2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terima Kasih Teman : Part 3


  • “Rin…Geli geleman aku dibuatnya.Kalau orang lain Ika boleh tahan. Tapi…eiii! Maunyer mat Romeo tu.”
    “Tak baik kau,Ika. Tak sia-sia kau dapat dosa ‘free’.”
    “Rin…Ika, takutlah.”

    “Takut aper, Ika?”
    “Azie…Ika takut salah faham yang pernah menimpa Zira dulu. Akan kena pada Azie juga. “
    “Ika…Kau tak perlu bimbanglah, Azie tak begitu.”
    “Yea…Dulu Sue pun pernah beritahu Ika macam tu pasal Zira. Tapi, sekarang Rin tengoklah. Kerana Ika, korang pun gaduh ngan Zira.”
    “Itu silap Zira, Ika.”

    Rin menggenggam tangan Ika seerat mungkin. Ika hanya mampu merenung jauh. Ika pasti Rin akan sentiasa disisi. Namun segalanya bukan semudah yang disangka. Lagi beberapa hari, sekolah mereka akan menghantar beberapa orang pemain bola tampar ke SMK Merang. Untuk perlawanan antara daerah. Rin, Sue dan Zira merupakan pemain kekal dalam pasukan. Manakala Ika dan Azie hanya datang untuk menemani mereka. Beberapa orang guru pembimbing juga turut serta. Pasukan perempuan telah berjaya dikalahkan pada pusigan suku akhir. Selepas itu, mereka turut memberikan sokongan pada pasukan lelaki sekolah yang dianggotai oleh beberapa orang member kamceng mereka. Seperti Syed, Syaf, Shah, Zul dan Lan.Sedang mereka asyik memerhatikan perlawanan ynag diadakan. Cikgu Samila menyuruh Ika dan Azie membantunya mendapatkan bantuan makanan tengahari untuk para peserta.

    “Azie….Jom.”
    “Kau pergilah,Ika. Aku nak tengok ‘admire’ aku nie.”

    Dengan nada yang agak keterlaluan dari Azie. Ika akur pada Cikgu Samila, Ika hanya mampu memendam rasa dengan sikap acuh dari Azie. Sedang Ika asyikmembantu Cikgu Samila. Perlawanan ditamatkan. Pasukan dari pihak tuan rumah adalah juara keseluruhan. Ika hampir-hampir menangis dengan sikap acuh dari Azie.

    “Ika…Cikgu terpaksa balik awal. Kamu nak tumpang saya ke.”
    “Boleh gak,cikgu. Tunggu yea, saya dapatkan barang saya di sana.”

    Ika mendapatkan barangnya yang tertinggal dan terus berlalu pulang. Di asrama.

    “Maa, Ika nak balik nie. Tolong beritahu diorang yea.”
    O.k, Tapi…Kau gaduh ngan diorang ke, Ika?”
    “Takk, ‘emergency’ lah.O.klah,Ika balik dulu yea.”

    Sementara di SMK Merang.Rin dan Sue mencari Ika. Beberapa orang student ditanya di mana Ika.Hinggalah seorang pemain dari pasukan lawan yang juga mengenali Ika memberitahu tentang kepulangan Ika.

    “Azie….Ika dah balik dah. Tadi lagi.”
    “Iye ke? Apesal Ika cepat sangat balik ye?”
    “Ntahlah, Syaf. Tadi o.k je.”
    “Alah, korang janganlah risau. O.knyer dia tu. Bukannya dia merajuk. Adelah halnya tu. Syed…Syed..Jadi tak Syed nak ajak kitorang pergi makan.”
    “Tapi…Ika.”
    “Takpelah bungkuslah untuk Ika. Azie boleh tolong beri nanti. Kalau nak suruh Azie suap pun takpe.”

    Azie berlalu geram. Dan Azim hanya mampu memendam perasaan dengan sikap Azie. Selama Azim menyatakan hasrat hatinya pada Azie. Azie benar-benar ‘dingin’. Memang Azim turut mengakui, layanan yang diberikan oleh Azie pda Syed dan dirinya jauh berbeza. Mereka terus ke Bandar untuk makan malam. Malangnya Syed juga meninggalkan majlis secara diam-diam.

    “Syaf, mana Syed? Kata nak belanja. Tapi…Batang hidung dia pun Rin tak nampak.”
    “Ops! Aku lupa nak beritahu, Syed dah balik ngan motor Shah tadi. Duitnya ni, dia bagi. Pas tu dia suruh bungkuskan untuknya selalu.”
    “Haa...Berpakat ngan Kak Ika lah, abang Syed tu.”
    “Lannn..”

    Rin menegur. Azim memandang Azie. Azie terusan mogok, tak mau makan. Perasaaan marah dan irihati pada Ika semakin menyala-nyala. Mereka tak menyedari tentang kepulangan Ika. Ketika mereka masih berseronok, Syed dilanda kecelakaan.
    Syed dipukul orang semasa dalam perjalanan ke asrama. Empat orang pelajar yang pernah dibuang sekolah kerana laporan yang dibuat oleh Syed. Hampir-hampir maut Syed dipukulnya, nasib Pak Abu selaku ‘jaga’ sekolah melintas di lorong itu. Dipapahnya Syed ke asrama. Setibanya pemain-pemain lain ke asrama. Mereka terkejut dengan keadaan Syed.

    “Binatang! Diorang nie memang nak cari nahas. Bila kau sorang baru diorang berani bawak konco. Kalu kitorang ada, mahunya mati mamat-mamat tu aku kerjakan.”
    “Sabar Zul..Mereka ada buat perhitungan dengan aku. Pantai Batu Buruk petang Sabtu nie.”

    Kemarahan Syafri,Zul dan Azim benar-benar mendadak. Malam itu Ika, Rin, Azie dan Sue turun ke Dewan Makan. Membawa kek yang dibawa oleh Ika untuk disantap bersama. Biarpun sikit tapi, mereka tetap ingin berkongsi makanan tersebut.

    “Sorrylah! Tadi Ika balik awal. Birthday mak Ika.”
    “Oooh..Kenapa tak beritahu? Boleh Syaf pos hadiah besar-besar.”

    Luka dihati Ika hampir hilang, kelukaan dengan sebuah persahabatan. Ika masih boleh tersenyum.

    “Jim, Syed mana? Tak nak makan kek ke?”
    “Alah, Ika. Lupa aku nak beritahu Syed kena pukul.”
    “Ya allah!”

    Terkejut mereka berempat. Setelah Syaf menceritakan segalanya. Ika meminta Syaf memanggil Syed berjumpa dengannya. Ika dan Syed merupakan rakan setugas dalam menangani isu pil-pil khayal di sekolah. Syed menyusul mereka setelah diturut oleh Lan.

    “Sebelum Syed cakap banyak-banyak, Syed makan kek nie dulu. Simpan untuk Syed tau. Makanlah skit. Nie birthday ibu Ika.”
    “Hmmm...Sedapnya. Dah habis ke?”
    “Alah dia nie, orang bagi betis nak peha pulak. Banyaklah kau.”
    “Ika tak bagi betislah, Shah. Ika cuma bagi kek sekerat je.”
    “Ika nie, kan tu pepatah. Hii, geramnya nak bergurau skit pun takleh ke?”

    Ika dan Syed mula berbincang. Sepanjang perbincangan mereka. Hanya Rin dan Azim yang menemani mereka. Ika meneruskan perbincangan, sampaikan lupa waktu yang semakin lewat.Akhirnya bila jam mencecah pukul 2.15 pagi barulah mereka kembali ke dorm.Ika dan Rin terus terlelap. Sementara itu, Azie masih berjaga.Seolah-olah memikirkan sesuatu.

    ‘Ika...Bukan Azie bencikan Ika. Tapi kenapa Ika seolah-olah cuba merampas Syed dari Azie. Syed pujaan Azie selama 4 Tahun Ika. Kenapa Ika tak boleh nak beralah dengan Azie. Ika, kan dah jadi permata di hati semua orang. Kenapa Ika tak bagi peluang ‘kaca’ ini digilap untuk dilihat sepertimu, Ika.’

    Bermulanya masa persekolahan, Ika dan Syed terus menemui Puan Mala. Memaklumkan peristiwa yang menimpa Syed. Puan Mala cukup bersimpati dengan peristiwa yang menimpa Syed. Beberapa kali mesyuarat para pengawas diadakan sepanjang bulan itu. Hinggalah selesai kes tersebut, barulah Ika dan Syed boleh bersenang lenang.

    Maa selaku ‘classmate’ Ika mengumumkan satu perkara yang benar-benar membuatkan Azie tersenyum.

    “Eh!Gosip hangat nie, Ika...Ika dah bertemu buah hati tau. Sape dia tu, La?”
    “Abang.....Teng...Terengg...Ayie...Tahniah Ika. Tadi baru buat ‘date’ dalam kelas. Siap suap asam masin lagi.”
    “Mengarutlah.”

    Ika meletakkan beg galas ke atas katil. Muka Ika meremang merah. Memang Ayie dah lama simpan perasaan kat Ika. Tapi, tadi tu Ika dan Ayie hanya bertemu biasa je. Ayie yang gatal. Tapi takpelah Ika puas. Biarpun gosip tu, gosip yang menyakitkan hati, tapi Ika puas. Azie dah boleh berbaik dengan Ika.

    “Berita lagi...Berita lagi...”

    Nor membingitkan suasana dorm yang diduduki oleh 10 orang penghuni yang sememangnya membingitkan. Masing-masing menanti dengan keadaan terpaku.

    “Cepatlah Nor...Apehalnya?”
    “Nie...Nie...Korang tengok nie. Perkhemahan Permatang.”
    “Iyea...Bestnya kat maner, Nor.”
    “Nun di sana.....”
    “Nor.....Kau jangan main-main....Kat mana?”
    “Sekayu!!!”
    “Yahoo!!!!!”

    Masing-masing bersorak kegembiraan. Perkelahan akan diadakan selama 3 hari di Sekayu. Memang dah lama mereka menantikannya. Ika terus bersoorak. Hinggalah ada insan yang datang menegur. Barulah mereka semua terdiam.
    Hari yang dinantikan pun tiba. 3 buah bas telah dijemput. Seperti biasa Ika, Nor dan Rinlah yang terpaksa jadi AJK. Awal-awal lagi Ika tercedera, kakinya tersepak penyangkut khemah. Terkopak kulit ibu jari. Biasalah budak nakal, tak cukup dengan itu Ika ‘terbang’ apabila tersungkur tali khemah. Kesian, Ika. Nasib Zul dekat. Cepat-cepat dia bantu Ika. Rin dan Sue hanya pandai ketawa.

    “Ika! Lawaklah kau nie. Kau tahu tak. Masuk kali nie 3 kali dah kau jatuh.”
    “Rin...Ika tengah sakitlah..Janganlah pandai ketawa je.”
    Marah Zul kasar. Kesian dengan nasib teman yang terjatuh seperti nangka busuk.
    “Yelah, Rin nie. Jom kami tolong yea.”

    Sepanjang khemah dibina. Nor terpaksa tinggalkan khemah. Semuanya sebab Nor dah jadi Tukang Masak Kem. Maka, Ikalah yang dipertenggungjawabkan untuk mengendalikan khemah untuk penghuni dorm Thuaibah. Terpaksalah, Ika. Dengan kaki yang luka dan jalan terhenjut-henjut. Ika terpaksa menunaikan segala tanggungjawab. Dua buah khemah diberikan untuk setiap dorm. Namun dengan kreativiti Ikalah, khemah mereka memenangi ‘award’ khemah paling cantik. Sepanjang Ika berada di tapak khemah, rebah, luka dan terserandung dah jadi tabiat Ika. Sepanjang 3 hari di sekayu. 9 kalilah Ika telah terjatuh. Selalu sangat depan Zul. Malam-malam Ika dan Sue terpaksa berjaga. Kadang-kadang Ika tak tidur semalamam sebab sayangkan ahli-ahli lain. Syed dan Azim yang selaku AJK keselamatan. Bukannya ber’jaga’ tapi jadi pencuri makanan yang dijaga oleh Zul. Mengamuk member dibuatnya.
    Hari terakhir menjelma, para ahli dorm Thuaibah dilanda kekecewaan. Apabila kumpulan mereka terpaksa mengalami kekalahan dalam permainan Bola Tampar. Ika cuba bertahan. Hari akhir di tapak perkhemahan merupakan kekecewaan buat Ika. Di capainya beg pakaian dan terus menuju ke sampan yang digunakan untuk menapak ke tempat bas berhenti.
    Tanpa Ika sedari terdapat seekor lipan hutan ditali beg Ika. Sedang Ika menbimbit beg kanvas ADIDAS miliknya. Lipan mula memasukkan sengatnya ke bahu Ika. Rin menyedari kehadiran lipan tersebut, namun Rin lambat bertindak. Ika terlebih dahulu tersungkur rebah.

    “Ika!!!!”
    “Ya Allah! Kenapa Rin?!”
    “Ika....Ika digigit lipan. Cepat, tolong!! Tolong!!”

    Syafri dan beberapa orang guru pembimbing mendengar jeritan Rin dan Sue. Azie berlari mencari Cikgu Razman. Airmata sudah lama membasahi pipi. Rin terus merangkul Ika. Ika mulai pucat dan bergerak-gerak.

    “Aduh!! Sakit,Rin!! Tolong Ika..”
    “Rin tahu, Ika. Syaf!! Cikgu!! Cepatlah!!”

    Rin mulai menangis, bila Ika merintih sakit. Syafri mengambil langkah pantas. Tanpa Rin sedari, Ika juga menangis kerana kekecewaannya. Ika terus dibawa ke klinik berhampiran. Sue menemani Ika di dalam sampan. Memang Sue tak nafikan ramai yang sayangkan Ika. Masa Ika dan Sue di dalam sampan. Syafri memudi sampan dengan pantas. Namun, Syed dan Azim juga turut membantu. Di tariknya sampan dengan kudrat mereka. Biarpun mereka perlu berenang.Sesampainya di tebing.

    “Sue...Bawa Ika baik-baik.”

    Azim naik ke darat untuk membantu. Ika turut terharu dengan keprihantinan teman-teman.Semenjak hari itu, seminggu Ika terpaksa berbalut lengan. Mungkin kerana racun akibat disengat. Ika sukar untuk menggerakkan tangan. Ika benar-benar beruntung. Malah semasa ketiadaan Ika dalam beberapa hari ke kelas. Teman-temanlah yang banyak membimbingnya kembali. Ika sukar untuk menulis akibat kemalangan yang berlaku.
    Zullah yang membantu Ika menyalin nota-nota yang diberi. Makan dan minum Ika dijaga rapi oleh teman-teman. Syed, Syafri, Azim, Faris, Dugong, Lan dan Shah tak pernah abaikan Ika. Tiap hari Ika dapat buahtangan dari teman-teman. Kehadiran teman-teman di asrama cukup untuk menghilangkan kesakitan yang dialami. Ika bangga dengan kehadiran mereka. Dan...Ika akan tetap sayangkan mereka.


 



“Achik!! Umi tak nak Achik terlalu berkawan untuk tahun ni.”
“Tapi...Umi.”
“Takde tapi..tapi. Tahun nie Achik periksa besar,kan. So, umi tak nak pelajaran achik terbengkalai kerana terlalu main-main. Umi nak Ika jadi macam Kak Yong, Kak Uda dan Angah . Ayah pun macam tu, Chik.”
“Alah...Umi. Umi nak Achik belajar bersungguh-sungguh.Tapi dulu..Umi ingat tak apa ayah buat pada Achik. Ayah mungkiri janji ayah pada Achik. Ayah dan Umi nak suruh Achik berjaya. Tapi...Umi dan Ayah tak pernah nak hadiri Majlis Ibubapa kat sekolah.”

Ika berlalu ke laman rumah. Malas untuk melawan kata Umi. Menyanggah nasihat Umi. Dan melukakan hati Umi.
“Chik...Boleh angah duduk sini.”
“Tentulah...”
“Amboi, best ke berdebat dengan Umi. Takut angah tengok.”
“Angah.... Jangan main-main. Angah tahu, tak?..”
“Takkk...Sebab memang angah tak tahu.”
“Angah....Apelah angah nie. Achik baru mukadimah. Tapi tengoklah, angah dah nyampuk. Geram betul.”
“O.k...o.k...Angah suka tengok adik angah nie marah. Hodoh.!”
“Angah ni! Nak dengar tak..”
“Iyelah, angah dengarlah nie.”
“Kenapa umi dan ayah tak macam orang lain, kan.”
“Kenapa?!Ayah ngan umi takde hidung ke?...Diorang ada sayap ke?.”
“Malaslah achik nak layan orang yang terlalu ‘teror’ cam angah nie.”

Ika mengangkat punggung untuk berlalu. Ikmal ketawa mengejek. Ika terus mencebik. Selama nie, Ika tahu. Tanpa angah, tak mungkin Ika boleh bertahan di rumah ini. Hanya angah pengubat dan penawar untuk setiap kesedihan terhadap umi dan ayah. Ikmal berlari mendapatkan Ika. Adik perempuannya yang cukup sensitif dengan sikap umi dan ayah. Dan 17 tahun Ikmal hidup bersama Ika. Tangan Ikmallah yang mengasuh Ika. Tanpa kehadiran umi dan ayah. Yang sentiasa sibuk. Dipeluknya bahu Ika.

“Alah...Achik ni, angah gurau skit takleh.Sensitif giler. Ke...Hah?!”
“Ape,angah nie?”
“Bukan angah, achik nie. Berubah lah sekarang nie. Sepanjang angah cuti semester nie. Angah tengok adik angah nie terlalu ‘over’ sensitifnya tu.”
“Takkk....Angah, achik sakit hati sangat ngan umi dan ayah.”
“Ngape, selama ni achik tak sakit hati ke kat diorang.”
“Bebaru ni, achik beritahu ayah agar datang Perjumpaan Ibubapa kat sekolah. Angah, masa tu achik suka sangat sebab ayah janji ngan achik nak datang. Tapi....Achik tunggu, punya tunggu. Agaknya boleh ter’beranak’ Mak Teh kalau Mak teh ditempat achik.”
“Alah..Takkan achik tak tau perangai ayah.”
“Tapi, kenapa berjanji? Achik terkilan,ngah. Masa orang lain dipakaikan lencana oleh mak ngan abah diorang. Achik terperuk kat hujung dewan. Macam anak yatim je.”

Ika mula tersedu. Ikmal memujuk lembut. Diajaknya Ika duduk di atas tangga diluar rumah.

“Sabar, dik. Angah tau. Sebab angah pun pernah berada di tempat achik. Nanti Balqis dan Amran pun akan rasainya juga,kan.”
“Takk...Achik tak mau mereka rasa kecewa macam achik, ngah. Achik nak ubah prinsip umi dan ayah. Biar mereka sedar.”
“Yea...Kaca yang digilap sekarang ni. Tak mungkin sebaik permata yang dibiarkan di rumah ini.”

Ikmal menyampuk kata-kata Ika. Dan tersenyum. Lagi 2 tahun dia akan menamatkan pelajaran di Uitm. Ikmal berjanji yang dia akan bela adik-adiknya nanti.

try , Rabu, November 29, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog