/

Hospital Islam - Hospital Untung atau Hospital Amal?


underneath
Originally uploaded by omnia.


Pendapat 1:

Assaalamualaikum wbt

Saya ingin sangat memberi sedikit pandangan. Di KL kita lihat ada Doktor dari kaum India dan Cina yang telah berjaya dalam bidang mereka, mengujudkan hospital yang menggunakan kepakaran mereka dan kawan-kawan mereka, di mana mereka mengenakan caj, yang lebih murah dari SMJC atau Panati di mana mereka biasa bertugas. Usaha ini adalah untuk mereka yang berpendapatan rendah mendapat kepakaran mereka pada harga yang rendah.

Saya lihat belum ada doktor atau hospital orang islam yang berbuat demikian. Walaupun Islam mengajar kita yang Ilmu yang di beri kepada kita adalah satu rahmah Allah swt dan kita tidak sepatut nya mengaut keuntungan berlebihan, sedih sekali kita lihat ramai Doktor am, dan pakar melayu di negara ini, lebih bersifat mementingkan kewangan lebih dari melakukan amal kebaikan.


Bukan saya mensyorkan ia nya hospital murah atau hospital free. Yang saya syorkan ia lah setidak tidak nya ia mengikuti apa yang di buat oleh doktor pakar bangsa lain yang beroperasi di tempat tempat seperti Hospital Damai. Mega medical centre dan banyak lagi hospital kaum Cina dan India.

Di tempat-tempat ini, harga kos rawatan dan fees untok pakar adalah agak setengah dari apa yang ada di SMJC, pantai dan seterus nya. Apa yang saya katakan ia lah, jika doktor bangsa lain boleh berkerja kuat dengan kadar bayaran yang rendah, sedangkan mereka tidak percaya kepada balasan akhirat, kenapa kita Umat islam, tidak boleh buat sedemikian.

Adakah tujuan doktor islam di malaysia hanya untuk buat sebanyak wang yang boleh? Jadi jika di gunakan istilah "Hospital islam", saya syorkan pakar, Doktor lebih mementingkan berkerja untuk mendapat balasan akhirat dan juga dengan kadar pendapatan yang sesuai. Bukan pendapatan RM60,000 satu pakar satu bulan. Kalau tujuan penubuhan hospital itu adalah untuk membuat keuntungan sebanyak mungkin, harap JANGAN GUNA ISTILAH ISLAM.



Pendapat 2:

Assalamualaikum!

Umumnya kefahaman ramai apabila disebut Hospital Islam, cajnya mestilah rendah dan kalau boleh free. Itu benar jika Hospital itu terbentuk dalam daulah Islam. Tetapi tidak buat masa ini.

Jika penubuhan Hospital Islam tersebut adalah atas dasar amal dan mendapat dana dari sumber-sumber yang tidak putus-putus seperti dari baitul mal dan hanya untuk orang miskin, maka itulah sebaik-baiknya.

Tetapi jika Hospital Islam itu ditubuhkan oleh syarikat swasta dan mempunyai kewangan yang terhad, maka bayarannya mestilah kompetitif untuk Hospital itu meneruskan operasinya tetapi ia mestilah dalam kadar yang manasabah dan kompetitif sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan.

Mungkin juga Hospital Islam private ini boleh juga menyediakan ruang untuk orang kaya menderma untuk rawatan orang miskin yang pergi ke Hospital itu. Dengan itu ia boleh dimanafaatkan oleh orang miskin, ada ruang untuk orang kaya beramal dan tidak menjejaskan operasi Hospital tersebut (dari segi kewangan). Model seperti ini adalah seperti Hospital Islam di Jordan.

Memang ada doktor muslim yang bekerja kuat dengan kadar bayaran yang lebih rendah, hanya kita tidak menyedarinya. Mereka boleh juga untuk bekerja di Hospital five star tetapi mereka lebih rela bekerja di situ untuk memberikan khidmat mereka kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Dalam ciri Hospital Islam, saya telah mengariskan bahawa caj nya mestilah berpatutan tanpa adanya unsur-unsur kezaliman. Jika anda mampu untuk tinggal di Hospital mewah dan rela berada di sana, silakan. Jika anda hanya mampu tinggal di Hospital budget seperti hospital mega dan damai atau KBMC, PUSRAWI maka tinggallah di sana. Cuma yang tak masuk akal ialah jika masuk hospital mewah tapi nak caj murah, atau masuk hospital budget tapi kena caj macam hospital mewah. Maka itu adalah zalim.
-----------------------------------

Komen THTL:
Untuk mengelakkan kes ini berlarutan, kita simpulkan di sini bahawa tiada halangan hospital atas nama Islam mencari keuntungan kerana apa jua bisness orang nakkan keuntungan. Sebab syara' menghalalkan jualbeli dan mencela riba. Islam juga mencela urusniaga bisness yang batil.

Kita ingin jelaskan teori disebalik pengswastaan perubatan ini:

Pada asalnya di zaman silam, penyediaan sistem jalanraya, perubatan dan pendidikan adalah tugas negara. Manakala bahan api, air, padang ragut dan saliran hendaklah dikongsi secara bersama. Ini digariskan oleh Ibn Khaldun dalam muqaddimahnya. Tamadun silam tidak kenal pengswastaan jalanraya, perubatan dan pendidikan atau monopoli padang ragut, bahan api, air dan saliran.

Sistem komunis meneruskan aliran ini dan memiliknegarakan kesemua ini dan ia runtuh kerana terlalu kiri dan ekstrim untuk memberi ruang kepada pemilikan individu.

Sistem kapitalis-liberalisme akhirnya mengswastakan apa yang selama ini dianggap taboo untuk dikomersilkan tapi kapitalis menjadikan ilmu dan perubatan sebagai perkara pokok yang diswastakan dan dikorporatkan. Akhirnya rakyat terpaksa membayar harga yg mahal untuk servis yang dianggap dharuri: pelajaran, perubatan dan pengangkutan harian mereka. Kita lihat di Barat, golongan yang bergaji besar terdiri dari pakar perubatan, profesor dan ahli cendikiawan mereka. Kerajaan dalam kemuncak kapitalisme adalah wujud secara virtual sahaja dan yang mengurus negara dan ekonomi ialah swasta.

Teori ekonomi Islam dan pemerintahan Islam sepatutnya memilih jalan yang pertengahan yakni mengekalkan perubatan, pelajaran dan kemudahan asas rakyat adalah tugas negara. Negara islam memungut cukai untuk menyediakan dan memastikan pelajaran, jalanraya dan pelajaran dapat dinikmati secara percuma atau pada harga yang amat berpatutan kerana ia adalah keperluan asasi rakyat.

Oleh itu jika mana-mana orang Islam yang hidup dalam masyarakat yang sudah menswastakan perubatan, pelajaran dan pengangkutan, maka ia boleh menubuhkan universiti Islam atau hospital islam dan lebuhraya Islam tapi ia tidak dapat lari dari cetusan `maximising profits dan maximising shareholders' returns....

Jika ingin menubuhkan Hospital swasta Islam yang beroperasi secara korporat (maximising profit, shareholders returns and earning pershare value), maka ia hendaklah compete head-on the mana-mana hospital swasta yang ada pada hari ini: SJMC, pantai Group, perbadanan Johore, dll)

The winning edge ialah attract the best medical experts in the country (giving the highest salary), utamakan customer service excellence, and the best package to the employees..dan pastikan business results (EPS, profitability, ROI, debt management, etc) setanding atau melebihi competitiors...

Konsep hospital swasta dalam mana-mana negara baik Barat atau Timur ialah memberi pulangan maksima kepada pelabur/pemegang saham, memberi kepuasan terbaik untuk pelanggan, menjaga kebajikan utk pekerja dan menyumbang kepada kebajikan (sosial obligations)..ini sudah dilakukan oleh hospital swasta.

Inilah model bank Islam, Bank kerjasama rakyat, bank mu'amalat, ia bersaing head-on dengan bank konvensional dan tidak ada bedza (kompetitif sahaja). Kalau inilah hospital yang hendak ditubuhkan, maka ia bukanlah sulit kerana model hospital swasta yang ada memang melengkapi tiga aspek korporat:

* memenuhi kehendak pelanggan
* memenuhi kehendak pemegang saham
* business results/excellence.
try , Jumaat, September 15, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog