/

Perisian Pengurusan Maklumat dan Masa Peribadi

Outlook mungkin menjadi perisian yang anda gunakan untuk mengendalikan segala maklumat yang berkaitan dengan anda. Namun begitu anda mempunyai pilihan alternatif kepada perisian berbayar. Berikut adalah beberapa perisian yang boleh anda gunakan.

Black Hole Organizer
http://www.lincolnbeach.com/blackhole.asp
Black Hole Oragnizer adalah perisian pengkalan data berdasarkan web yang direka untuk melakukan tugas pengurusan dokumen dengan lebih cekap. Ia membahagikan dokumen menurut kategori dan sub-kategori untuk memudahkan penyisihan data untuk disusun menurut nama, alamat atau sebagainya. Ia juga mempunyai enjin carian dalaman untuk memudahkan carian maklumat dengan cepat.
Komen : Perisian yang ringkas dan mudah digunakan.

Active Desktop Calendar
http://www.xemico.com
Active Desktop Calendar adalah PIM yang dibentuk dan dikendalikan. Ia akan dipaparkan sebagai latar belakang desktop dan memberikan antaramuka yang mudah disentuh. Calendar menyokong nota, tugasan, pengendalian data, alarm dan penyelamat skrin. Ia juga menyokong penggunaan dalam rangkaian selain daripada penggunaan individu.
Komen : Perisian yang berkesan tetapi mampu mengelirukan anda apabila bertindak sebagai desktop.

TimePanic
http://www.timepanic.com/english/
TimePanic merupakan sebuah perisian untuk memantau masa peribadi semasa melakukan tugas. Ia mampu merakam masa kerja, mengkategorikan projek dan menghasilkan laporan kerja lebih masa. Anda boleh membina pelbagai senario kerja dalam satu-satu masa menurut projek atau individu.
Komen : Mudah digunakan, ringkas dan berkuasa.

WorkTime
http://www.nestersoft.com
WorkTime merupakan perisian yang serupa dengan TimePanic tetapi ia lebih ringkas dan lebih terperinci. Ia mampu merakamkan segala kegiatan anda semasa anda menggunakan komputer. Ia akan berfungsi secara automatik sebaik sahaja anda memulakan komputer anda. Ia mampu menghasilkan laporan berdasarkan apa yang anda lakukan dengan komputer anda. Ia juga mempunyai tips-tips untuk mengelakkan kecederaan ketika menggunakan PC, antaramuka pelbagai bahasa dan alarm.
Komen : Berkuasa dan berguna tetapi memerlukan masa untuk membiasakannya.

Secure Notes Organizer
http://www.notesorganizer.com
Secure Notes Organizer akan mengumpulkan segala senarai hubungan anda dan maklumat yang berkaitan dengan anda. Ia akan menyusun maklumat menurut heirarki mengikut tarikh dan kriteria lain. Ia menyediakan fungsi seperti perlindungan kata laluan, antaramuka boleh bentuk dan kemampuan mengeksport dan mengimport data.
Komen : Perisian yang canggih tetapi terlalu kompleks.

PIMOne Standard
http://www.pimone.com
PIMOne adalah perisian yang menawarkan kemudahan PIM dengan antaramuka yang menarik. Ia mengendalikan segala maklumat berkaitan dengan anda dengan cara yang mudah. Maklumat-maklumat seperti alamat emel, maklumat peribadi, nombor ICQ dan segalanya boleh disertakan dengan gambar. Kalendar juga disediakan untuk anda mengendalikan segala temujanji dan tugasan anda.
Komen : Perisian yang cantik dan antaramuka luaran yang bagus.

try , Sabtu, April 15, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog