/

Dimanakah kedaulatan Islam apabila ulama diketepikan?

 




Common Yellowthroat
Originally uploaded by amkhosla.


Wed | Jun 21, 06 | 02:39:07 PM
Oleh Mohd Sabri Said

 


KEPALA BATAS, 21 Jun (Hrkh) - "Siapa sebenarnya yang menjaga agama Islam di Malaysia sekarang ini setelah kuasa Raja-Raja ditarik dan peranan ulama dipandang sepi," demikian antara pertanyaan Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid ketika ditemui semalam.


Bukan itu sahaja ujarnya, pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seolah lesu ketika perundangan Islam dipersoalkan oleh segelintir bukan Islam mahupun golongan Islam yang bersifat liberal.

"Perlembagaan Malaysia mencatatkan Islam sebagai agama rasmi. Bukan untuk menjulang Islam sepertimana difahami ramai tetapi sekadar memulakan upacara rasmi seperti berdoa, " tegasnya setelah selesai memberikan penerangan berhubung Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan Kumpulan Artikel 11 di sebuah surau dekat sini.

Menurutnya, bila ada suara Mufti mengeluarkan fatwa contohnya haramnya 'Sureheboh' dan terkini mendesak kerajaan mengkaji semula sambutan 'Kongsi Raya' ada saja orang politik yang membidas kononnya Mufti memandai mengeluarkan kenyataan.

Jika Mufti tidak menegur siapa lagi jelasnya, kerana Mufti bersuara bukan dengan nafsu sebaliknya dengan nas Al-Quran dan Hadith.

"Bila Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria menegaskan haramnya 'Sureheboh' dan terbaru 'Kongsi Raya' ramai menteri naik minyak menyalahkan Mufti kononnya tidak mengerti hasrat kerajaan yang mahu memuhibahkan rakyat berbagai bangsa agar wujud perpaduan, " katanya.

Hendak harapkan raja-raja bertindak menyelamatkan Islam terang Haji Azmi, kuasa mereka telah ditarik balik sewaktu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkuasa dulu.

Apabila Raja dan Mufti gagal berperanan maka tidak hairan IFC dan Kumpulan Artikel 11 terus merancang bagi memastikan perundangan syariah tidak boleh melebihi undang-undang sivil.

"Bila saya tanya Mufti mereka kata kami pun pemerintah tak pakai nak buat macam mana. Tanya sultan pula mereka juga tak dak kuasa. Keris pun tak dak cuma tinggal ulu (pemegang keris) saja, " ujarnya disambut gelak ketawa hadirin
try , Jumaat, Jun 23, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog