2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Budaya Atau Agama?

 



Assalamualaikum warahmatullahSegala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem


Semalam petang, ketika berborak dengan teman, tiba² terkeluar cerita tentang wanita yang merokok. Entah saya sendiri tidak berapa ingat bagaimana topik ini terkeluar tetapi ia kemudiannya menjadi 'tajuk
perbahasan yang hangat' di situ. Masing² dengan cara sendiri. Tetapi secara keseluruhannya, kemsemua yang ada menyelar perbuatan itu (walaupun kami sendiri adalah perokok).

Yang seronoknya apabila ada seorang yang berkata wanita atau perempuan yang melakukan perbuatan itu seakan tidak tahu malu. Kutukan demi kutukan terkeluar yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa. Terkadang hinaan yang dikeluarkan agak memedihkan. Mujurlah, Alhamdulillah, di kalangan ahli keluarga saya yang perempuan tidak ada yang merokok.

Kemudian ada seseorang yang menyebut tentang senario di ibu pejabat kami di Kuala Lumpur. Katanya, di sana keadaan perempuan menghidap rokok adalah suatu kebiasaan. Tidak ada apa yang hendak dipelikkan. Malah terdapat seorang perempuan yang agak berusia, bertudung dan berbaju kurung tetapi sering kelihatan berada dan menghisap rokok di smoking area.

Masing² menggeleng kepala. Ternyata mereka amat malu dengan tindakan perempuan bertudung yang merokok itu. Rasanya sentimen terkuat mereka untuk berasa malu adalah kerana wanita itu seorang Melayu. Kerana hampir kesemuanya menyuarakan bahawa merokok bukan amalan wanita Melayu. Dan kata mereka, merokok biasa dikaitkan dengan wanita jalang atau pelacur.

Saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan itu. Juga kenyataan bahawa rokok adalah pembunuh. Kerana nenek saudara saya, yang pastinya seorang wanita adalah seorang perokok tegar. Beliau tidak jalang, bukan pelacur malah adalah seorang perempuan kampung yang baik. Tetapi beliau telah meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lepas, pada usia 104 tahun akibat penyakit tua, bukan barah.

Baiklah, itu bukan isunya di sini. Yang menjadi isu ialah perbuatan merokok oleh perempuan bertudung itu tadi. Apa pendapat anda? Secara peribadi, saya tidak bersetuju jika wanita itu dikatakan memalukan. Namun saya tidak mengatakan perbuatan merokok itu baik. Tidak. Cuma jika hendak 'dijijikkan' wanita itu semata² atas satu amalan 'sekecil' itu adalah tidak wajar.

Fatwa telah dikeluarkan dan merokok dihukumkan sebagai makruh. Walaupun ianya makruh yang menghampiri haram, namun makruh tetap makruh. Jadi, apakah logik untuk kita keji seorang yang melakukan perbuatan yang setakat makruh dengan kejian yang lebih menghinakan dari seorang yang lain yang tidak melakukan perbuatan makruh tersebut tetapi melakukan perbuatan yang haram pula?

Sebagai contoh, perbuatan merokok, larangannya tidak disebutkan di dalam al-Quran yang merupakan qalam Allah. Tetapi perbuatan menutup aurah dituntut secara terang di dalamnya. Begitu juga perbuatan menghampiri zina, pengambilan untung yang berlebihan dan riba serta banyak lagi perbuatan² yang Allah sebutkan sebagai menzalimi Allah dan diri mereka sendiri.

Yang peliknya, orang kita tidak pula merasa malu apabila melihat kaum mereka melakukan perbuatan sebegini. Malah, pendedah aurah seperti beberapa penyanyi popular dipuja dan disanjung. Inilah yang saya lihat sebagai songsang. Kerana wanita bertudung yang merokok dipandang hina manakala wanita yang tidak merokok tetap dipandang mulia walaupun sebenarnya menafikan perintah Allah.

Mengapa kita tidak sibuk untuk berapa malu apabila melihat seorang wanita Melayu mendedahkan rambut dan lehernya serta bentuk buah dadanya (walaupun berbaju kurung)? Mengapa kita tidak malu melihat pasangan muda yang dilahirkan dalam keluarga muslim dan belum berkahwin berjalan berpimpinan tangan dan berpeluk² di depan khalayak? Malah kita boleh pula anggap sebagai trend masa kini.

Itulah, berjuang pada perkara yang tidak betul. Paksinya sudah tepat, menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Namun perkaranya yang salah. Memang elok jika kita bertindak menggalakkan orang berhenti merokok (bukan mencemuh perokok). Tetapi mengapa mesti ditekankan perkara ini dan dalam masa yang sama terus sahaja membiarkan perkara mungkar yang lain berleluasa?

Apakah kita sebenar seorang pejuang agama atau lebih kepada pejuang bangsa? Apakah kita sebenarnya lebih sedih melihat seorang meninggalkan nilai budayanya sedangkan yang meninggalkan nilai iman tidak menjanakan apa² rasa kecewa dalam jiwa kita? Mungkin kerana itu kita terlalu berminat dengan permainan makyung dan bertindak mempertahankannya walaupun ianya melencongkan aqidah...

Hari ini, seorang penyanyi wanita yang togel kepala dan dadanya digelar sebagai penyanyi yang bersopan. Sedangkan seorang penyanyi wanita lain yang bertudung sering pula diejek dan dicemuh kerana dikatakan kuat bahkan sering dilihat terkangkang² ketika menyanyi. Ada yang jelas mengatakan itu memalukan kerana tidak melihatkan ciri kesopanan wanita timur.

Pada hakikat keduanya adalah sama. Keduanya memang memalukan. Kerana si penyanyi yang mendedahkan aurah sememangnya terang salah manakala si penyanyi yang bertudung pula mengalunkan suaranya dengan alunan yang mendayu bagi menarik perhatian orang juga satu kesalahan. Hanya yang tidak sedapnya, penyanyi yang tidak bertudung itu dianggap lebih sopan?

Apa sebenarnya yang dikatakan sopan? Mungkin boleh kita sebut seorang nyah yang berlemah lembut dalam berbuat sesuatu kita katakan sebagai sopan? Demi Allah tidak! Nyah tetap nyah. Biarlah selembut manapun dia tetap biadap kerana menolak ciptaan dan ketentuan Yang Maha Pencipta dan Maha Menentukan. Jika begitu, mengapa hendak dikaitkan pendedah aurah dengan sifat sopan?

Mana yang lebih utama? Mentaati tatasusila kesopanan Melayu atau mentaati perintah Yang Maha Menciptakan? Fikirkanlah. Mungkin benar wanita yang merokok kelihatan jelik. Tetapi sebenarnya wanita yang mendedahkan aurah adalah jauh lebih jelik. Jika hendak amr-bil-ma'ruf, nahi-'anil-mungkar, sebolehnya biarlah paksi yang sebenarnya. Janganlah, yang menangkap ayam di hutan kita penjarakan tetapi yang mencuri kesemua harta orang kampung kita biarkan.....

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullah


-Abu Naqibah-

Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di AbuNaqibah@gmail.com atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/
try , Khamis, September 14, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog