RAMBUT dianggap mahkota setiap insan. Mungkin ada yang sanggup berhabis duit untuk menjaganya hingga kerap bertukar syampu, perapi, mengunjungi salon rambut namun, masih tetap ada kerosakan hingga kadang kala boleh menimbulkan masalah lain seperti kegatalan kulit kepala serta tekanan pada diri.
Selain itu, faktor gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk hingga mengabaikan cara hidup sihat, mengambil makanan kurang berkhasiat dan mengandungi banyak bahan perasa tiruan turut menyumbang kepada masalah itu. Paling menyedihkan, tindakan segelintir individu gemar mencuba pelbagai trend rambut terkini tanpa penjagaan yang bersesuaian, juga boleh menyebabkan rambut cepat rosak dan kusam.
Terdapat dua teknik rawatan rambut yang ditawarkan di sini iaitu rawatan pertama melibatkan masalah kelemumur, rambut gugur dan berbuah sementara rawatan kedua adalah untuk rambut kering, rosak serta bercabang. Bersesuaian dengan pelanggan pelbagai latar belakang, kami juga menyediakan dua kaedah rawatan iaitu secara tradisional dan moden bergantung kepada keperluan mereka.
Pelanggan yang menghadapi masalah resdung di bahagian kepala juga disarankan mendapatkan rawatan lebih awal untuk menggelakkan keadaan menjadi lebih serius, gatal-gatal serta boleh menjejaskan struktur rambut.
Punca rambut tidak sihat
Masalah kelemumur dan rambut gugur selalunya berpunca daripada kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama hingga mengundang peluh. Akhirnya peluh bercampur minyak semula jadi lalu menyebabkan kelemumur. Liang rongga rambut juga akan mudah terbuka hingga menyebabkan timbul pula masalah rambut gugur. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap perlu diutamakan.
Perkara paling perlu dititikberat, tidak kira panjang mana sekali pun rambut, tempoh yang lama perlu untuk memastikan rambut betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Jika mahu cepat boleh menggunakan pengering rambut dengan suhu bersesuaian. Elakkan daripada terus memakai tudung dalam keadaan rambut masih lembap kerana mudah diserang kelemumur, berbuah serta mudah putus.
Faktor seterusnya individu yang suka bertukar-tukar fesyen rambut serta mewarnakan rambut. Sekejap memilih untuk meluruskan rambut, kemudian minat mengeriting rambut tanpa mengambil kira soal penjagaan rambut sebetulnya.
Rawatan tradisional, moden
Buah limau purut adalah antara bahan penting merawat kelemumur selain beberapa campuran bahan lain menggunakan resipi tradisional sendiri. Setelah itu baru digabungkan dengan rawatan moden menggunakan mesin 'hair steamer', serta produk rawatan rambut yang bersesuaian dengan masalah pelanggan.
Bagi merawat rambut gugur, rawatan akan dimulakan dengan mencuci terlebih dahulu kemudian rambut dibiarkan dalam 'hair steamer' beberapa minit sebelum disapu pelembap khas rambut gugur, kemudian diletakkan vitamin untuk menyihatkan rambut.
Sementara bagi mereka yang suka mengayakan rambut me-ngikut fesyen, dinasihatkan supaya guna syampu bersesuaian bagi memastikan bentuknya kekal hingga enam bulan.
Bagi rambut bercabang, rawatannya ialah dengan memotong hujung rambut yang rosak serta melakukan rawatan berkala dalam tempoh dua hingga tiga bulan sekali.
Kami juga turut menawarkan satu lagi rawatan alternatif kepada pelanggan bermula awal bulan ini iaitu produk penjagaan rambut berasaskan sarang burung walit. Selain khasiat burung berkenaan yang sudah diketahui ramai, penggunaan produk itu kelak akan memberi kesan lebih baik dalam proses penyembuhan masalah yang dihadapi pelanggan.
Seeloknya, rawatan rambut biasa perlu dibuat selang dua minggu untuk mengesan sebarang bentuk masalah lain yang timbul. Manakala mereka yang gemar meluruskan atau mengeritingkan rambut perlu membuat rawatan susulan bagi mengekalkan bentuk berkenaan.
* Oleh NURUL FATIHAH SULAINI, 5 Januari 2014
Isnin, Jun 09, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Rawat rambut sebelum rosak silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "