2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Takagi Sayang (Part 18/22)




AZNIL Cuma tersenyum bila melihat muncungku panjang berjela. Sejak emaknya balik tadi sepatahpun aku tak bersuara. Bencinya aku!! Balik-balik nak bagi ceramah... balik-balik nak bagi ceramah! Dia merebahkan badan di sebelah sambil membetulkan bantal.
"Kau tak masak lagi??"emak terperanjat bila melihat periuk tersusun elok di rak. Dia meninjau-tinjau pula rice cooker aku. Seketika kepalanya menggeleng.
Kemudian beralih pula pada kabinet dapur.

"Kau tak sentuh langsung jamu-jamu ni Yan?"soalnya lagi. Aku Cuma mendiamkan diri sambil mendukung Hazil yang meragam sejak tadi. Puncanya dia merajuk bila Aznil tak memandikannya pagi tadi. Sudahnya se
harian ini aku tak dapat berbuat apa-apa. Si Habil pula bila adiknya buat hal dia pun ikut samalah!

"Dah nak masuk pukul dua dah ni, tak masak apa-apa lagi?"soal emak sekali lagi.

"Budak-budak ni meragam mak.. tak boleh nak letak langsung.."jawabku.

"Jangan manjakan sangat anak-anak kau ni Yan tengok menangis sikit dukung.. menangis sikit dukung.. jangan ajar dia dia orang macam tu.."Emak mengambil Habil di sebelah kiriku. Kepala cucunya itu diusap lembut. Aku terduduk keletihan. Tak pedulilah mak mertua aku tu belum minum seteguk air lagi.

"Mak dulu beranak rapat-rapat jugak.. 8 anak mak.. semua boleh mak buat sorang. Dulu lagi susah.. kena cari kayu api.. kena giling cili kering.. itu belum lagi kena bantu bapak kamu kat kebun.. alhamdulillah.. besar juga anak-anak mak.. "

"Nak basuh kain bukan kena guna mesin basuh macam sekarang ni.. basuh dengan tangan.. " sambungnya lagi sambil memandangku. Aku diam sahaja. Nak jawab apa? Hmm..

"Tinggalkan budak-budak ni.. pergi masak.. nanti suami balik tengok periuk kosong terbakar hati.."suruhnya.

"Err.. tak payah masaklah kot.."

"Kenapa pulak?"soal mak terkejut.

"Yan.. Yan suruh abang beli aje mak.."
"Beli?

"Yan.. kenapa ni?"Aznil menyedarkan aku dari lamunan. Aku menarik nafas panjang. Soalannya kubiarkan tak berjawab. Aznil sengih aja.

"Abang tengok Yan merajuk ni.. serupa dengan kawan Yan tu.."

"Kawan Yan?"soalku hairan.
"Ha ah.. kawan yang selalu lepak atas pokok tu.."dia tertawa kecil.

"Abang ni!"Aku menarik muka masam. Menyampah betul malas nak layan!

"Tak baik marah-marah.. 10% muka lebih tua dari usia.."Aznil tersenyum.

"Mana tak marah.. mak abang tu.. " Aku melahirkan rasa tak puas hati.

"Kenapa dengan mak?"soalnya. Aku menarik nafas. Malas aku nak cerita. Tadi bila aku kata suruh Aznil belikan makanan dia start dah membebel kat aku. Kononnya air tangan isteri lebih baik bla.. bla.. bla.. Dengan muka kecut aku terpaksa juga memasak. Konon-konon nak jaga hati dia aku masakkanlah gulai lemak ikan tenggiri campur belimbing buluh.

Entah macammana aku tertumpah banyak garam. Gulai yang nampak sedap dikritik sepenuh hati. Entahlah.. sejak dua menjak ni banyak betul cabaran untuk aku sebagai ibu muda. Dan entah kenapa sejak dua menjak ni aku makin menyampah dengan ibu mertuaku.

"Ala.. orang tua biasalah.. dia marah tu nak mengajar.."jelas Aznil.

"Mak Yan tu tua juga.. tapi tak adalah cerewet macam mak abang tu!"Balasku.

"Mak abang tu dia beranak tahun ayam.. sebab tu mulut dia bising sikit.. mak Yan beranak tahun ular.. tu diam je.."jawab Aznil selamba.

"Abang ni orang cakap betul-betul dia main-main!"

"La.. betullah abang cakap.. mana ada main-main.. tak percaya tanya cicak kat dinding tu.."

"Abang!"Aku menjelingnya geram. Aznil tersenyum.

"Okey.. okey.. apa dia.. cuba cerita...."Aznil merenungku sambil tersengih. Ingat menjadi sangatlah lawak dia tu? Aku tengah tension ni!

"Iyelah.. sekali dua Yan bolehlah diam lagi.. ni dah banyak kali dah ni.. tadi tu.. Yan penat sangat sebenarnya sebab tu la Yan pesan abang beli lauk je
.. tapi bila mak abang tu datang siap bagi ceramah lagi pasal itu ini.. terpaksa Yan masak. Pulak tu termasin sikit dia dah bising sampai mak Yan pun tahu Yan masak gulai masin.."Aku memandang ke arah Aznil meminta simpati. Aznil senyum sahaja sambil menguap.

"Lagi?"
"Lagi? Ala.. macam-macamlah.. dia komplen Yan tak pandai mengemaslah.. bilik air berlendirlah.. Abang pun tahu kan Yan tak larat nak kawal anak-anak kita ni?"Aku menanti respon. Aikk.. apasal senyap aja ni? Aku menoleh. Aznil sudah terlena dengan asyik sekali di sebelah.

"Abang!"Aku menarik nafas geram. Dia tido pulak!!! Eii geramnya aku!! Dengan bengang aku menutup lampu tidur.

HABIL dan Hadzil sudah tertidur di atas tilam kecil mereka. Balik dari rumah mak tadi dua-dua merengek mahu menyusu. Dapat sebotol seorang terus baring dan akhirnya terlena. Aku bersandar di kerusi melepaskan penat. Memang tak terkejar kalau tak ada pembantu. Tapi, siapa lagi yang boleh kuharapkan? Itupun di rumah mak tadi mujur ada mak uda Fina dan mak usu Ina mereka. Boleh juga aku rehat sekejap.

"assalamualaikum kak.."Aku terperanjat. Seorang gadis sedang berdiri di sebelahku.

"Eh.. siapa awak?"Aku segera bangun dan merapati anak-anakku yang tergolek di lantai. Kalau terjadi apa-apa senang aku dukung kedua-duanya. Gadis itu Cuma tersenyum.

"Saya Azizan.. " dia menghulur tangan. Apa? Azizan lagi?

"Macammana awak boleh masuk ke sini?"soalku, masih enggan menyambut hulurannya.

"Saya datang dengan Abang Aznil tadi.. " apa? Datang dengan Aznil? Dalam masa aku terpinga-pinga muncul pula seorang perempuan separuh umur dari bilik tamu. Aku semakin tak mengerti. Siapa pula yang menceroboh masuk ke rumah aku ni??

"Ini ke isteri Aznil?"soalnya sambil memandangku dari atas hingga ke bawah.

"Iye.. mak cik ni siapa?"soalku. Belum pun sempat soalanku terjawab mak mertuaku dah tiba di muka pintu.

"Bila kau balik Yan? Tadi mak datang tak ada.."sapanya sambil merapati kami.

"Baru je mak.. err.. mak datang dengan siapa?"soalku hairan. Selalunya ada bapa mertuaku menghantar dengan motor.

"Mak datang dengan Rashid tadi.. suruh Aznil jemput dia kata kamu guna kereta.. " Mak duduk di kerusi sambil memerhatikan cucu-cucunya yang terlena.

"Ini sepupu mak.. Mak long.. dulu masa kamu kawin dia tak datang, pergi mekah.."mak memperkenalkan. Aku tersenyum sambil menyalami wanita itu.

"Ini Azizan.. anak mak long tu.. kawan dengan Aznil masa kecil-kecil dulu.."Kali ini aku pula menghulur tangan. Gadis manis itu Cuma tersenyum. Aku mula dilanda serba salah. Mak long melilau melihat seluruh kawasan rumah.

"Mak Long datang dengan bas ke dari sana tadi?"soalku, cuba mewujudkan kemesraan sebagai tuan rumah agar tetamu tak kekok.

"Kita naik kapal terbang.. anak yang suruh.."jawabnya sambil membelek-belek bunga kristal yang dah berhabuk dalam vase atas meja. Alamak.. mesti orang tua ni cerewet juga. Kalau tak takkan sampai ke celah kelopak bunga kristal aku dibeleknya?

"Kite dari Taiping tadi sempat sarapan aja.. sampai airport terus naik kapal terbang..."tiba-tiba dia bersuara. Aku lihat mak memandangku penuh makna. Seakan mengerti aku segera ke dapur. Ayam di dalam peti sejuk kukeluarkan. Memandangkan hari telah pukul 3.00 dan tetamu pula sudah lapar aku masakkan ayam goreng saja. Sayur kacang buncis pula aku goreng campur bunga kubis. Kemudian ada bebola daging di dalam peti ais elok kubuatkan sup. Aku berkira-kira sambil tangan ligat memotong sayur.

Lagipun, sejak berkahwin, tiga masakan itu saja yang aku master. Aznil pun bukan main memuji lagi kalau aku hidangkan dia sup bebola daging. Kalah sup kat hotel kata dia. Rempah ratus untuk membuat sup sudah kusiapkan. Sayur juga sudah bersih dicuci sementara ayam sedang garing di dalam kuali.

Dalam hati aku tertanya-tanya juga. Terkejut aku bila dikunjungi tamu asing ini. Si Aznil pun satu.. kenapa tak cakap awal-awal ada saudara dia nak datang ke rumah? Aku bermonolog sendiri. Ah, lantaklah.. yang penting perut tamu mesti diisi dahulu..

"MAK long kamu ni nak duduk di sini seminggu dua.. lagipun dah lama sangat dia tak ke sini. Masa kamu kawin dulu dia tak datang.. dah ada anak baru sempat nak datang ke sini.."kata-kata emak itu membuatkan seleraku mati. Tak jadi nak tambah nasi. Mak long di hadapanku Cuma tersengih-sengih. Bukan aku tak suka, tapi aku bimbang tak dapat melayan tamu itu sebaiknya. Maklumlah, ini pertama kali aku bergelar ibu kepada dua anak kembar, tentulah banyak perkara masih dalam proses pembelajaran, terutama sekali dalam mengatur masa agar semuanya selesai dan diselenggara dengan baik.

"Kak Long duduklah, buat macam rumah sendiri. Dian ni kalau ada terkurang kelakuannya.. maafkanlah ye.."

"Ehh Aznil tu kan dah macam anak kita.. menantu awak , menantu kita juga.."balas mak long sambil tertawa kecil. Azizan di sebelahnya Cuma tersenyum simpul.

"Eloklah tu mak long.. Nil tak kisah, tapi harapnya mak long bolehlah duduk kat pondok Nil nie.."Aznil pula menyokong emaknya.

"Pondok apa.. abang ni saja nak merendah diri, kan mak?"Hmm.. aku terkejut. Tak sangka si Azizan yang nampak pemalu dah mula tunjuk tar
ing!

"Tambah lagi mak long.. nasi tu.. minta maaflah.. lauk tak seberapa.."pelawaku.

"Hehehe.. cukuplah nie.. lauk orang malas.."Aku tak jadi menceduk kuah sup ke dalam pinggan. Mak long tersenyum-senyum sambil memandang kami. Lauk orang malas?

"Kedai tutup hari ni kak.. hari minggu.. tu si Dian tak sempat beli kelapa.. kalau tak insyaAllah, merasa juga kita gulai lemak dia.."emak mertua seakan memahami, cuba memberi alasan. Aku rasa seleraku sudah mati.

"Iyelah.. lagipun, masak sup ni mudah sangat. Tak payah macam kita dulu-dulu kan Som? Kalau nak menjamu orang datang, masak air macam ni.. sah kena lemparlah periuk gulai dek mak kite.."sambil terlengguk-lengguk leher mak long bercerita.

"Iye ke mak long?"soal Aznil. Ah.. manusia tu bukannya dia boleh sense orang tu perli ke puji..

"Masakan ni moden kak long.. orang sekarang ni tak galakkan kita makan lemak-lemak sangat.. kolestrol.. boleh kena sakit jantung.."

"Iyelah.. sekarang ni semua orang memang moden belaka suri rumah pun, dah sibuk.. sampai nak lipat baju pun tak sempat.."Aku rasa mahu saja aku bangun dan pergi dari situ. Entah kenapa.. menyampah sungguh aku dengan perangai sepupu mak mertua aku ni. Dalam pada itu aku berterima kasih pada mak mertuaku. Saat-saat kena sindir tadi, dia masih sudi menyebelahiku.

"Hairani apa kabar sekarang ni kak? Dulu dengar cerita sambung belajar.."Emak mula mengalih topik. Mungkin sedar aku sudah menjeruk rasa agaknya.

"Dah habis belajar dah.. sekarang ni dia sibuk buat bisnes.. " jelas orang tua itu. Dia Cuma menguis-kuis nasi di pinggan, mungkin hilang seleranya kerana lauk orang malas..

"Anak-anak akak berjaya semua.."puji emak.

"Kita yang mengandung dan melahirkannya.. kenalah didik betul-betul anak kita Som.. macam kita nie.. si Azizan ni.. serba serbi kita ajar dia masak. Jangan nak malukan kita kalau dah besar panjang tak pandai buat kari lagi.. jatuh air muka kita Som.. malu kat besan kita anak dara kita tak pandai memasak!"Adui.. Aku memandang ke arah Aznil yang rancak menyuap nasi. Eii.. bengangnya aku.. bukan dia nak perasan orang tu dok menyindir isteri dia!

"Kita selalu pesan anak-anak dara kita.. belajar tinggi mana pun, masak tu jangan tinggal!"sambungnya lagi, cukup membuatkan aku rasa meluat.

"Err.. mak long, mak, izan, makanlah ye.. Yan nak tengok budak-budak kat atas tu.."Aku segera mengangkat pinggan.

"Sikit makan Yan.. jaga badan ke?"Mak Long menegur saat aku mengangkat punggung. Aku Cuma senyum. Bukan jaga badan mak long, tapi nak jaga hati sendiri. Karang, kalau hati dah sakit, mulut kita ni pulak yang rancak menjawab.. kesian pulak kat mak long.. kena belasah dengan mulut kita ni!

"KITA masa muda-muda dulu.. tak ada pakai selekeh-selekeh macam ni.."Alamak.. dia dah start dah.. Mak Long Siti Kembang duduk di atas bangku berhampiran pondok tempat aku dan Aznil selalu berdua-duaan.

"Ni, muka kita ni pagi-pagi.. merah macam bunga ros.. segar.. badan kita ni, dah siap wangi bau langir limau masa mandi.."sambungnya lagi. Aku Cuma mendiamkan diri. Satu demi satu pasu bunga kusiram. Hari ini tak pasal-pasal aku bangun pukul 4.00 pagi. Semuanya kerana mak sedara sepupu Aznil tu la! Mak mertuaku sempat berpesan semalam, jaga hati Mak Long baik-baik. Jangan sesekali menjawab cakapnya. Silap hari bulan, satu Taiping dihebohnya cerita baik buruk menantu mak.

"Tu la mak nasihat kat Yan.. kemas rumah.. belajar-belajar menggulai.. " bisik mak semalam. Aku Cuma diam saja.

"Kalau mak ni cerewet, dia lagi cerewet.."sambung mak lagi. Hmm.. mak lupa nak tambah satu lagi, mulut dia celupar!

"Kalau pakai kain batik macam ni, kita siap pakai kebaya pendek. Barulah suami kita suka.. ini pagi-pagi.. pakai baju londeh.. muka pucat kusut.. macammana suami nak sayang?"Mak Long terus membebel. Hei.. aku cuba menyabarkan hati.

"Lain kali petik bunga-bunga.. bawa mandi pagi-pagi.. awet muda.. " Mak long melenggang lenggok ke hujung laman, memetik beberapa kuntum cempaka merah dan menghidu baunya.

"Pagi-pagi sejuk mak long nak mandi.."akhirnya aku menjawab juga. Mak Long mencebik.

"Bangunlah jerang air.. takkan tak boleh fikir.. kita dulu masa muda.. masa kuat.. kita timba air sungai siang-siang. Kita penuhkan tempayan kita. Pagi-pagi esok kita jerang air, guna dapur kayu. Lagi susah! Sekarang ni dah senang, dapur pun petik aja.. takkan tak boleh buat?"Aku diam. Malasnya aku nak layan kerenah orang tua tu!

"Sebab tu kita jadi janda masa umur kita 45 pun.. orang masih tergila-gilakan kita"sambungnya lagi. Argghh!! Tensionnya aku! Cukuplah aku dibasuh oleh mak mertuaku, ni tambah sorang lagi sukarelawan nak membebel kat aku hari-hari. Pili paip kututup segera.

"Nak kemana tu?"soal Mak Long bila melihat aku melangkah deras ke arah rumah.

"Anak kita menangis mak long!"jawabku. Dalam hati sabar ajalah aku

Bersambung..................

try , Rabu, Julai 19, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog