2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Takagi Sayang (Part 17/22)


img322
Originally uploaded by Yoshihiro.


AZNIL Cuma tersenyum senyum sejak dari tadi. Anak-anak yang sedang bermain di sekelilingnya riang sekali. Mereka memang begitu. Kalau dengan abahnya.. bukan main gembira lagi. "Yan.. tadi Yan buat apa?"soalnya. "Tak buat apa-apa.. layan budak-budak ni la.."jawabku sambil sibuk di meja komputer. "Betul ke?"soalnya lagi lantas menghampiriku. "Yan tidurkan anak-anak.. lepas tu lipat kain.. sapu rumah.. masak air.."terangku satu per satu."Yan susah hati ke?"soalnya lagi.
"Aii.. abang ni kenapa tanya soalan-soalan bukan-bukan ni? Yan okey aja.. ada ke nampak Yan ni susah hati?"soalku sambil tersenyum. "Yan beli ubat kurus?"What?

Aku segera berpaling ke arahnya. "Mana abang tahu?"Aznil senyum sahaja. "Tak payah nak bazir duit beli benda bukan-bukan.. Yan bukannya gemuk pun.."

"Tapi bang.. kak Esah tu, bukan abang tak tahu.. kalau ada mak datang bukan main lagi dia promote barang dia.."jelasku. "Buat aja tak tahu.. katalah abang tak kasi.."

"Macammana Yan nak cakap.. dah mak tu suruh sekali beli?"Aznil senyum sambil memeluk bahuku. "Yan..tak baik salahkan orang lain. Kalau Yan tak mahu cakap saja Yan tak mahu beli.. dia tak ada hak nak paksa Yan ambil barang-barang dia.."

Aku terdiam. Cakap memanglah mudah cik abang oii! Orang lelaki memang macam tu agaknya. Semua anggap perkara mudah. Dia ingat senang ke nak jaga hati mak mertua ni? Aku pun bukan nak beli sangat semua tu, tapi terpaksa semata-mata tak mahu mak berkecil hati.

Bulan lepas dua minggu dia tak datang ke rumah sebab berkecil hati aku tak makan ubat yang dia bawa. Katanya aku tak sudi menerima pemberian dia sedangkan ubat itu cukup pahit sekali. Mahu tak mahu aku yang datang ke rumahnya bersama anak-anak. Tiga hari aku bermalam di sana semata-mata untuk mencuri kembali hati tua itu agar memaafkan kesalahanku.

Memang aku tak nafikan, ibu mertua aku memang baik. Tapi agak particular tentang kekemasan dan kebersihan. Jika aku belum mempunyai anak dulu mungkin tak ada masalah. Iyelah, rumahpun terjaga rapi dan Aznil dapat kuuruskan dengan cemerlang sekali.

Tetapi, setelah memiliki Habil dan Hazil barulah ketara sikap sebenar ibu mertuaku. Pertama kali aku ditegur kerana membiarkan rumah berselerak. Waktu itu Habil dan Hazil dua-dua diserang demam. Tak sempat aku nak berkemas dan memasak. Kali kedua bila aku sudah jarang menyediakan sarapan pagi dan lewat menyajikan hidangan tengah hari untuk Aznil.. terus saja aku diberi syarahan percuma.

"Jadi isteri ni kena pandai curi masa, bahagi kerja.. kita kena atur jadual kita sendiri.."Aku Cuma tunduk diam saja saat ditegur begitu. Sebab itu aku cukup resah bila dia datang berkunjung ke rumah.

"Yan tak perlu bimbang sangat pasal badan Yan.. okeylah ni.. tak ada pun gemuk.. " pujuk Aznil setelah melihat wajahku berubah. Aku menarik nafas.

"Betul abang tak kisah badan Yan tak macam dulu lagi?"soalku.

"Betul.. ala.. abang cintakan Yan.. tak kiralah walaupun Yan macam guni beras!"usiknya sambil tergelak. Amboi!

Sepantas itu juga lengannya kukutil membuatkan dia terjerit kecil. Habil dan Hazil yang baru bertatih itu turut tertawa bila melihat ayah mereka tergelak-gelak.

"Anak dengan abah dia sama je.."ujarku sambil menatap sepasang kembar comel milik kami. Memang tak kunafikan, dua-dua semua menurut Aznil. Rambutnya, matanya, hidungnya semua ikut Aznil. Anak bapak..

"Yan search apa kat internet?"soalnya bila melihat aku leka di skrin komputer.

"Tak ada apa.. tengok-tengok apa yang terkini kat sini.."aku senyum. Aznil mengangguk perlahan.

"Abang ingat nak ke bandar esok, Kasim dah nak berhenti.. abang kena cari orang baru.."keluh Aznil. Sejak perusahaan kolam udang dan ikan kelinya meningkat maju ini dia kekurangan kakitangan.

Kadang-kadang dia sendiri membawa lori ke bandar untuk mengedarkan pesanan-pesanan pembeli. Biarpun susah sedikit bekerja di bawah terik mentari, tapi aku kagum dengan kegigihan suamiku. Memang tak silap pilihan orang tua. Hingga saat ini aku merasa kasih sayang kami makin erat berpadu. Cinta lepas kawin kot?

"Yan, apa pendapat Yan kalau abang beli tanah kat Kuala Ujung tu? Abang rasa tempat tu sesuai nak dijadikan tapak tanaman pokok herba.."dia bertanya.

"Hmm.. dari hari tu lagi Yan dengar abang nak tanam herb.. tapi tak ada apa-apa pun.."

"Ehh.. ni planning abang yang terbaru.. Ishak kawan abang tu dah tengok tempat tu.. sesuai dia kata.. lepas ni jadi boleh jadi tauke ubat la pulak.."Aznil senyum.

"Tak lama lagi musim buah mempelam. Kat kebun kita tu dah keluar bunga dah..baru-baru ni pihak MARDI pun dah berbincang dengan abang nak luaskan pasaran.."

"Apa lagi planning abang?"soalku.

"Abang ingat bila dah okey sikit nanti abang nak beli kereta lagi sebuah. Senang Yan nak guna.. lepas tu abang ingat kita pun kena buat satu lagi planning penting.."Aznil mengurut-urut dagu.

"Planning apa?"soalku hairan. Banyaknya projek suami aku ni..

"Tambah anak!"Usiknya sambil tertawa.

Apa? "Amboi banyak cantik.. ni dua ni pun dah tak larat nak jaga.. nak tambah lagi?"soalku geram.

"Bagus apa.. sekarang ni umur Yan 24.. seelok-eloknya sebelum umur Yan 30 kita dah ada 5-6 anak.. so nanti dah tua-tua anak-anak semua dah besar..

"Wah.. wah.. wah.. Aznil tersenyum memandangku sambil mengangkat kening.

"Tu pun satu planning yang baik kalau Yan nak tahu.. by that time kita dah ada semua yang kita nak. Aset, anak-anak.. bila anak-anak dah habis belajar dia orang pulak take over semua yang abang buat nie.. lepas tu kita boleh pergi honeymoon kat mana-mana.."Aznil memeluk bahuku sambil tersenyum.

Hmm.. iyelah tu.. dia tak merasa mengandung macammana.. 9 bulan 10 hari ke hulu ke hilir.. lepas tu azabnya nak melahirkan lagi.. kalau seorang tak apa.. ini kembar! Buatnya setiap kali aku mengandung kembar.. naya aku!

"Apa yang Yan fikir?"soal Aznil.

"Kalau planning nak beli tanah.. beli kereta tu.. Yan tak ada halangan.. tapi bab tambah anak tu.. apa kata abang pulak mengandung kali ni?"

Mendengar kata-kataku Aznil tertawa kelucuan. "Abang cakap senanglah.. cuba abang rasa macammana jadi perempuan.. dahlah kena mengandung.. masa beranak lagi.. lepas tu kena jaga anak-anak.. product abang tu.. sendiri tengoklah.. lasak bukan main.."ujarku.

Aznil senyum dan memandangku lama. "Abang gurau ajela Abang tahu Yan penat. Takkan abang tak fikir susah senang yang tak boleh Yan kongsi dengan abang anak-anak kita ni pun dah cukup bererti buat abang.."Aku terdiam. Wajah tenang Aznil kutatap.

Tiba-tiba terasa bersalah pula bila aku berkata begitu. Selama ini dia tak pernah mengeluh atau merungut akan kekurangan aku. Semuanya elok dan okey sahaja. Cuma aku saja yang sering melepaskan geram padanya. Sejak kami ada anak sekarang memang dia agak terabai. Makan pun kadang-kadang lambat. Malah pernah sekali dia pulang ke rumah, tapi aku tak sempat menyiapkan hidangan. Dia dengan rela hatinya memasak untuk kami hari itu.

"Abang.."Aku pandang wajahnya lama. Aznil senyum menanti bicaraku.

"Tak apalah.. abang faham.. " Dia mencuit daguku sambil memelukku erat. Dalam hati aku terasa lega yang amat sangat. Sesungguhnya aku bahagia dikurniakan suami seperti dia.

Habil tiba-tiba merengek manja bila lori mainannya dirampas Hazil. Aznil segera mendapatkan anak-anak kami mendukung Habil tetapi Hazil pula menjerit menangis bila abahnya tidak mendukungnya sekali. Aku tergelak lantas menutup komputer. Hazil yang menangis kuambil dan kudukung.

"Tengok.. macammana nak tambah produk.."soalku lantas kami sama-sama tergelak mesra..

EMBUN Cuma tersenyum bila aku menolak pintu kedainya. Dua tiga orang pelanggan kelihatan sedang sabar menanti gubahan bunga di sudut kiri kedai.

"Datang berlenggang aja.. tentera-tentera kau mana?"soalnya. Aku sengih panjang.

"Ada kat rumah mak aku.. kalau bawa aku rasa habis satu bandar nie dia orang pusing.."beritahuku. Embun senyum. Mungkin tumpang gembira mendengar cerita anak-anakku yang sudah bertatih itu.

"Rasa macam baru lagi kau bersalin ye Yan?"Aku Cuma mengangguk. Betapa pantas masa berlalu. Embun bangun dari kerusi sambil mengusung perutnya yang semakin membesar. Aku tersenyum sendiri. Masa aku dalam pantang dahulu dia datang menziarah. Seronok bila melihat dia meriba Habil yang masih merah.

"Kenapa kau senyum-senyum?"soalnya.

"Tak adalah.. dulu masa aku dalam pantang kau cakap kat aku.. nak sangat anak lelaki.. tak sangka aku habis pantang kau pulak mengandung.."ujarku. Embun tersenyum.

"Kau jangan tak tahu.. kawan kita si Qursiah tu pun dah start pening-pening.."beritahunya.

"Iye ke? Alhamdulillah.. " Aku penuh kejutan mendengar berita itu. Mana taknya.. dah dekat 6 tahun dia mendirikan rumahtangga.. sejak tamat SPM hinggalah ke hari ini menanti kehadiran cahaya mata.. akhirnya termakbul juga doanya.

"Aku pun terkejut.. tapi dia kata sejak ambil jamu Puspa Kencana period dia lancar.. alhamdulillah.."hmm.. Puspa
Kencana lagi!! Apasal asyik topik jamu saja dua tiga menjak ni? Aku Cuma mengangkat kening.

"Yan, macammana permohonan kau nak masuk U tu?"soal Embun. Aku senyum.

"Entah.. aku main hantar ja.. saja suka-suka.. " jawabku. Dulu masa selak-selak paper di kedainya ada keluar iklan kemasukan ke universiti. UUM tak silap aku. Terpanggil pula nak isi.. saja suka-suka!

"aku ingat kau bersungguh-sungguh.."Embun mencebik mulut.

"Aku serah pada nasib.. kalau dapat aku pergi.. kalau tak tak adalah! Lagipun anak-anak aku siapa nak jaga?"soalku. Embun senyum.

"Kau buatlah PJJ.."

"Kau pulak macammana?"soalku. Setahuku Embun buat PJJ sejak dua tahun lalu.

"Aku rasa tak sempat aku nak ambil exam.. aku minta cuti satu semester la jawabnya.. ni tunggu hari je ni.."jawab Embun sambil mengusap perutnya yang menggelembung. Aku senyum.

"Zaman sekarang ni kita tak boleh ketinggalan Yan.. belajar selagi boleh.."Embun memberi semangat.

"Heh.. mentang-mentanglah kawin dengan pensyarah.. macam lecturer pulak kau ni.."usikku membuatkan dia tertawa.

"Kau haus tak? Aku teringin nak makan kat Burger Kinglah.. jom kita pergi nak?"ajaknya.

"Aii.. aku rasa baru je dua jam kita makan Nasi Goreng Special tadi.. kau lapar balik?"soalku terkejut.

"bukan aku nak makan.. anak aku nie.."Embun sengih. Aku Cuma menggeleng kepala. Apa-apa sajalah Embun!

"Jom!"Dia menarik tanganku pergi.

Bersambung..................

try , Selasa, Julai 18, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog