2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Perjanjian nuklear berat sebelah

 




BUZZ
Originally uploaded by hermit43.

DUNIA memerlukan satu lagi perjanjian untuk menangani isu nuklear? Di sebalik kontroversi program nuklear Iran yang berlarutan sejak dua tahun lalu, beberapa negara maju memperlihatkan rancangan untuk membangunkan loji tenaga nuklear.


Satu lagi perkara yang menarik, yang mendapat perhatian ramai minggu lalu ialah langkah Amerika Syarikat (AS) yang mengesyorkan supaya dunia merangka perjanjian baru bagi menangani isu nuklear. Kali ini, AS mahu perjanjian baru ini memfokus terhadap usaha mengharamkan pengeluaran bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear ataupun peralatan ketenteraan, antaranya uranium dan plutonium.

Langkah AS itu merupakan yang pertama sejak berakhirnya Perang Dingin pada awal 1990-an. Bagaimanapun perjanjian yang disyorkan itu tidak mengharamkan simpanan semasa, malah tidak mengharamkan juga bahan-bahan yang telah dihasilkan untuk tujuan pengeluaran senjata nuklear.

Pelbagai pihak mempersoalkan langkah terbaru ini ketika dunia khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbahagi ekoran perbezaan pendapat dalam isu nuklear Iran dan Korea Utara.

Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dimeterai pada tahun 1970. Keberkesanannya dipersoalkan. Beberapa negara maju dan negara-negara sekutu dengan mereka tidak menerima pakai NPT. Sehingga kini sebanyak 188 negara sahaja yang telah menandatangani untuk mematuhi NPT.

Iran telah pun mengancam akan berundur daripada mematuhi NPT jika dunia terus mengenakan sekatan dan tekanan. Korea Utara sudah pun berbuat demikian pada awal 2003 selepas menamatkan pemeriksaan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Disember 2002.

Jika sedemikian keadaan - tidak semua negara menerima pakai NPT dan masih ada negara anggota PBB yang memandang rendah keberkesanan perjanjian antarabangsa mengenai nuklear sedia ada - apakah dunia masih memerlukan satu lagi perjanjian, bagi menggantikan perjanjian yang tidak memperlihatkan keberkesanan untuk mengatasi masalah semasa.

Ataupun dunia memerlukan perjanjian-perjanjian baru yang hanya memanfaatkan sesetengah negara manakala negara lain terus ditekan atas nama perlunya mematuhi perjanjian sedemikian.

Berdasarkan kandungan rangka perjanjian yang dikemukakan pada persidangan kawalan senjata di Geneva minggu lalu, beberapa negara melahirkan kebimbangan bahawa ia tetap akan menguntungkan negara-negara maju ataupun negara yang telah pun memiliki senjata nuklear.

Ia sama sekali tidak akan menghapuskan senjata nuklear dari bumi, sebaliknya mengekalkan status negara senjata nuklear, dan pada masa yang sama mengehadkan peluang negara lain menyertai kumpulan negara nuklear.

Perjanjian baru seharusnya mengawal senjata nuklear secara komprehensif, bukannya memberi peluang kepada sesetengah pihak terus mengekalkan senjata nuklear sedia ada, tetapi bertindak mengawal negara lain daripada memilikinya atas alasan menyokong keganasan dan sebagainya.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0523&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
try , Selasa, Mei 23, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog