah di dalam pelukan Nek Pah. Sahar membawa Nazim naik. Pak Long dan Abang Chik, turut menyambut kedatangan Nazim. Disabarkan Nazim. Nazim memandang tajam ke arah Azie. Nazim seolah berperang dengan jiwanya sendiri.
“Along....Kenapa along tinggalkan adik. Along tengoklah kakak tu. Kakak taklah setabah yang along sangkakan. Kalau kakak begitu, adik pun kecewa, Long. Bukalah mata, Long. Pandang adik. Peluk adik. Pujuk kakak, peluk kakak tu. Ayah dah tak sayangkan kita. Along pun tahu, kan. Tapi...Kenapa along pun tinggalkan kami. Along!!!!!”
Nazim menangis. Nazim bangun mencium dahi alongnya. Berubi-tubi Nazim melepaskan kerinduan dan rasa sayangnya.
“Bangunlah, along. Tak terasa ke, along dengan ciuman adik ni. Apa adik nak beritahu Kak Yaa. Dengan sape dia nak kahwin kalau bukan dengan along.”

Perbuatan Nazim yang seolah kerasukan benar-benar mengejutkan Sahar dan para tetamu. Nazim mengelepur seperti ikan yang baru dibawa naik oleh nelayan dari laut.

“Along!!! Along!!!”
“Nazim....Sabar, nak. Sabar.”

Seisi rumah turut bersedih. Akhirnya Nazim terkulai lesu di dalam pelukan Lebai Samad. Berjujuran airmata tumpah dari kelopak mata Azie. Sebulan Azie terpaksa ponteng sekolah. Airmata menjadi teman utama, semenjak pemergian along. Nazim menjadi pendiam. Seringkali termenung dan menangis. Ayah Azie pulang sebaik saja, jenazah ingin di hantar ke kubur. Kak Ya, tunang Nazri. Terjelepok pengsan di tangga bila melihatkan kedatangannya disambut dengan keadaan begitu. 2 minngu Kak Yaa berkabung di rumah Azie. Rumah menjadi muram. Seolah-olah pemergian Nazri membawa bersama gelak tawa Azie dan Nazim.
Teman-teman disekolah menyambut Azie dengan kata-kata semangat. Malah masing-masing sudah hilang akal untuk menghalang tangisan Azie tatkala menghadap buku pelajaran. Hampir gile Azie dibuatnya. Teman-teman turut bersedih. Azimlah yang banyak berkorban, meluangkan masa untuk mengembalikan ketawa Azie.

 



“Zul….Kau saje yang tahu semua ni tau.”
“Kenapa kau tak beritahu dia, Syed?. Terus terang ngan dia. Hei Kawan! Kita kan lelaki. Jangan jatuhkan maruah kita tu.”
“Zul….Kau ni boleh buat aku ‘angin’ satu badan tau.Jaga skit mulut ngko tu.”

Sejak peristiwa malam tu. Syed dan Zul mula perang ‘dingin’. Walhal lagi 3 hari keputusan untuk hukuman atas kesalahan mereka dua bulan lepas. Ika dan member-membernya turut menanti dengan debaran. Sebulan yang lepas, Ika serta konco-konconya termasuk konco Syaf telah dipilih untuk mewakili persembahan pentomen untuk Hari Guru tersebut. Syed dan Ika sebagai suara latar. Beberapa orang pelajar dan semua pelajar perempuan yang lain berbaki, menjadi kumpulan koir.
Manakala selebihnya merupakan pelakon. Ika dan Shah diberi kepercayaan untuk mengendalikan ‘corner’ pengawas. Biarpun mempunyai suasana gembira, Ika dan teman yang lain berdebar menanti keputusan hukuman konco Shah.
Ika dan seorang pengawas lain diminta mengiringi para pengawas menghulurkan tanda ingatan pada setiap guru. Apabila selesai majlis, Cikgu Razman meminta Syed dengan diiringi oleh Ika menghadiahkan cenderahati pada Pengetua Sekolah.

“Ika…Mungkin kali ni perkhidmatan terakhir aku untuk sekolah ini. Jadi Ika diperlukan untuk mengiringi Syed. Untuk buat Penghormatan Terakhir.”
“Jangan kata gitu,Syed. Kan Ika menangis, kan.”

Syed dan Ika turun mendapatkan rakan-rakan yang lain. Shah turut mendapatkan Ika.

“Ika…Buka ‘corner’.Jom”

Ika akur dengan permintaan dari Shah. Memang dia dan Shah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga ‘corner’ pengawas. Shah memberikan sebiji belon mickey untuk Ika. Manakala Ika turut menerima pesanan ‘request’ dari seorang peminat misteri. Ketawa besar Shah dibuatnya.
Sedang asyik bergurau senda, Zul memanggil Shah untuk masa perbicaraan. Ika, Rin, Azie dan Sue menanti dengan gelisah. Jam 5.30 petang. Majlis ditamatkan. Ika menanti rakan-rakan yang masih di mahkamah pelajar di Taman Aspirana. Shah dating dengan wajah sugul. Seterusnya Syed dan yang lain menurut. Syed berbaik dengan Zul kembali.
Syed mengambil tempat di sebelah Shah.Tanpa disedari oleh Ika dan teman-teman lain, ada mata yang memandangnya. Merenung jauh seolah telah lama wajah Ika dipujanya. Shah menayangkan surat yang diperolehinya.

“Korang jangan nangis ye. Sebab Shah sendiri pun boleh menangis.”
“Betul ke?”

Shah menyapu tangan ke muka. Syafri tertunduk. Gagalkah untuk rayuan yang telah dibuat oleh mereka. Ika merampas surat yang dipegang oleh Shah. Dan terus dibacanya surat tersebut. Rin, Dugong, Faris, Sue dan Azie menanti Ika habis membacanya.

“Yessss!!Kes diorang menang.”
“Alhamdullillah.”

Ika, Rin, Sue dan Azie berpelukan kegembiraan. Airmata gembira menitis. Selepas itu mereka kembali berseronok. Bergambar kenangan. Kini mereka hanya tinggal 5 bulan untuk detik perpisahan.



* * *


Kes teman-teman Ika telah selamat dan hampir lupus dari ingatan. Suatu petang sedang mereka sedang beristirehat di Bilik Rehat.

“Kak!! Kak Ika!!! Kak Azie!!! Dan kakak-kakak semua. Abang Azim panggil kat Padang Kawat. Cepat kak!! Cepat!!! Afiq!!”

Ika panik dengan berita yang di sampaikan oleh Miah yang masih terscungap-cungap di pintu Bilik Rehat. Ika dan konco-konconya terus bergegas turun ke Padang Kawat. Kelihatan 2 buah kereta bersama bunyi bising-bising dari tangga Taman Aspirana. Mereka masih sabar menanti.

“Naik kau!! Aku hantar kau ke sini bukan nak berkawan. Hah!!! Tengok sekarang macam mana result kau. Hah!! Rasa ni!! Berapa kali aku pesan!!”

Beberapa kali bunyi tamparan singgah pada tubuh kecil Afiq. Tak cukup dengan itu, tendangan dari abahnya singgah lagi. Afiq lembik dikerjakan abahnya. Ika tergamam, Azie dan Rin terduduk, melihat dengan kasihan.

“Dahlah tu, Pakcik!! Afiq tak salah!!! Tapi saya yang salah, lepaskan Afiq. Pukul saya ni. Pukul saya ni.”

Syed, Azim dan Syaf masih merayu. Tubuh Afiq di tarik kesisi. Cuba menahan tendangan dan tamparan dari abah Afiq. Tanpa kenal erti puas tubuh kecil Afiq di tendang lagi. Ika cuba menghampiri namun Rin kemas memegang. Entah bila airmata keluar dari pipi Ika, Ika sendiri tidak pasti. Dia tidak snaggup melihat Afiq diseksa begitu.

“Kak Ika!!!”

Panggilan lemah Afiq membuatkan Ika kuat untuk berdepan dengan abah Afiq.

“Sudahlah tu, pakcik.”
Ika memegang tangan abah Afiq.
“Hah!! Pak Su nilah budak pompuan tu, selalu sangat Nisya tengok dia dengan Afiq. Sampai Afiq tak ingat pelajaran pasal dialah!!”
“Ooh!!! Kaulah dalangnya ya. Buat anak aku macam ni!!”
Entah mengapa tangan abah Afiq terus melepaskan geram pada Ika.
“Abah!!! Jangan pukul Kak Ika!! Afiq rayu abah!!”
“Anak jahanam!!”

Afiq disepak kasar. Ika terus menerima bertubi-tubi pukulan. Hinggalah terasa seperti ada sesuatu menghempapnya kepalanya kuat. Ika diam pengsan. Masing-masing tergamam. Syed dapat rasakan diri Ika yang sudah parah dipukul telah lembik bila terkena tamparan kasar ke kepalanya dari abah Afiq.
Afiq ditarik kasar ke dalam kereta. Ika terbaring lesu. Rin terus menangis mendapatkan Ika. Ika masih dalam pangkuan Syed.

“Ya alah!! Ika, bangun Ika!”
“Lekas beritahu warden. Kita bawa Ika ke hospital.”
Syed bergegas mencempung Ika ke bilik rehat Aspuri.
“Syed!! Tengok hidung Ika berdarah!!”
Azie semakin panik.


* * *



“Mak…Betul ke, along nak kahwin hujung tahun ni?
”Iye…Cuma mak tak tanye along lagi. Samada dia setuju ke tidak.”
“Dengan sape,mak?”
“Muzaffar…Syed Muzzafar tu. Anak kawan abah kamu. Lupa pulak mak nak tanye? Bila adik balik?”
“Ntah,mak…Banyak keje kat ning. Lagi 5 bulan kena periksa besar.Insyaallah, minggu depan kot?”
“Mak ngan abah nak tunangkan kakak kamu dulu. Kalau memang jadilah kamu nak balik minggu depan. Mak boleh beritahu along, mak nak tunangkan diorang tu minggu depan.”
“Baguslah tu,mak. O.klah Assalamualaikum,mak.”
“Wassalam, kem salam mak kat semua kawan-kawan ye. Jaga diri baik-baik,dik.”
“Baiklah,mak. Terima kasih.”
Gagang telefon diletak.

“Syaf…Minggu depan aku nak balik kampung. Kak Long nak bertunang.”
“ Tahniah..”
“Terima kasih. Mak aku kem salam.”
“Waalaikumsalam.”
“Syed…Salam je ke dia kirim. Makan-makan tak mau kirim ke?”

Azim mengusik Syed. Memang mereka berempat sudah rapat dalam satu tempoh yang agak lama. Dalam diam, teman-teman Azim tak pernah tahu. Azim sekarang sedang ber’cintan’ ngan musuh ketat mereka, Syakilla. Student form 4. Syed dan konco-konconya cukup membenci Syakilla.
Azim tak sedar, di aspuri berita mengenai perhubungannya dengan Syakilla menjadi isu panas.

“La illahaillallah, Azim…Azim…Dah tak cukup ke pompuan kat dunia ni.”
“Yelah,Ika. Sue heran gak, kat maner lah buatkan Azim tu terpikat ngan Syakilla tu.”
“Rin ada,kan. Tapi kenapa dia tak pilih Rin, ahh mungkin dia malu kot.”
Serentak Sue dan Ika melontar bantal ke arah Rin, meluat dengan sikap Rin yang perasan.

“Betullah tu,dah dua-dua ego. Pas pas cik Rin kita yang ternganga.”
“Eh borak-borak jugak. Camner ngan ‘date’ kiter. Dah pukul 9.00 ni. Kata nak jumpa kat Gim. Jomlah.”
“Yelah, Kau turunlah dulu ye. Aku nak dot....dot...Jap je kat tandas.”
“Kau memang cam tu, Ika. O.k kami blah dulu babai.”

Mereka turun ke Gim, dan seperti yang dijangka merekalah yang terpaksa menunggu. Ika yang turun lewat pun terpaksa menunggu sama. Hinggalah Azim dan Syafri turun. Azie dan Sue mengajak Azim dan Syaf bermain ping-pong.

“Syaf!! Ngape dok bawak raket badminton. Boringler camni.”
“Iyelah,Rin.”
“Korang tunggulah dulu, kot-kot kekgi ade yang bawak raket bolehlah kau join.”
“Syaf...Zul ngan yang lain maner?”
“Buat taiklah...”

Syafri berlalu mendapatkan team ping pongnya. Sementara itu Rin dan Ika berborak kosong. Hinggalah Zul datang bawak dua raket badminton. Rin mula diajak bermain. Akhir sekali Syed turun. Bawak raket untuk Ika. Mereka mula bermain, dua lawan dua. Syed dengan Ika dan Rin dengan Zul. Zul agak kekok bermain. Mungkin lama tidak turun gelanggang kot. Ika mula mempermainkan Azie yang berada di gelanggang ping pong. Merah muka Azie cemburukan Ika. Syed memang aktif, tapi. Malang skit sebab duduk ngan Ika. Terlalu main-main dan tak pernah Ika dapat membantu Syed mengambil bola dari pihak lawan.

“Ha...Ha...Kamilah johannya, Syedkan. Bukannya Rin ngan Zul.”
“Banyaklah kau ni, Ika. Serius gak skit. Semput dah aku ni.”
“Amboi....Dah semput-semput lak. Macam orang tua je.”

Ika terus ketawa. Lebih-lebih lagi bila lihat cara Zul bermain. Macam orang tak pernah main je.

“Ika!!!!”

Syed mengingatkan Ika tentang bola tangkis yang semakin menghampiri Ika. Ika mengundur untuk mengambil bola. Nasib Syed cepat kalau tidak maunya pecah kepala Ika, bila terlanggar tiang gelanggang badminton. Ika terduduk dan ketawa lagi. Syed menggelengkan kepala.

“Isy...Malaslah Ika main. Macam nak mati je. Letih giler. Azie!!! Azie!! Gantikan Ika kat sini ye!!”
“Ika?!”

Syed kehilangan kata-kata. Ika berehat di tepi gelanggang. Menjadi penyokong setia. Setelah puas mengetawakan orang di gelanggang. Ika berjalan-jalan ke arah permainan lain. Ika puas, kerana dapat beri Azie peluang dengan Syed. Tanpa Ika mengerti ada insan yang kecewa dan marahkan Ika. Mereka kembali berkumpul.

“Jom main bola kucing.”
“Iyelah, Syaf. Ika pun suka main benda tu.”
“O.k kita ngundi ye. Ayam ngan itik.”

Masing-masing mengundi dengan cara berbisik dengan pasangan masing-masing.

“Ayam ngan Syed. Itik ngan aku.”

Azim memaklumkam.Lagi sekali Ika berada di kumpulan Syed. Ika tak pernah menyedari tentang tingkah Syed bila mereka bersama. Syed tak lekang dari memerhati geraklaku Ika. Hanya Zul yang pernah terbaca keseluruhan rasa hati Syed. Kekecewaan mahupun keegoan Syed ternyata terlalu tinggi.
Sepetang mereka bermain bersama-sama.Itulah yang membuatkan mereka tidak pernah mengingati keluarga di kampung. Begitu jugalah Azie dapat melupakan kesedihan dan kerinduan terhadap Nazri.Abang yang meninggalkannya dan Nazim sejak 3 bulan lepas. Kini waktu getir mereka semakin menghimpit. STPM akan diredah dalam masa 2 bulan lagi. Ika terus melupakan kejayaan, tak siapa tahu semangat Ika sudah hancur tatkala ayahnya memungkiri janji pada Ika satu tika dulu. Semangat Ika untuk genggam kejayaan telah pudar. Keruh tak berwarna.


* * *


 



“Rin, Sue tak tahu apa akan jadi pada Sue nanti. Bila berpisah ngan korang semua.”
“Sue...Bukan Sue saja bimbangkan saat itu, Ika pun takut untuk hadapi itu semua.”
“Korang tahu tak, Azie akan sekali lagi rasa kehilangan, kan.”

Mereka berpelukan. Menangisi saat yang bakal menjelma tatkala selesainya peperiksaan SPM tiga hari lagi. Rin terdiam, ada air jernih yang bertakung di kelopak matanya.

“Korang tak risau ke, pasal result nanti.”
“Rin...Dah lama Ika matikan saat untuk kecapi kejayaan.”
“Ika....Kenapa Ika? Adakah kerana Ika pernah dikecewakan oleh ayah Ika. Jadi...Ika matikan semangat Ika. Hipokritlah, Ika.”
“Biarlah apa Azie nak kata pada Ika. Masa tu Azie tak faham. Ika kecewa, dan sekarang Ika berdiri di sini hanyalah kerana persahabatan dari korang.”


Mereka terdiam. Ika memang terlalu ego. Malam itu mereka tidur bersama. Rasanya perpisahan yang semakin menghimpit akan merampas segalanya dari mereka. Hanya teman diantara mereka yang menanti. Dalam khayalan masing-masing terbayang saat yang amat menakutkan. Dimana, mereka akan terpisah.
Ika merenung kembali kenangan lampau, bagaimanalah keadaan Ika tanpa usikan nakal dari Zakri, tanpa tanggungjawab pada adik-adik junior di hostel. Ika mengalirkan airmata. Zakri adalah teman sekelas dengan Azie, namun Zakri suka menyakat Azie dan Ika. Kadang-kadang Ika senang dengan Zakri tapi, kadang-kadang Ika pun berang dengan Zakri.
Masih utuh di dalam ingatan Ika, segala gurauan Zakri.


* * * *



“Ika!! Aku suka lah tengok kau. Kau buat hati aku senang tau. Kalau sehari aku tak tengok kau rasanya gundah gulana hati aku ni.”
Gurauan itulah yang mengakrabkan persahabatan Ika dengan Zakri.
“Zek, Ika tak sukalah kalau tengok Zek selalu murung je....Tak seronok lansung. Senyumlah sikit.”

Semua pelajar kelas Zakri faham akan perangai Ika dan Zakri. Ika tak memilih siapa temannya. Zakri anak yatim, hanya dia dan abangnya, Zakaria yang menemani ibunya sejak ayahnya meninggal. Ika tahu semua itu, kadang-kadang Ika terlampau ambil berat akan Zakri biar apapun yang Zakri buat dan kata pada Ika. Ika terima Zakri seadanya dan sebab itulah tanpa Ika sedari Zakri sudah terpaut pada Ika. Pernah Zakri merisik tentang Ika dari teman-teman yang lain. Ika tahu. Cuma Ika hanya mendiamkan diri.
Semua teman kelas Zakri tahu, pantang Ika lalu depan kelas mereka. Mata Zakri takkan lekang dari tengok Ika. Kekadang Ika juga perlukan Zakri. Semua teman Ika tahu itu semua. Kadang-kadang Zakri yang datang ke kelas Ika, berborak dan berbual sampai waktu rehat tamat. Ika tak pernah jemu melayani Zakri. Ika sentiasa senang dengan siapa sahaja yang ingin mendampinginya.

“Ika, aku senang dengan kau, sebab kau jadi kawan baik aku. Kau beri aku banyak makna. Kau tahu Ika. Aku nak sangat tengok mak aku senyum bila hantar aku dekat universiti nanti. Biar dia tahu, aku berjaya sebab pengorbanan dia pada aku.”
“Ika tahu, Zek kan anak mak.”
“Tulah sebab aku suka kau, kau paling memahami aku tau.”
“Zek....Tak lama lagi kite dah nak berpisah. Apa kau nak buat lepas ni??”
“Kahwin?!”
“Kahwin? Ngan sape??”
“Ngan kaulah. Aku tak nak kau pergi jauh dari aku. Sebab aku sentiasa perlukan kau.”
“Ngarutlah... Kan kite kecik lagi. Lepas ni kiter masih kawan kan??”
“Dunia akhirat kau kawan aku, Ika.”
“Ika pun..”

try , Rabu, November 29, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog