2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terima Kasih Teman : Part 5

Ika tersenyum sendirian. Esok dia akan berpisah dengan semua. Bumi Permatang...Zakri dan kawan-kawan. Saat yang ditakuti oleh semua orang akan mejelma tatkala mentari meninari bumi esok.

‘Ahh...Tanpamu Permatang, Ika takkan dapat berdiri segah ini. Terima Kasih, Permatang.”

Hari semakin berlalu. Lantas saat yang digeruni oleh Shah, Lan, Syaf dan teman-teman yang lain menjelma jua. Malam perpisahan terakhir diadakan dengan cukup meriah. Suka dan duka di Permatang satu perkara yang paling indah buat sesiapa yang benar-benar mempunyai ikatan persahabatan seteguh Ika dan teman-temannya.
Cikgu Razman mengadakan Majlis Makan Malam yang cukup bermakna. Ika hampir mengalirkan airmata bila, Cikgu Razman menghulurkan pingat dan Sijil Penghargaan buatnya.

“Ika....Tak mungkin masih ada pemimpin lain di Permatang yang seberani dan sejujur kamu. Saya bangga kamu boleh curahkan jasa-jasa kamu di sini. Terima Kasih, Ika Ashrima”

Beberapa AJK lain turut menerimanya. Termasuk Rin. Sebagai menghargai bumi Permatang Ika dan teman-teman seaspuri yang bakal sama-sama berjuang dalam SPM yang akan tiba tidak lama lagi. Mereka akan menyampaikan sebuah pentomen ‘Teman Sejati’.
Ila merupakan pemegang watak utama, dimana nyanian ‘Teman Sejati’ didendangkan oleh Nor di belakang pentas. Saat berakhirnya pentomen, lampu Dewan ditutup, tatkala itulah Sue, Ika, Rin dan semua teman yang memainkan peranan dalam pentomen akan sama-sama menyampaikan dua buah lagu. Sebagai kenangan terakhir untuk bumi Permatang. Selepas Maa menamatkan serangkap lagu, Ika meninggalkan serangkai kata.

“...Terima Kasih teman,Terima Kasih Cikgu dan Terima Kasih Permatang...Saat perpisahan menjelma jua, itulah hakikat kehidupan di mana ada pertemuan....Disitulah wujudnya perpisahan. Permatang...Terima kasih ,teman...Terima Kasih, cikgu...Kami bangga menjadi anak didikmu...”

Mereka sama-sama menyanyi beramai-ramai. Sebelum rangkai terakhir diulang. Beberapa teman sudah mula menitiskan airmata, warden-warden asrama, cikgu-cikgu dan para penonton. Malam itulah runtuhnya benteng keegoan dalam diri Syed. Tatkala jam berdetik pukul 2.45 pagi, Azim menjemput Ika untuk menemui Syed di Taman Aspirana. Meluahkan segala yang dipendam selama mengenali Ika. Namun, Ika tetap dengan sebuah keegoan. Janji Ika lebih setia untuk sebuah persahabatan. Ika lebih memerlukan sahabat dari ‘kekasih’. Terima Kasih,Syed.
Sejak perpisahan mereka di sekolah. Masing-masing menyepi, kecuali Syed. Syed terus memujuk agar Ika menerimanya. Malah berbagai cara digunakan untuk memenangi hati Ika.



* * *




“Angah!!!”
Mak Siti mendengar jeritan dari anak majikannya. Berlari dia ke ruang tamu. Ika terduduk dengan mata berlinang. Diredakan perasaan anak majikan yang disayangi.

“Kenapa Chik? Kenapa ni?”

Ika memeluk Mak Siti. Dan menangis. Diluahkan segala yang menimpa abang yang paling disayanginya itu. Terus Mak Siti menghubungi teksi. Membawa mereka ke hospital. Memang Mak Siti terlalu sayangkan kenam-enam anak majikannya itu. Semuanya baik-baik dan ramah dengannya. Lebih-lebih lagi Angah. Anak lelaki sulung majikannya.
Di hospital angah masih di wad kecemasan. Ika terkejut dengan pengakuan dan kehadiran Syed dan abahnya.

“Maafkan abah aku, Ika. Kami tak sedar abang kau yang melintas masa tu sebab abah nak cepat. Abah yang merempuhnya.”

Syed? Kau tak tahukah Angah tu abang Ika. Ika semakin mula terima Syed, tapi Syed sendiri yang buatkan Ika membenci Syed. Sampai hati Syed.

“Kenapa?! Kenapa abang Ika yang dilanggar?”

Suara Ika semakin perlahan. Tangisnya semakin menjadi-jadi. Beberapa jam kemudian doktor pun keluar.

“Cik Ika, Mak Cik...Maaf, harapan untuknya sembuh seperti dulu adalah terlalu tipis.”
“Angah!...”

Ika pengsan. Syed mula menyalahkan dirinya sendiri. Kalau tidak kerana dia yang memaksa ayah bawa kereta laju-laju untuk pulang ke rumah. Tentu abang Ika tak seteruk itu. Dua kali dia digilis tayar kereta abah. Bukannya perlahan. Abah memang memandu dengan laju malam tu. Argh! Ika...Maafkan aku.

“Mak Cik....Angah....”
“Ye, nak. Mak cik tahu, Jom kita tengok dia.”

Semuanya pasal Syed. Kenapa abang Ika yang dilanggarnya? Kenapa?! Jika benar Syed marahkan Ika sebab kecewakannya, kenapa lepaskan pada Angah. Angah tak salah. Kenapa?!
Umi dan ayah datang beberapa minit selepas Angah dikeluarkan dari wad kecemasan. Angah akan koma, untuk satu jangka masa yang mungkin panjang. Angah akan lumpuh. Angah akan cacat, Angah akan berubah. Segala cita-cita Angah akan terkubur. Semuanya kerana kau, Syed!! Kak Long terus-terusan menangis.


* * *


 



“Dik....Macamana dengan abang kawan kamu tu?”
“Ntahlah, abah. Tak tahu pulak. Lagipun selama ni, budak tu memang dah ‘dingin’.”
“Takpelah, petang nanti kita pergi ziarah dia kat hospital.”
“Mak pun nak ikut. Nak cari barang untuk Along selalu. Banyak lagi persiapan yang tak tersiap.”
Abah tak tahu. Hati aku ni dah tak tenteram lagi. Kenapalah abang Ika yang jadi mangsa? Aku tak dapat lupa jelingan Ika hari tu. Memang Ika salahkan aku. Ika....Aku tahu, kau memang dah benci aku. Tapi, kau kena tahu aku tetap sayangkan kau.
“Dik....Jauh melamun!”
Giler betul along ni. Semput dada aku.
“Ingat sape? Awek ke?”
“Isy! Mengarutlah along ni...Sejak bila adik along ni dayus, ingatkan pompuan. Tolong skit!”
“Dik...Adik tau tak? Abah dan mak dah mula perasan tau."
“Perasan ape??”
Ni yang menarik ni. Entah cerita apa minah toncang ni.
“Adiklah....Sejak dari abah langgar abang kawan adik tu. Adik asyik termenung je. Macam orang mati bini je.”
Memanglah, Long. Adikmu ni tengah nazak.
“Haa...Tengok tu. Adik ada apa-apa ke ngan dia tu.”
Aku diam. Nak ke aku beritahu dia ni. Boleh percaya ke?
“Lah, takkan ngan kakak sendiri pun tak percaya.”

Akhirnya aku mengalah jugak. Lagipun dia je kakak yang aku ada dalam dunia ni. Apa salahnya. Aku mula cerita satu persatu. Dari A sampai ke Z. Tak tertinggal walau senoktah pun.

“ Cam cerita novel je, dik.”
“Korok dia tu. Orang bukan main penat cerita. Dia kata novel pulak. Giler ape?”
“Eh! Along gurau je...Marah ke?”
“Taklah, suka.”

Aku sengih. Memang sakit hati aku tengok senyum itik dia tu. Adelah tu nak pekenakan aku. Ingat aku ni kecik lagi ke. Senang-senang je nak mainkan aku. Pigilah.

“Dik!! Takkan merajuk kot.”
Along masih dengan ketawanya.
“Along memang tak pernah faham.”
“Apa?! Along faham, cuma Along rasa gadis yang adik Along suka ni, mesti istimewa, kan. Sebab dia, adik along ni berubah.”
Bila masa along dah berjalan seiring denganku. Aku pun tak pasti.
“Adik!!Along!! Cepatlah. Umi dah nak pergi ni.”

Panggilan umi mengejutkanku dan along. Abah menunggu di kereta. Kami bertolak.

“Umi nak gi hospital dulu, nak tengok budak yang abah langgar hari tu tu...”
Tersentak aku. Umi...Umi tahu tak anakmu ini merintih.
“Dik...Umi bagi can ni.”
Along menjeling. Giler! Tu malas nak story kat dia tu.
“Can aper ni, Long...Dik?? Takkan nak berahsia ngan umi kot.”

Ntahlah umi. Biarlah ianya jadi rahsia buat aku. Along cermat memandu, tanpa mempedulikan kegelisahan jiwa adiknya nan sorang ini. Pelbagai perasaan menapak dijiwa, bagaimana layanan Ika nanti...Maafkan abah aku, Ika.

“Dik...Dik!!”
Astagfirrullah! Takkan secepat ni dah sampai kot.
“Tak nak turun ke?”
“Amboi! Cepatnya.”
“Along tahu adik dah tak sabar-sabar lagi.”

Umi mendahului aku dan Along. Biarlah, sebelum ni pun umi dah beberapa kali menjenguk abang Ika. Sesampai di wad, aku tercari-cari Ika. Hanya Kak Long Ika yang menyambut kami. Dah 2 minggu abang Ika terlantar tak sedarkan diri. Teruk sangatkah eksiden tu. Aku tak dapat apa-apa cerita mengenainya. Aku terus melilau mencari Ika. Sementara umi dan Along berbual dengan kakak Ika. Ika munculkan diri, Along memanggil Ika.

“Achik!! Marilah, dah lama diorang sampai.”
Ika masuk menyalami umi dan Kak Longku.
“Long....Ika nak angkat barang-barang Angah dari kereta. Sekejap nanti Ika naik lagi ye.”
“Saya tolong.”
Aku menawarkan diri. Ika hanya diam membatu. Along Ika hanya mengangguk memberi persetujuan. Aku mengekor Ika hingga ke kereta. Ika terus melangkah laju membiarkan aku. Terasa aku benar-benar diragut kesabaran bila Ika tetap membatu, seolah-olah aku tak pernah wujud di depan matanya.

“Ika....Syed mintak maaf.”
Ika masih diam. Aku memegang lengannya.
“Ika dengar tak? Apa lagi kau mahu aku buat untuk kau maafkan aku.”
“Apa?! Syed ingat dengan maaf Syed tu....Angah boleh kembali macam dulu. Berlari...Bergurau, ketawa dan aktif macam dulu!!!”
Tergamam aku dengan penjelasan Ika. Longgar rasanya skru lutut aku ni.
“Ika!!! Semua tu takdir!”

Ika memandangku. Dengan genangan airmata Ika memandangku. Ika rentap tanganku. Terus Ika berlari mengambil barang dari kereta dan terus meninggalkan aku terkontang kanting sendirian. Aku terus naik ke wad abang Ika, entah kemana Ika menghilang aku pun tak tahu.

“Dik!! Boleh tolong hantarkan Ika kat rumah tak?? Ika tak sihat tu.”
Permintaan umi terlalu berat. Nak ke Ika??
“Kak Long dah berithau dia tadi, jangan datang tapi dia tu keras sangat. Sejak eksiden tu, dia tak pernah ambil tahu pasal diri dia.”
Kak Long Ika menangis di bahu umi. Kesal. Umi terus memberi isyarat padaku agar bersetuju dengan permintaan kak Long untuk menghantar Ika.

“Syed.....Kalau boleh ajak dia pergi makan ye. Sejak dua menjak ni semuanya tak terurus untuk dia. Entah berapa kali dia jamah makanan Kak Long pun tak tahu.”

Ika keluar dari bilik air, wajahnya lesu. Setelah bercakap dengan Kak Longnya. Ika bersetuju untuk mengikut aku pulang. Mudah-mudahan lepas ni aku ada peluang berbaik dengan Ika semula. Di dalam kereta.

“Ika...kita gie makan dulu ye.”
Ika hanya membisu. Syed jadi semakin bersalah.
“Ika...Izinkan aku tebus kesalahan abah aku.”
Kereta diberhentikan di sebuah kawasan peranginan.
“Kalau kau nak tebus sangat kesalahan abah kau. Kembalikan abang Ika.”
“Macam mana lagi Ika?”
“Jadikan abang Ika kembali macam dulu!!”

Tengking Ika pada Syed. Syed terkejut dengan perubahan Ika. Ika keluar dari kereta, kemudian teresak menangis. Syed semakin sedih melihatkan keadaan Ika yang seolah-olah hilang keyakinan hidup. Di hampirinya Ika perlahan. Di tarik Ika mengadapnya.

“Ika.....Menangislah, andai ia boleh merubah segalanya. Tapi semua tu dah takdir. Aku hairan dengan kau Ika. Dulu kau cukup gagah. Kaulah yang banyak memberi semangat pada kami. Kau jugalah yang banyak membantu Azie bila dia kehilangan abangnya. Kau lupa ke?”
Ika masih tersesak. Tubuhnya terasa lemah.
“Kenapa abah kau tak langgar Ika? Kenapa abang Ika yang dilanggarnya. Kenapa?!!!”
“Ika!!”
Lantang Syed menengking Ika yang semakin kerasukan.
“Lepaskan aku Syed!! Lepaskan aku!! Aku tak nak kau sentuh aku. Kau ragut kebahagiaan dan harapan aku. Kau musnahkan segalanya. Aku benci kau!!”
Ika semakin berkasar.
“Ika....”

Syed melepaskan pegangannya pada Ika. Ika bangun dan lari jauh ke dalam kawasan taman. Dia perlu tenangkan fikirannya. Segalanya semakin berserabut. Lebih-lebih lagi sejak Angah ditimpa kemalangan. Ika semakin lemah. Tubuhnya tak berdaya untuk berlari lagi. Kakinya terasa lemah.

‘Ya allah! Bantulah aku.’
“Ika!!!!”

Sayup-sayup kedengaran panggilan Syed. Akhirnya Ika terjatuh lemah. Pantas Syed memapah Ika ke kereta dan di bawa pulang ke rumah. Gadis itu perlu ditenangkan. Ika yang dikenalinya dulu, berubah selepas kejadian itu. Ika benar-benar lemah, hilang semangat dan keyakinan diri. Ika dibawa pulang ke rumah, selepas itu dihubungi keluarga Ika. Lekas-lekas Umi balik bersama Along. Semalaman Ika tidak sedarkan diri.

“Kesian dia, Dik.”
Keluh Kak Long selepas membetulkan selimut Ika.
“Long, boleh...”
“Tak...Nanti Along takut Ika meracau lagi. Lagipun biarlah dia redakan perasaan dia tu.”
Aku tunduk. Kesal.
“Adik....Sabarlah.”
Along memeluk bahuku.
“Duduklah sekejap, Along izinkan. Tapi..Kalau Ika terjaga nanti, cepat-cepat lari tau.”

Aku mengangguk dan tersenyum. Katil Ika kuhampiri. Sementara menunggu Ika bangun, aku mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang entah beberapa bulan lagi.

‘Ika.....Lupakah kau pada peperiksaan kita yang semakin dekat. Teman-teman masih menunggu kau. Kami sunyi tanpa kau, Ika. Aku harap kau tidak terfikir untuk melepaskan peperiksaan kita begitu saja. Aku nak kau jadi Ika yang pernah aku kenali dulu, sayang...’

Perlahan kalimah itu keluar dari mulut Syed. Tangannya cuba membelai lembut pipi gebu Ika. Ika nyenyak tidur, seolah-olah telah lama dia tidak berehat sebegitu. Syed terkejut dengan lelehan airmata yang keluar dari birai mata Ika.

‘Ika.....Janganlah kau menyeksa aku lagi. Sampai bila kau nak hidup dengan tangismu itu. Aku pun menderita Ika. Menderita kerana merampas kebahagiaanmu.’

Tangan Ika digenggam Syed. Syed setia menunggu Ika sampai tertidur di tepi katil. Lebih kurang jam 4.30 pagi Ika membuka mata. Terpisat-pisat dia bangun dari katil. Lebih mengejutkan Ika, Syed tertidur di kerusi di dalam bilik tersebut. Pelik dia dengan suasana yang benar-benar asing baginya. Dia bangun mengejutkan Syed.

“Syed....Syed....”
Syed membuka mata, terkejut dengan panggilan Ika.
“Kat mana Ika ni?”
“Hah!”
Syed sendiripun terkejut.
“Kat rumah aku...”
“Apa?!”
Ika semakin marah.
“Tenang Ika...Tenang....Janganlah kau marah aku waktu-waktu begini. Aku tahu aku salah sebab bawa kau ke sini. Tapi itu umi dan Kak Long kau yang minta.”
Syed serba salah. Ika mulai tenang.
“Aku nak ambil air sembahyang...”

Nasib Ika memahami situasinya. Syed membawa Ika ke tandas. Selepas mengambil wuduk, Syed memberikan pakaian sembahyang bersama sejadah kepada Ika. Selepas menunggu Ika selesai solat Syed hanya memerhati dari sofa bilik tamu tersebut. Lama Ika menunaikan solat pada malam itu, sesekali terdengar esakan kecil dari Ika. Syed mendekati Ika perlahan.

“Ika...Sampai bila Ika mahu begini?”
Ika memandang Syed tajam. Syed cuba berbual selembut mungkin.
“Aku sebagai kawan kau Ika. Aku ingin kau kembali seperti dulu. Begitu juga kawan-kawan yang lain. Aku mahu kau kembali macam dulu Ika.”
“Hmm...”
Ika mengeluh dan tertunduk.
“Ntahlah Syed....”

Jawapan dari Ika menyakinkan Syed bahawa kali ini Ika sudah boleh berbual mesra dengannya. Ika bangun melipat sejadah dan pakaian sembahyangnya. Kemudian dilabuhkan punggung ke atas sofa. Matanya tertancap pada rujukan Pengetahuan Am di sofa. Segera dia mengambil buku tersebut dan dibelek perlahan. Syed hanya memerhati dari jauh.

“Dah lama Ika tak sentuh buku-buku ni, Syed. Lagipun hanya tinggal beberapa minggu lagi peperiksaan akan bermula. Ika dah tak yakin lagi.”
Syed mendekati Ika.
“Ika...Ika.....Mana janji kau dulu sebagai sahabat dulu. Mana hilangnya prinsip kau, Ika. Selagi kami ada, Rin, Azie, Zul dan yang lain masih menunggu kau. Marilah Ika. Kami akan bantu kau. Sepertimana kau pernah bantu kami dulu.”
Ika memandang Syed memohon keyakinan.
“Iya....Ika. Dulu masa Azie kehilangan abang, kaulah yang banyak membimbing dia. Kau pernah kata, kan. Tiada hutang dalam persahabatan. Masa tu masa susah Azie, kau pun pernah kata, kan? Masa susah kau pasti akan tiba. Bukan tu saja Ika.”

Syed menghilang di sebalik pintu. Kemudian masuk dengan sekuntum ros putih yang sudah kering yang juga terikat seutas riben biru. Syed kembali mendekati Ika, kemudian duduk di sofa berasingan.

“Kononnya inilah kenangan terakhir tamatnya perkhidmatan aku di sekolah sebagai Naib Pengerusi Disiplin Sekolah. Kau ingat tak Ika?”
Bunga itu bertukar ke tangan Ika.
“Bunga ini kau ambil masa kau menyuruh Ika iringi kau memberi penghormatan terakhir kau pada pengetua, kan?”
“Iya! Kerana bunga inilah yang memberi keyakinan pada aku. Kau kata bunga ni tanda bukti kekuatan persahabatan kita. 16 Mei jadi saksi, kan? Kuatnya kekuatan persahabatan aku percayai masa tu. Kami tidak dikenakan apa-apa tindakan. Dan kau tahu Ika. Aku menangis masa tu, pertama sebab kau sanggup iringi aku. Nak harapkan AJK Disiplin. Mereka hanya ludah aku, tapi tidak kau. Kau kata sebab persahabatan kita selama ini kau tak percaya aku bersalah. Kedua sebab, masa tu aku sedar hakikat persahabatan kita semua.”
“Ika ingat Syed, semalaman kami tak tidur malam tu sebab sembahyang hajat untuk korang. Azie lah yang banyak menangis malam tu. Dia tak sanggup kehilangan kau.”
“Ika....Tolong jangan sebut pasal dia lagi. Aku tahu perasaan dia pada aku. Tapi...”
“Buruk sangatkah Azie tu, Syed? Sampaikan kau lansung tak pandang dia. Kau tahu Syed, Ika tahu Syed tak pernah tegur dia kan? Benci benar Syed pada Azie.”
“Aku tak benci, Ika. Tapi... Aku tak bersedia. Aku dah sayangkan orang lain. Cukuplah pasal Azie sampai di situ. Eh! Malam akhir masa aktiviti Pertukaran Pelajar dengan pelajar Kedah tu kau ingat tak? Kau menangis masa marahkan aku, kan. Kenapa? Cemburu ye?”
Usik Syed. Ika ketawa, lega Syed melihat tawa Ika.
“Buat apa nak cemburu? Tak kuasalah, masa tu Ika malulah. Syed buat perangai kasanova Syed tu pada semua orang. Last-last ada junior mengadu kat Ika. Padahal malam tu bukan main panas tau. Syed pula buat pasal dengan Osman. Mana tak marahnya. Tapi sebenarnya Ika takut nak marahkan Syed. Takut Syed tak nak kawan ngan Ika lagi. Sebab tu terketar-ketar. Perasan lah Syed ni!”
“Ika.....Aku nak kau janji dengan aku. Kalau selepas ini kita terpaksa berubah haluan, kita akan tetap kawan, kan? Aku nak kau tetap ada dengan aku Ika.”
“Alah mengarutlah, eh! Kau ingat tak Zakri, Syed? Macam manalah dia sekarang, kan.”

Syed terdiam, sepanjang sekolah dulu dia cukup bencikan Zakri. Zakri penghalang baginya untuk mendapatkan Ika. Setiap kali waktu rehat Zakrilah yang sentiasa berada bersama Ika. Berbual dan bergelak tawa. Zul pun akrab dengan Ika, Ika lah yang dicari terlebih dahulu kalau dia ada masalah. Syed pun tak faham kenapa dia tidak boleh semesra itu dengan Ika.

“Syed...”
“Hah?!”
“Kemana terbang ni? Ika bimbangkan Angah, Syed. Bagaimanalah dia akan hadapi masa depannya. Ika takut kehilangannya Syed.”
Ika tunduk.
“Ika...Abah aku akan bawa abang kau ke Riyadh. Di sana ramai pakar-pakar yang boleh rawat abang kau. Lagipun kawan-kawan abah ramai di sana. Aku yakin Ika, abang kau akan pulih. Aku janji dan yakin, Ika.”
“Betul ke, Syed?”
“Ika, nak ke aku pasang lagu ‘Percayalah’ dendangan Siti Nurhaliza tu untuk kau? Lepas tu mesti kau baru percaya, kan?”
“Mengarutlah kau ni.”
Ika tersenyum dan ketawa lagi.
“Aku suka tengok kau ketawa Ika. Ketawalah. Lagipun aku rasa lepas ni takkan ada lagi derita kau. Doktor pun dah beri jaminan yang abang kau takkan apa-apa. Lagipun minggu depan abah aku akan bawa abang kau ke sana.”
“Syukurlah.”
Ika mengalirkan airmata bahagianya.


* * *



“Ika, aku dapat tawaran ke UiTm, bagaimana kau?”
“Ntahlah Sue, masih tunggu tawaran. Lagipun ‘result’ kau ok, tak macam Ika punya. Malu nak tengok tau.”
“Alah kau ni memang Ika. Tapi aku percaya kau akan dapat mana-mana tawaran.”
“Terima kasih, Sue.”
“O.k aku pergi dulu. Assalamualaikum, aku sayang kau Ika.”
“Aku pun.”
Ika meletakkan gagang telefon. Kemudian berlari ke biliknya.
“Kak Chik!! Kak Chik!!! Ada surat ni.”

Jerit Amran adik Ika. Sambil tangannya memegang beberapa keping sampul surat. Ika mendapatkan Amran.

“Syy.... Angah tidur tu. Surat ape ni, dik?”
“Surat dari universiti tak?”
Ika mengambil sampul surat dari Amran. Dan meneliti satu persatu.
“Yea!! Angah dapat tawaran dari kolej di Terengganu.”
“Syy....Kak Chik, Angah tidur tu.”
Ika begitu gembira dan terus memeluk adiknya erat.
“Adik nak telefon sapa tu?”
“Abang Syed lah. Kan Kak Chik dapat tawaran. Abang Syed tentu nak tahu, kan.”
“Terpulang dekat adiklah. Akak nak masuk bilik dulu.”

Amran terus mendail nombor Syed dan berborak panjang dengan Syed. Sejak Angahnya dirawat oleh abah Syed, keluarga mereka menjadi semakin akrab.

“Apehal adik bising-bising ni?”

Angah keluar dari biliknya setelah kedengaran adik-adiknya ketawa riang di ruang tamu. Amran terus mendapatkan abangnya, dipeluknya angahnya erat. Sudah lama angah tidak mendukung atau mengusiknya seperti selalu. Semenjak angah ditimpa accident 6 bulan lalu, angah semakin susut. Malah angah tidak lagi seaktif dulu. Biarpun dia seolah-olah sudah sembuh sepenuhnya namun, dirinya masih lemah. Perlu mendapatkan rawatan sebulan sekali di hospital dan sentiasa memerlukan rehat yang secukupnya. Demi adik-adiklah angah berupaya untuk sembuh.

“Kak Chik dapat sambung belajar kat Terengganu. Bolehlah kita pergi tengok penyu kat sana.”
Sudah lama Amran teringin untuk pergi ke Terengganu.
“Ooh....Patutlah bising-bising ni. Tadi adik telefon siapa?”
“Abang Syed, dia ajak Kak Chik keluar makan tapi tak ajak adik ngan angah pun.”
Amran mencebik. Angah menggeleng melihat adik bongsunya itu.
“Buat ape ajak adik? Kan Kak Chik nak dating.”
“Tapi Kak Chik tak tahu lagi. Mintaklah Kak Chik tak nak keluar.”
Terkejut Angah dengan perangai Amran.
“Tak baiklah buat macam tu. Adik ikut abang jelah. Abang pun nak keluar hari ni.”
“Iya ke? Naik ape?”
“Keretalah, kan mama dah beli kereta untuk abang.”
“Yahoo!! Kita ajak Kak Chik sama. Biar abang Syed datang kat rumah tapi Kak Chik takde.”
Mengekek ketawa Amran bila dapat mengenakan Syed.
“Tak baik macam tu. Pergi suruh Kak chik siap-siap, nanti abang Syed datang. Kecik-kecik dah nak jadi jahat ye.”

Amran menuju ke bilik Ika sugul. Angah hanya tersenyum dengan keletah adiknya. Selepas memaklumkan pada Ika, Amran kembali duduk di ruang tamu bersama Angahnya.

“Kak Chik nak keluar dengan abang Syed juga. Dah puas pujuk. Tapi degil betul Kak Chik tu.”
“Kenapa adik jadi macam ni? Selalu tak macam ni.”
Mereka sama-sama mengadap televisyen.
“Assalamualaikum...”
Syed memberi salam. Bila melihatkan Syed di muka pintu, Amran berlalu.
“Waalaikumsalam, masuklah Syed.”
Hairan Syed dengan penerimaan Amran. Dia mengambil tempat di sebelah Angah.

“Kenapa dengan adik tu?”
“Dia marahkan Syed lah tu. Ajak achik keluar tapi tak ajak dia.”
“Ooo...Patutlah tarik muncung. Angah pun nak keluar ke?”
“Hmm....Nak ambil tugasan kat kolej. Dah lama tak pergi kolej, banyak sangat kerjanya. Maklumlah dah tahun akhir. Penatlah sikit sekarang ni.”
“Hati-hati sikit, Angah. Jangan sampai penat sangat.”
Ika keluar ke ruang tamu dengan jeans lusuh dan t-shirt lengan panjang.
“Angah, Achik keluar dulu. Lagipun nak jumpa kawan-kawan lain sama. Syed, pegang kejap. Lupa nak ambil kasut.”
Ika menghulurkan beg galasnya pada Syed.
“Angah!! Ada tak Along ambil keronsang ‘peach’ Achik?”
“Tak taulah, Ika. Tapi Angah rasa tadi Balqis yang pakai.”
“Budak tu memang. Keronsang tu aje yang comel tau. Kalau dia hilangkan macam baru ni. Jaga dia!”
Ika menyilangkan hujung selendangnya ke atas bahu.
“Dahlah tu. Duit dah ada ke?”
“Hmm...”
Ika menggeleng.
“Tu atas peti ais, mama ada tinggalkan. Ambiklah lima puluh tu.”
“O.klah, ni sayang angah ni.”

Selepas mengambil duit, Ika menyalami tangan Angahnya dan mencium pipi Angah. Kemudian mereka keluar dengan kereta Syed. Di dalam kereta. 


“Bila Syed pergi daftar?”
“Seminggu lagi. Hantar aku ya.”
“Malaslah, lagipun Ika kena prepare untuk pergi kolej ni.”
Syed terdiam, berkecil hati dengan jawapan Ika.
“Ika beritahu Azie dan Sue kita nak ke Pizza ya. Lagipun Zul dan yang lain pun ada, kan?”
“Hmm...”
Syed masih lagi terdiam.
‘Kenapalah susah benar kau nak faham aku Ika.’
“Syed....Lepas jumpa diorang nanti, kita pergi Mid Valley yea. Nak cari hadiah skit.”
“Ikutlah.”
“Kenapa ni? Tiba-tiba berubah ‘mood’.”
“Takde ape-apelah. Biasa je.”

Handset Syed mengganggu perbualan mereka. Ika menjawab panggilan tersebut. Kemudian terdiam, beberapa kali matanya memandang Syed yang sedang memandu. Selepas berbual seketika. Ika meletakkan telefon.

“Siapa?!”
“Takde apa-apa.”
Ika terdiam lagi.
“Kenapa ni?”
“Betul ke Syed nak sambung study ke UK?”
Syed terkejut.
“Siapa tadi tu?”
Kereta diberhentikan.
“Macam mana dengan tawaran ke UUM tu?”
“Aku tolak, tu sebab aku minta kau hantarkan aku minggu depan.”
“Ika tak boleh hantar Syed.”
“Kau marah aku pergi Ika?”
“Takk.....Ika gembira. Sebab kawan Ika nak sambung study ke ‘oversea’. Nanti tak bolehlah kita jumpa selalu, kan?”
Ika mengembalikan wajah cerianya.
“Kau gembira aku pergi jauh Ika.”
“Iyalah, kau pergi jauh sebab study, kan? Ika gembira tau. Bukannya tak boleh berhubung lagi. 3 tahun je. Masa tu beratus surat, email atau telefon kau boleh buat agar perhubungan kita tak putus.”
“Kau tahu Ika, Zakri pun dapat tawaran belajar ke Terengganu. KUSTEM.”
“Iya ke? Samalah dengan Ika. Bestnya. Lama dah Ika tak jumpa dia tau.”
“Ika...Nanti temankan aku cari barang keperluan untuk aku kat sana nanti ya.”
“Iyalah tu, sampai malam pun takpe. Asal Syed bahagia.”

Syed tersenyum, biarpun dihatinya terluka dengan sikap Ika. Selepas menemui teman-teman di Pizza Hut Cafe. Masing-masing berpisah ke haluan sendiri. Ika masih bersama Syed mencari barang keperluan untuk pengajian Syed nanti. Begitu juga Ika.

“Ika nak beli yang ini, cantiklah. Nanti boleh poskan surat untuk kawan-kawan tiap hari.”
“Aku pun nak satu.”

Syed membiarkan Ika mencari alatulis. Semuanya dua kotak pensil yang sama, buku catitan yang sama, pen yang sama dan beg yang sama.

“Macam kembar je ni.”
Rungut Ika.
“Ika nak beli keronsang. Jomlah.”

Syed menurut. Kemudian tanpa Ika sedar, Syed membelikan dua pasang keronsang untuk Ika. Ika masih leka memilih. 3 pasang keronsang menjadi pilihannya. Selesai membeli keronsang, mereka beralih mencari pakaian kampus. Sekali lagi Syed membelikan sepasang kain kurung dan selendang untuk Ika.

“Syed, mari kejap! Sinilah!”
Syed menurut.
“Ika nak beli skaf ni untuk Syed. Nanti kat hujung ni, Ika nak jahit nama Ika. Biar kau ingat Ika selalu.”
Skaf biru laut bercorak batik di letakkan ke bahu Syed.
“Hah! Smart pun. Cam mat saleh je.”
“Banyaklah kau ni. Ok ke? Macam badut je aku rasa.”
“Ok lah tu. Takpelah kalau kau tak mahu pun. Dan ini Ika nak beri pada Zek. Cantik, kan.”
Syed terasa lagi. Syed mengangguk dan berlalu. Seharian membeli belah, mereka pun pulang ke rumah. Selepas menghantar Ika, Syed terus pulang ke rumah. Ketika mengeluarkan barang-barang dari kereta. Syed terjumpa ‘wallet’ Ika.

‘Esoklah aku hantar.’

Di bilik, Syed terdetik untuk membuka ‘wallet’ Ika. Beberapa keping kad dan gambar berukuran pasport milik Ika terselit di celah ‘wallet’ tersebut. Syed melihat gambar yang terdapat dalam ‘wallet’ tersebut. Kenangan ketika sekolah, gambar yang diambil beramai-ramai ketika ‘Majlis Kebudayaan Pertukaran Pelajar Asrama’. Ika dan Syed sebagai pengacara majlis. Syed merenung gambar tersebut. Beberapa ketika kemudian, ketukan di pintu bilik kedengaran. Along memanggilnya. Pantas Syed menyembunyikan barang-barang yang dipunggah dari wallet Ika. Kemudian pintu di buka.

“Kenapa lama sangat baru buka pintu?”
“Hmm...Tertidurlah, Long.”
“Ika telefon tadi, tanya adik dah sampai ke belum. Jadi ke bertolak minggu depan?”
“Ingat-ingat nak pergi awal sikitlah, Long. Ika pun dah nak berangkat ke Terengganu hujung minggu ni. Dia belajar kat sana.”
“Merajuklah ni nak pergi awal-awal. Dah beritahu umi ngan abah?”
“Belum...Tapi ingat hujung minggu ni nak bertolaklah. Lagipun umi ngan abah hantar terus ke tangga universiti, kan?”
“Iyalah tu. Eh! Apa ni?”
Along bangun dari katil dan melihat apa yang ada di bawah gebar milik adiknya.

“Along...”
“Ya allah! Angau ke adik aku ni?”
Satu-persatu gambar pasport yang dilihatnya milik Ika.
“Adik curi ke?”
“Takk....Ika tertinggal dalam kereta.”
“Eh! Bila ambil gambar ni? Siap di ‘frem’ lagi. Cantiklah.”

Gambar milik Syed yang difremkan dalam bingkai emas diangkat untuk dilihat. Kemudian diambilnya gambar beramai-ramai yang tedapat dalam ‘wallet’ Ika.

“Macam gambar orang kahwin je.”
“Tu masa malam kebudayaan kat asrama dulu. Padan tak?”
“Macam tembikai dihancur lumat je. Along dengan abang Nizam pun tak macam ni tau.”
“Alah...Along tu kolot.”
Syed mengusik lagi.

try , Rabu, November 29, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog