/

Siapa lebih besar di sisi Allah - Mufti atau Menteri?

Stump Originally uploaded by Jordon and Stephen.


Semalam 9/7/06 sewaktu menonton berita jam 8.00malam di TV3. Saya sungguh terkejut dengan kenyataan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk XXXXX ) yang cuba memperlekehkan kedudukan seorang ulama (Mufti Perak - Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria).

Beliau dengan bongkak berkata: "Kenapa saya mesti jumpa dia (Mufti Perak)? Sepatutnya dia yang jumpa saya; SIAPA YANG LEBIH BESAR?".

Masya-Allah, berderau darah saya, tegak bulu roma. Sampai beginikah golongan pemerintah yang akan menyokong perlaksanaan ISLAM HADHARI yang di anjurkan oleh PAK LAH? Tidakkah menteri tersebut sedar bahawa di sisi Allah semua manusia adalah sama taraf; hanya IMAN sahaja yang akan menentukan siapa "LEBIH BESAR" di sisi Allah.

Kalau menteri tersebut bercakap mengenai hal-hal yang tidak berkaitan Agama Islam saya tidaklah mahu menulis disini. Tetapi isu MURTAD ini adalah antara isu paling besar dalam Islam, yakni orang yang terbukti murtad boleh dikenakan hukuman pancung. Tidak timbul soal siapa besar di dunia yang sementara ini, saya pasti menteri tersebut akan lebih dihormati sekiranya beliau sendiri dengan PRIHATIN dan RENDAH DIRI menemui Mufti Perak tersebut. Kalau beliau tak bersetuju dengan cara ini, saya harap menteri berkenaan boleh membaca riwayat hidup Rasullullah. Betapa baginda tidak pernah memandang pangkat dan harta, demi Allah dan agamanya baginda tidak pernah membangkitkan kedudukan baginda. Sedangkan kalau dinilai dari segi pangkat maka baginda berpangkat yang teratas merangkumi Rasul Allah, Kekasih Allah yang MAKSUM (tiada berdosa).

Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk memburukkan menteri berkenaan, cuma BESAR sangatkah jawatan/kedudukan anda di sisi Allah? Fikirkanlah, jangan kerana pangkat maka hati kita menjadi buta hingga lupa kita pada golongan alim ulama yang sentiasa tidak pernah lari dari tujuan mereka menjaga Agama Islam dan juga penganutnya. Buat PAK LAH juga, saya ini rakyat Malaysia yang sayangkan agama rasmi negara ini iaitu ISLAM, buatlah sesuatu agar para Menteri yang menyokong usaha PAK LAH adalah individu yang ikhlas berkhidmat, bukannya yang memandang jawatan dan harta sehingga melupakan hukum Agama.

Wallahu Aqlam.
try , Selasa, Julai 11, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog