/

SB pergunakan taktik trauma terhadap tahanan dan keluarga ISA

Thu | May 25, 06 | 09:59:36 AM
Oleh Saari Sungib | abuurwah@gmail.com

 


 


 


Setelah SB bertindak menanamkan rasa menyesal dan serik kepada tahanan ISA, tumpuan mereka seterusnya adalah terhadap semangat juang tahanan. Oleh itu tujuan kedua ISA digunakan adalah untuk melemahkan semangat juang tahanan dalam menentang kebatilan dan kezaliman.


 


 



Trauma atau kejutan adalah teknik paling berkesan yang digunakan oleh SB. Trauma ditujukan kepada semua. Trauma bukan hanya kepada orang yang ditahan.

 


 


 


 


 


 


 



Lokasi pilihan pertama untuk SB menahan seseorang adalah di rumah orang itu sendiri. Ini kerana di rumah biasanya ada isteri, anak-anak dan kalau nasib baik ada ibu, bapa dan mertua orang yang akan ditahan. Selain itu jiran tetangga juga adalah unsur penting bagi SB untuk meningkatkan rasa trauma. Itulah sebabnya sebelum seseorang itu ditahan, semasa ia dan keluarganya tiada di rumah, SB-SB dan anggota-anggota polis akan datang ke rumah orang yang akan ditahan. Biasanya mereka datang dua tiga kali setiap hari. Tempohnya pula adalah setiap hari selama dua atau tiga hari sebelum orang itu akan ditangkap.

 


 



SB tanam rasa trauma pada jiran-jiran tahanan

 


 


 


 



SB-SB tersebut datang menaiki kereta Wira berwarna putih. Biasanya dua hingga tiga buah kereta. Setiap kali mereka datang, mereka mengambil gambar rumah orang yang akan ditangkap itu. Mereka mengambil gambar bahagian depan, kanan, kiri dan kadang-kadang bahagian belakang rumah.

 


 



Tujuannya untuk apa? Satu saja tujuannya, iaitu menanamkan rasa gempar dan takut di kalangan jiran tetangga orang yang bakal ditahan.

 


 



Proses ini adalah sebagai satu langkah untuk menyediakan jiran-jiran yang bakal melihat tangkapan pada hari sebenar. Pada hari itu jiran-jiran akan menyangka rupa-rupanya tahanan selama ini melakukan suatu yang telah memudaratkan keselamatan negara.

 


 


 


 


 


 



Jika berjaya trauma ini diwujudkan, maka sepanjang orang tadi ditahan maka tiada seorang pun di kalangan jiran yang berani menziarahi isteri dan keluarganya. Bahkan bertanya tentang untung nasib dan hal-ehwal anak-anaknya pun mereka tidak berani.


Pada hari tangkapan berlaku, biasanya belasan jika tidak puluhan anggota polis dan SB datang mengepung dan menyerbu masuk ke rumah orang yang ditahan. Pertama sekali orang yang akan ditahan tadi diminta menyerahkan kad pengenalannya. Jika ada pasport, maka pasport tersebut diarahkan untuk diserahkan kepada pegawai SB yang membuat tangkapan.

 


 



Kemudian pegawai tadi dalam keadaan berdiri menggenggam tangan orang yang ditahan dan mengatakan : "Kamu ditahan di bawah Seksyen 73 kurungan 1 kerana telah memudaratkan keselamatan Malaysia".

 


 



Ucapan dan perbuatan ini dilakukan di hadapan isteri dan anak-anak orang yang ditahan.

 


 


 


 


 


 


 


 



Bagi isteri dan anak-anak yang tidak disediakan untuk menghadapi risiko suami dan ayah ditahan di bawah ISA, dunia tiba-tiba menjadi gelap-gelita tatkala mereka mendengar ucapan tersebut. Pegawai tadi kemudian mengarahkan SB-SB yang sudah berada di dalam rumah untuk menggeledah seluruh rumah. Buku-buku, dokumen, kertas-kertas dalam fail, kaset dan CD habis dipunggah. Buku-buku yang dirampas biasanya adalah buku-buku agama. Kaset dan CD yang dirampas juga adalah kaset dan CD ceramah agama, ceramah umum atau ceramah politik pembangkang. Rekod dan dokumen daripada komputer akan disalin dalam disket. Disket pun milik tuan rumah!

 


 



Kalau kurang bernasib baik, komputer itu sendiri terus dipunggah keluar. Jika komputer jenis laptop, hampir 100% pasti ianya akan diangkut keluar.

 


 


 


 


 


 



Ada tahanan yang seluruh rumahnya digeledah hingga SB-SB naik dan menggeledah di atas siling rumahnya. Bila keluar dari rumah orang yang ditahan, SB-SB akan mengangkut berkotak-kotak barang daripada rumah tersebut. Pada penglihatan jiran ianya sungguh trauma!

 


 


 


 


 



Bahkan, terlalu hebatnya proses geledah dilakukan sehingga ada isteri dan anak-anak menjadi curiga terhadap kegiatan suami dan ayah mereka sendiri. Trauma yang ditanamkan dalam jiwa isteri dan anak-anak tadi amat mendalam. Ada di kalangan mereka bertahun-tahun merasa trauma untuk membeli lagi buku-buku agama seperti yang telah dirampas oleh SB semasa menggeledah rumah mereka.

 


 



Fobia dengar kaset ceramah

 


 



Ada pula yang takut dan fobia untuk mendengar atau menonton kaset-kaset dan CD-CD ceramah pembangkang. Apatah lagi membelinya di warung-warung ceramah politik pembangkang! Datang dekat pun takut dan fobia!

 


 


 


 


 


 



Pada hari pertama tahanan disoal-siasat, SB-SB memberitahu bahawa mereka mengetahui segala-galanya tentang kegiatannya. Beberapa fail tebal akan diletakkan di hadapannya. Beberapa keping gambar juga dibawa keluar. SB-SB itu memberitahu bahawa seluruh kegiatannya sejak dari bangku sekolah, IPT dan semuanya sudah dipantau dengan rapi dan teliti oleh SB. SB-SB mendakwa bahawa terlalu banyak kesalahan yang telah dilakukan oleh tahanan. Jika mereka buat pertuduhan dan dakwa tahanan di mahkamah, pasti semuanya akan lekat. Tahanan akan dipenjarakan bertahun-tahun.

 


 


 


 


 


 


 


 



Sebagai contoh, SB akan mengatakan bahawa tahanan telah menghasut orang ramai. Di bawah seksyen sekian sekian, Akta Hasutan, jika SB dakwa pasti akan sabit kesalahan dan tahanan akan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. SB juga mengatakan lagi bahawa tahanan telah terlibat memberi ceramah tanpa permit. Di bawah Akta Polis, seksyen sekian, jika didakwa di mahkamah, pasti tahanan akan kena penjara dua tahun. Seterusnya SB mengatakan lagi bahawa tahanan telah mengedar bahan bercetak tanpa permit, maka di bawah seksyen sekian sekian, Akta Percetakan dan Mesin Cetak, jika polis dakwa di mahkamah, pasti hakim akan menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun. Tidak cukup lagi, SB-SB menegaskan bahawa tahanan telah terlibat dalam perhimpunan haram dan di bawah seksyen sekian sekian Akta Polis, tahanan boleh dipenjarakan selama dua tahun!

 


 



Secara berulang-ulang dan penuh bergaya, SB-SB itu akan mengatakan jumlah penjara yang akan dilalui oleh tahanan di atas kesalahannya adalah tiga tahun campur dua tahun campur dua tahun dan campur dua tahun untuk menjadi sembilan tahun!

 


 


 


 



SB-SB tersebut mengatakan bahawa mereka amat bertimbang rasa dan berbelas kasihan terhadap isteri dan anak-anak tahanan. Oleh itu, SB tidak akan membawa kes-kes kesalahanannya ke mahkamah. Kata SB-SB itu mereka amat yakin, jika kes tahanan tersebut dibawa ke mahkamah, pasti pihak polis akan menang. Mereka yakin bukti-bukti mereka amat kukuh. Apa tidaknya, berapa fail dan gambar tahanan sejak dari IPT lagi sudah ada dalam simpanan SB!

 


 



Hakim di mahkamah amat yakin dengan kerja-kerja SB. Lagipun bukankah SB Malaysia pasukan intelijen kedua terbaik di seluruh dunia?

 


 


 


 


 


 


 


 


SB-SB akan berulang kali mengatakan adalah sia-sia bagi tahanan mempertahankan dirinya di mahkamah. Kos peguam tinggi. Proses mahkamah leceh. Semua perkara akan dibongkar dan didedah. Elok orang tidak tahu, semua jadi tahu!



SB-SB secara berulang kali memberitahu tahanan bahawa mereka tidak akan dakwa ke mahkamah. Sebaliknya mereka guna ISA. Kata SB lagi dengan ISA, orang yang ditahan boleh membela diri.

 


 



Cara ancaman, bengis, pujukan diguna SB soal tahanan

 


 



Sesi-sesi soal siasat adalah peluang yang diberikan oleh SB kepada tahanan untuk membela diri. Tahanan diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Tidak guna berbohong. Apa guna berbohong jika SB sudah ada berfail-fail bukti kegiatan tahanan?

 


 



SB-SB menasihati tahanan agar berlaku jujur. Lebih jujur mereka maka akan lebih cepat selesai masalahnya. Boleh cepat balik rumah!

 


 



Tahanan diminta oleh SB-SB itu untuk memberi kerjasama. Kenapa tidak? Bukankah SB-SB juga telah memberi kerjasama kepadanya dengan tidak mendakwa kes-kesnya di mahkamah?

 


 


 


 


 


 



Cakap-cakap seperti ini diulang-ulang. Dua tiga pasukan SB mengambil giliran mengulang-ulang cakap-cakap seperti ini. Satu pasukan terdiri dari tiga hingga empat orang. Cara yang digunakan oleh pasukan-pasukan ini dipelbagaikan. Ada yang menggunakan cara ancaman, ugutan dan menakut-nakutkan. Ada pula yang menggunakan cara lembut dan memujuk. Ada pula yang menggunakan cara bengis, kasar, keras dan juga seksaan fizikal. Bagi kebanyakan rakyat negara ini yang kurang mengetahui undang-undang serta tidak peka tentang hak-hak mereka, cakap-cakap kosong SB-SB seperti di atas dipercaya oleh mereka bulat-bulat!

 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 



Mereka percaya benarnya SB memantau dengan rapi, kemas, teliti dan tepat seluruh keagiatan mereka. Mereka percaya bahawa bahan-bahan yang terkandung dalam fail dan gambar-gambar simpanan SB adalah bukti-bukti terhadap mereka di mahkamah. Mereka percaya apa yang mereka lakukan dalam kegiatan mereka telah termasuk dalam kategori kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah Mereka percaya bahawa setiap kali pihak polis mendakwa mereka ke mahkamah, sudah pasti hakim akan menjatuhkan hukuman penjara ke atas mereka Mereka percaya bahawa proses mahkamah adalah suatu yang amat leceh, menyulitkan dan mesti dijauhi. Mereka percaya bahawa lebih baik melalui proses soal-siasat di bawah ISA daripada didakwa oleh pihak polis di mahkamah.

 


 


 


 


 



Mereka percaya bahawa proses soal-siasat ISA adalah peluang untuk mereka membela diri dan menyelesaikan masalah mereka akibat telah melakukan suatu yang menyalahi undang-undang negara. Mereka percaya dengan memberi bekerjasama kepada SB semasa sesi-sesi soal-siasat ISA akan membebaskan mereka daripada tuduhan awal, iaitu mereka telah memudaratkan keselamatan negara. Senarai percaya ini boleh diteruskan!

 


 


 



Pengajarannya, soal-siasat yang dijalankan oleh SB-SB tersebut bertujuan untuk menimbulkan rasa ragu dalam diri tahanan tentang perjuangannya. Keadaan keliru tahanan seperti ini akan terus diasak secara berterusan oleh SB-SB dalam sesi-sesi soal siasat seterusnya bagi melemahkan kekentalan semangat juangnya!
try , Jumaat, Mei 26, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog