/

Bahaya makan daging mengandungi beta-agonist

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan para pengguna supaya mengelakkan daripada memakan daging lembu, kambing, dan babi memandangkan ujian kami menunjukkan ia tercemar dengan salbutamol, penambah pembesaran.
Dalam pensampelan secara rawak ke atas daging, tiga daripada enam sampel yang diuji didapati mengandungi salbutamol beta-agonist. Sampel daging ini dibeli dari pasar basah di sekitar Pulau Pinang.

Beta-agonist mampu menyebabkan insomnia (susah tidur), tangan mengigil, keletihan, pening, gementar, berdebar dan memburukkan keadaan jantung. Kebanyakan pengguna tidak menyedari apabila mereka mengalami keadaan seperti itu adalah disebabkan oleh dadah di dalam daging itu yang telah menimbulkan masalah.

CAP amat terkejut apabila mendapati Kementerian Kesihatan tidak mampu untuk mengawal penggunaan beta-agonist di dalam daging oleh penternak walaupun mengetahui masalah itu.
Pada Jun 2004, Kementerian Kesihatan mengetahui fakta bahawa petani tempatan menggunakan beta-agonist untuk menghasilkan lebih banyak daging untuk pasaran. Menurut Kementerian Kesihatan antara 70% dan 84% daging lembu dan babi mengandungi dadah itu.

Pada Mei 2003, CAP telah membangkitkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan memandangkan persampelan secara rawak oleh kami ke atas sampel daging babi mengesan salbutamol beta-agonist dalam dua daripada lima sampel yang diuji. Sampel daging babi yang diuji dibeli daripada pasar basah di Pulau Pinang dan Bukit Mertajam.

Adalah satu ironi bahan seperti beta-agonist, dadah yang disenaraikan di bawah jadual beracun boleh diperoleh dengan mudah oleh penternak. Memandangkan situasi ini, Kementerian Kesihatan perlu menyiasat daripada pembekal beta-agonist tempatan kenapa bahan ini dengan mudah diperoleh walaupun undang-undang sedia ada mengawalnya. Pada masa yang sama pihak kementerian juga tidak menafikan kemungkinan beta-agonist yang digunakan oleh penternak diperoleh secara haram.

Penggunaan beta-agonist dalam makanan binatang diharamkan di bawah Akta Makanan 1983.

Pada Julai 2001, Kementerian Kesihatan berjanji bahawa tiada lagi beta-agonist akan ditemui dalam daging. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, S. Sothinathan berkata, pihak kementerian yakin untuk menghapuskan bahan kimia itu, memandangkan beta-agonist (dadah yang biasanya digunakan untuk merawat asma) ditemui semakin berkurangan dalam babi.
Menurut beliau, dengan undang-undang yang lebih ketat dan meningkatnya penguatkuasaan, kes seperti itu akan dihapuskan sepenuhnya.
Kenyataan ini amat jauh sekali daripada kebenarannya memandangkan penggunaan dadah seperti beta-agonist telah meningkat dalam tempoh beberapa tahun yang lalu.
Kehadiran beta-agonist dalam daging babi dilaporkan dengan meluas di dalam media pada masa lalu.

Pada Mei 1998, pihak berkuasa kesihatan Johor telah mengesan beta-agonist dalam daging babi selepas menguji 42 sampel yang diperoleh dari pasar basah di negeri itu.
Pada September 1999, Kementerian Kesihatan mengeluarkan amaran kepada industri ternakan terhadap penggunaan beta-agonist secara haram dalam makanan ternakan.

Kementerian berjanji untuk menjalankan penguatkuasaan besar-besaran di seluruh negara dan mengenakan denda yang lebih berat terhadap mereka yang didapati bersalah menggunakan dadah terutama.

Pada September 2000, tiga pengendali rumah sembelihan dari Butterworth didenda RM10,000 setiap satu oleh mahkamah kerana menjual daging babi yang mengandungi penambah pembesaran salbutamol.

Memandangkan kepada keadaan pada masa kini, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menjalankan ujian di seluruh negara ke atas semua jenis daging untuk mengesan kehadiran beta-agonist, memandangkan penggunaan penambah pembesaran ini tidak hanya terhad kepada babi tetapi juga binatang ternakan lain seperti kambing, biri-biri, dan lembu.

Sementara itu pengguna perlu mengelakkan daripada memakan daging sehingga Kementerian Kesihatan dapat membuktikan bahawa daging yang dijual di pasaran bebas daripada beta-agonist.

- S. M. MOHAMAD IDRIS,
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.



Utusan Online - 22 April 2006
try , Isnin, April 24, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog