2+4 hrs...Twogether Fourever

/

ESOK UNTUK SIAPA…




“Baby …..Lariiiiiii!……..”

Aku tersentak dari lamunan ku. Manik-manik jernih merembes keluar membasahi pipiku. Entah mengapa mutiara jernih ini terasa begitu murah sekali.

Malam ini terasa begitu muram sekali. Seperti malam-malam sebelumnya. Kini benar-benar aku terasa betapa gelapnya duniaku. Betapa suramnya malam ini, sesuram perasaan ku. Dengan bertemankan airmata dan kesunyian malam, aku cuba melelapkan mata. Tetapi entah mengapa aku tetap gagal untuk menguasai diriku sendiri.

Kotak fikiranku seakan mengheretku ke layar perak masa silamku. Aku cuba meluputkan segala sejarah hitam itu tetapi mindaku ingin tetap menyingkap tirai semalam yang penuh luka.

“Ah! Perkara sudah berlaku. Nasi telah menjadi bubur,” detik hati kecil ku. Aku membiarkan mindaku menggali semula semua kenangan yang sudah ku kuburkan. Biarlah pusara kenangan hidupku di gali semula untuk aku jadikan sempadan mengharungi sisa-sisa kehidupan ku di hari esok.

Mungkinkah ada hari esok lagi untuk insan ini?. Dapatkah hari esok menerima kehadiran insan ini kembali? Bagaiman dengan masyarakat? Keluarga?

Ya Allah, Ya Tuhanku, engkau sahajalah yang mengetahui suratan hidup ini. Engkau sahajalah yang akan mengampuni dosa-dosaku. Aku terlalu peka dengan kehidupan di dunia sedangkan aku leka bahawa setiap saat mati mengejarku. Aku tahu bagi segala sesuatu penyakit ada ubatnya. Sedangkan ubat dosa itu bertaubat.

Terasa begitu kerdil sekali diri ini apabila bertunduk di depan Allah. Terasa malu untuk meminta kemaafan darinya. Dugaan yang melanda diri bagaikan suatu tamparan hangat untuk terus mengingati kehadirannya.

Aku tidak pernah menyalahkan suratan hidupku yang telah tertulis kerana apalah erti secebis kehidupan tanpa dugaan. Tanpa dugaan, kita tidak akan tahu erti kesyukuran dan kukufuran

Dari kecil lagi aku di didik mengikuti landasan ajaran Islam. Umi sentiasa berpesan, “Agama sebagai landasan pedoman. Ilmu sebagai kewarasan fikiran.”
Dua puluh satu tahun dahulu, abah mengambil keputusan untuk menikahi mama. Di atas perkahwinan yang berdasarkan cinta itu, mereka dianugerahkan tiga orang puteri. Nadira Natasha, Nadia Ameliana dan Nurul Jannah.

Abah dan mama meletakkan aku di bawah jagaan Umi sejurus sahaja selepas aku di bebaskan dari rahim mama kerana mereka tidak mahu Umi dan atuk hidup di dalam kesunyian. Mereka datang menjengukku di flat sewa Umi setiap hujung bulan.

Hari berlalu, musim berganti. Abah dan mama seakan semakin jauh dari pandangan hidupku. Mereka seperti sudah melupakan kehadiran puteri bongsu ini. Aku sering menanti panggilan dari mereka. Tetapi penantian ku sering berbuah kehampaan.

Datuk pergi menyahut seruan Illahi sewaktu aku berusia dua tahun.. Aku cuma menggenalinya dari gambar-gambar yang di tinggalkan untuk tatapan aku dan Umi apabila rindu datang mengetuk pintu hati.

Kehampaan sering datang menghadiri kehidupanku. Meracuni hidupku dengan berbagai-bagai musibah. Insan yang menjadi benteng hidupku dari kecil lagi telah di jemput untuk pulang kepada yang Esa apabila aku berusia tiga belas tahun.

Sungguh menghairankan bagiku kerana Umi tidak bangun dari tidurnya untuk menunaikan fardhu Subuh bersamaku seperti biasa pada suatu pagi. Lantas ku fikir Umi tidak sihat. Apabila aku sedang berpakaian untuk ke sekolah, aku terdengar Umi seakan sedang bercakap dengan seseorang di kamarnya.

Aku bergegas lari menuju ke kamarnya. Setibanya aku di birai katil Umi sedang terbaring dengan cuba mengucapkan dua kalimah shyahadat. Dengan penuh kepayahan akhirnya dia berjaya menyebut kalimat itu. Aku bungkam. Aku terus pergi mendapatkannya. Aku memanggil-manggil namanya. Aku menggocang-goncangkan badannya tetapi Umi tetap enggan untuk membuka matanya. Degupan jantungku menjadi semakin kencang.

Tanpa berlenggah, aku menelefon abah. Abah yang masih sedang asyik di ulit mimpi itu seakan separuh sedar apabila menjawab panggilan dariku.
“Abah, Umi, abah! Umi pengsan,” dengan nada yang tersekat-sekat aku memberitahu abah perkara yang tejadi.

“Baiklah, abah datang sekarang,” KLICK.. Ganggang telefon diletakkan. Aku di temani dengan perasaan takut dan sedih, aku menanti ketibaan abah dengan penuh debaran. Mulutku tidak henti-henti berdoa kepada Allah.

Abah tiba di flat sewa Umi lima belas minit kemudian. Abah terus meletakkan jarinya ke leher Umi. Aku lihat abah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“It has stop,” bisik abah kepada mama. Mama mengusap-gusap rambutku. Dari gerak-geri abah, aku tahu Umi telah pergi buat selama-lamanya. Abah terus menelefon ambulans.
Abah kelihatan begitu tenang. Seakan rela dengan permegian Umi. Tetapi aku? Aku benar-benar merasakan suatu kehilangan. Kehilangan yang tidak mungkin berganti.
………………………………………………………………………………………

Umi pergi menyahut seruan Illahi tanpa meninggalkan aku seungkap kata emas yang boleh aku buat pedoman untuk terus hidup di tengah-tengah kota yang berlumpuh ini.
Setelah Umi dikafankan, mereka memberi aku peluang terakhir untuk menciumnya.Umi kelihatan begitu tenang. Batinku meronta-ronta ingin dia bangkit semula. Sedangkan dia hanya berbaring tanpa membuat apa-apa. Terbaring dengan mata yang tertutup rapi dan di bibirnya terukir sebuah senyuman untukku.

Jenazah Umi diiringi oleh abah, saudara-mara dan sahabat-handai abah yang lain. Mama membaca surah Yassin bersama beberapa kenalan yang lain. Aku tersandar di tepi jendela. Tidak bermaya rasanya untuk terus hidup tanpa orang tersayang. Mataku melirik ke arah abah dan pembantu-pembantu yang lain yang sedang mengusung jenazah Umi.

“Selamat tinggal Umi. Jannah di sini akan sentiasa sedekahkan Al-Fateha untuk Umi. Umi pulanglah dahulu. Insya Allah, suatu hari nanti, Jannah akan temankan Umi di sana.” Itulah janjiku buat Umi tersayang.

Air mata mula menitik lagi. Air yang menjadi bahasa hati. Ya Allah, Ya Tuhanku. Kau maha pengampun lagi maha penyayang. Kau tempatkanlah Umi di tempat-tempat orang yang kau redhai. Cucurilah rahmat ke atas rohnya. Amin…………………………..

Selepas kenduri arwah Umi selesai, mereka mengambil keputusan untuk membawa aku pulang ke istana mereka. Rasa bersalah mengetuk pintu hati . Begitu berat sekali kaki ini untuk melangkah pergi meniggalkan “syurga” aku dan Umi. Terlalu banyak kenangan yang terpaksa aku kuburkan.

Aku mengemaskan pakaian ku dengan harapan membawa bersama kenangan-kenangan suka duka sewaktu kami bersama. Gambar atuk dan Umi aku selitkan di bawah bungkusan pakaian ku.

“Only bring the important things along with you. Forget about Umi’s things. And I don’t like junks in my house,” jerkah mama kepada ku. Nadia dan Nadira hanya diam membatukan diri. Ada riak kekelatan yang muncul di wajah mereka.

Aku mengukir sekilas senyuman pada abah, cuba menahan dada yang mula tersumbat dengan kepedihan dan kesedihan.

Aku berpaling ke arah katil besi arwah Umi buat kali terakhirnya. Engkau dan rumah inilah yang telah menjadi penonton setia tanpa tiket kepada aku, Umi dan Atuk. Menyaksikan bagaimana mereka menghembuskan nafas yang terakhir, menjadi saksi kepada rahsia dan kenangan abadi kami.

Kini baru aku kenal erti perpisahan. Perpisahan tidak pernah ada peri kemanusiaan. Dan aku adalah mangsa perpisahan itu. Kelopak mata kian panas dan airmata amat murah jadinya. Dengan perasaan yang begitu hiba sekali, kami melangkah pergi meninggalkan flat sewa Umi. Terkuburlah kenangan-kenangan yang aku dan Umi bina. Terkubur tanpa dapat di kesan di mana pusaranya.

Kereta Abah meluncur laju. Fikiranku menerawang jauh ke hadapan. Baigaimana dengan hari esok . Ahh! Hari esok adalah kerja Tuhan.
………………..……………………………………………………………………

Bermulalah satu lagi episod baru hidupku. Melangkah ke alam baru tanpa Umi. Pertama kali dalam hidupku melihat rumah yang secantik rumah abah. Tetapi rumah abah tidak boleh menggantikan “syurga” aku danUmi.

Aku berkongsi bilik bersama kakak ku, Nadira. Aku tahu dia tidak suka dengan keputusan abah untuk menempatkan aku di biliknya. Setiap hari dia merungut.

“Sibuk aje. Jangan peggang barang-barang bilik ni. Ini semua barang aku. Kau faham tidak?” sergahnya kepadaku. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Apakan daya, hidup menumpang.

Aku terpaksa berpindah ke sekolah yang berdekatan dengan rumah abah. Sekali lagi perpisahan hadir di dalam diriku, menghiris-hiris tangkai hatiku. Aku hanya mengikut tanpa membantah walaupun di lubuk hati kecil ini begitu berat sekali untuk berpisah dengan teman-teman yang ku kenali sejak kecil lagi.

Putaran masa seakan cemburu denganku. Berlalu dengan cepatnya dan membiarkan ku terbelenggu sendirian. Nadia dan Nadira masih tetap dengan pendirian mereka. Tidak pernah ingin bertegur sapa denganku. Abah dan mama? Ugh! Jauh sekali ingin mendengar rintihan hati kecil ini. Seminggu sekali baru dapat bersua muka dengan mereka. Apakan tidak, aku ke sekolah sebelum sang suria memancarkan cahayanya dan mereka pulang setelah aku di buai mimpi.

Apabila aku berada di rumah, aku berasa aku seperti anak yatim. Yatim dengan perhatian dan kasih sayang dari abah dan mama. Gambar Umi aku letakkan di bawah bantal, untuk tatapan apabila rindu datang mengunjungi ku.

Mereka tidak pernah mengajakku menziarahi pusara Umi. Kerana takut di marahi abah, aku dengan secara senyap-senyap pergi menziarahi rumah abadi Umi.

Kami tinggal sebumbung tetapi menempuhi kehidupan yang berbeza. Terasa keteggangan antara kami adik-beradik tidak mungkin bisa di kendurkan walaupun aku sentiasa mengalah.

Hanya Kak Yanti, pembantu rumah itu sahaja yang memahami rintihan hati kecil ku.
“Bersabar Nurul ya, ini dugaan tuhan. Tempuhilan dengan tabah. Insya-Allah ada rahmatnya.” kata Kak Yanti dengan nada yang bergetar. Renik-renik jernih mengintai dari birai mata apabila mengenangkan nasib malang yang menimpa diri.

Aku fikirkan Kak Yanti akan menjadi pendengar keluhan hati ku yang setia tetapi sayang, beliau di hantar pulang ke Indonesia kerana kami telah meningkat dewasa dan abah mahu kami berdikari.

Setelah kehilangan Kak Yanti, kehidupanku semakin tertekan. Dan dari situlah, kawan memainkan peranan penting di dalam hidupku. Merekalah yang memayungkan hujan yang melimpahi hidupku. Merekalah yang menerangi perjalanan kehidupanku malap tanpa kasih sayang dan mereka jugalah yang menempahkan neraka untuk ku….

Bak kata pepatah, “Awasilah persahabatanmu. Jauhilah bersahabat dengan orang keji kerana kekejian menjangkiti anda bagaikan jangkitan kurap.”

Pada mulanya aku berasa begitu kekok untuk mengikut jejak peri laku mereka tetapi kerana terlalu tertekan dengan suasana keteggangan di rumah ku, aku mengikut sahaja kelakuan mereka tanpa menghiraukan nasihat-nasihat Umi telah lama tersingkir dari hidupku.

Aku belajar menghisap rokok kerana tidak mahu rasa tersingkir dari kawan-kawanku yang lain. “Come on, cuba ni Baby, gerek,” Kata Nani. Dialah yang memilih nama Baby untukku. Katanya wajahku seperti anak patung dan nama itulah yang paling sesuai untukku. Selama seminggu aku batuk-batuk akibat terlalu banyak menghisap dan menghidu asap rokok. Setelah itu, Nani dan Mimi, teman karibku, membawaku ke sebuah disko di Orchard Road. Di situlah aku berkenalan dengan Romi, Faizal, Daniel dan ramai lagi. Mereka telah mewarnai kehidupanku semula. Mereka diibaratkan pelita yang menyuluh secebis sinaran kepadaku yang dahagakan kasih sayang.

Hampir setiap minggu aku mengunjungi tempat maksiat itu. Entah macam-mana aku boleh terjebak dengan kancah dadah. Aku akan menghabiskan wang saku sekolahku untuk membeli “suplement-suplement” yang boleh melupakan segala kesengsaraanku.

Pil “Estacy”, membawa aku ke alam Fantasi yang penuh dengan keasyikkan. Kepala digeleng ke kiri dan ke kana mengikut tempo muzik tekno. Terasa masalah-masalah ku terikut keluar sama dari benakku. Setiap minggu aku akan cuba pil-pil estacy yang berlainan namanya untuk keasyikkan yan berbeza.

“Ice”, ketulan-ketulan yang seperti batu kristal itu mampu menguasai pemikiran ku. Kehidupan ku sering di buru keresahan akibat dadah “Ice”. Aku akan tiba-tiba berasa takut. Takut dengan bayangan hitamku sendiri. Aku sering berpendapat bahawa CNB sering memburuku.
………………………………………………………………………………………

Nurul Jannah. Cahaya syurga. Nama yang di pilih oleh Umi dengan harapan aku menjadi anak yang soleha. Tetapi cahaya itu semakin hari semakin kelam… Kekelaman itu terasa apabila aku di sahkan menggandung buat kali ketiganya. Anak siapa? Aku sendiri tidak pasti.
Usia semuda lapan belas tahun, sudah di gauli oleh bermacam-macam lelaki. Dan ada daripada mereka telah meniggalkan benih di dalam rahimku. Kerana terlalu menikmati keasyikkan hidup ini, aku membiarkan diriku di heret ke lembah hina dan bermandikan lumpuh. Kenikmatan yang aku harungi tidak dapat aku ucapkan dengan kata-kata sehinggalah mahkotaku tergadai. Aku tahu walau menangis air mata darah sekali pun maruahku tidak akan dapat di tebus semula.

Mujurlah musim cuti sekolah. Bagaimana dengan perut ku yang semakin hari semakin membesar ini. Haruskah aku gugurkan kandungan ini lagi?…

Ya Allah Ya Tuhanku, kenapa hina sungguh suratan hidupku? Terasa sudah tidak larat lagi untuk memikul dosa ini. Aku sedar imanku terlalu tipis. Mengapa aku sering gagal untuk menepis jarum syaitan yang di suntikkan ke imanku.

Aku menghubungi Nani dan memintanya sedikit bekalan dadah kerana terlalu rasa tertekan. Dia berjanji untuk menemuiku di kolong rumahnya dalam masa satu jam.

Nani datang bersama Mimi dan menyerahkan tiga paket dadah “Heroin”dan sepaket dadah “Ice” yang di bawanya di dalam bag kertas kepada ku. Aku menyerahkan lima ratus dolar, wang yang aku curi dari laci mama yang tidak berkunci.

“Nani, hutang dulu semua beres eh..,” aku terus bergegas meninggalkan mereka. Beberapa tapak aku berlalu tiba-tiba aku terdengar pekikan Mimi,

“Baby, Larriiii……..”

Tanpa menoleh aku membuka langkah seribu dan terus mebuang beg kertas yang ku bawa itu. Tetapi setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kami di berkas juga akhirnya.

Aku di tahan di pusat pemulihan dadah kerana “Heroin” positif. Aku dikenakan dengan beberapa tuduhan kerana menghisap dan memiliki dadah. Aku di kenakan hukuman penjara dua tahun di pusat pemulihan dadah. Aku tidak pasti tentang nasib Nani dan Mimi yang telah mengedar dadah sejak dari awal perkenalan kami. Aku pasti hukuman mereka akan lebih berat dariku.
Aku dapat menghidu nada-nada kekecewaan abah dan mama semasa mereka datang melawatku tetapi aku lebih kecewa dengan mereka kerana tidak mendidik kami tiga beradik dengan sempurna. Sikap sambil lewa mereka membesarkan kami telah mengheret kami tiga beradik ke lembah yang sungguh terhina.

Nadia kini sudah lari ke Amerika bersama teman lelakinya. Nadira pula kini berada di dalam tahanan polis kerana terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan remaja perempuan yang menyebabkan kematian.

Dan kini, aku berada di sebuah bilik kecil yang di pagari pagar-pagar besi dan tembok-tembok yang tinggi. Tembok-tembok inilah yang memisahkan aku dengan dunia luar. Kini keinsafan benar-benar telah datang mengetuk pintu hati. Wajah Umi sentiasa bermain di benak fikiranku pada saat-saat begini. Aku terlalu merinduinya.

Tarikh untuk melahirkan kandunganku telah hampir tiba. Aku tahu setelah bersalin nanti, abah akan menyerahkannya kepada keluarga angkat kerana tidak sanggup lagi menanggung malu keluarga kami.

Aku mengurut-urut perutku perlahan-lahan, “Maafkan Mama sayang. Mama tahu kau tidak berdosa. Kau tetap suci. Sesuci kain putih. Mama sendiri tidak pasti dengan hari esok. Adakah insan lain yang akan menerima kehadiran Mama? Mungkin ada rahmatnya, sayang. Mama harap keluarga angkatmu akan memelihara mu dengan sempurna, Insya-allah…Maafkan Mama, sayang, Maafkan Mama,” . ………

try , Jumaat, Ogos 04, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog