KUALA LUMPUR, 26 Jun 2014 - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan tauke AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, muncul dalam senarai tahunan terbaru Wira Dermawan Forbes Asia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Forbes Asia berkata, Syed Mokhtar telah menderma US$500 juta kepada mereka yang terbabit dalam beberapa bencana alam di Asia dan tempat lain.
"Mereka yang mendapat bantuan itu termasuk pelarian di Pakistan, anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia and Iran," katanya.
Sementara itu, Fernandes melalui Yayasan AirAsia telah mengumpul lebih daripada AS$2 juta untuk mangsa Taufan Haiyan pada November lalu di Filipina untuk membina semula tempat tinggal dan membantu mereka membuka kedai runcit di rumah.
Tokoh dermawan lain yang turut tersenarai ialah Rohini Nilekani dari India yang menyumbangkan kira-kira US$40 juta dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Beliau menubuhkan Amanah Arghyam yang menyokong projek untuk melindungi air bawah tanah serta meningkatkan kebersihan di India.
"Beliau juga telah mendermakan dana yang dikumpul daripada jualan saham Infosys bagi meningkatkan kualiti undang-undang India serta memelihara biodiversiti," kata Forbes Asia.
Senarai Wira Dermawan itu menonjolkan 48 dermawan terkemuka Asia Pasifik daripada bilionair dengan wawasan bagaimana cara terbaik untuk membantu masyarakat sehingga kepada ahli perniagaan yang kurang terkenal.
Senarai itu juga memberi penghormatan kepada dermawan terbabit, empat orang bagi setiap satu daripada 12 pasaran di rantau Asia Pasifik. - Bernama
Khamis, Jun 26, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Syed Mokhtar, Tony Fernandes dalam senarai wira Forbes Asia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "