Jumlah pelajar dan golongan muda mengalami masalah penglihatan kian meningkat ekoran gaya hidup yang tidak menentu. Makin maju dan padat sesebuah negara itu dengan teknologi, makin tinggi statistik mereka yang menghidap masalah penglihatan ini kerana kurangnya kesedaran dalam penjagaan mata.
Mungkin ramai beranggapan memakai cermin mata adalah satu 'trend' tanpa menyedari kadang-kadang ia menyusahkan dan mendatangkan bahaya. Maklumlah, ada yang tidak rabun pun gemar mengenakan cermin mata kononnya nampak lebih bergaya.
Belum lagi menukar jenis dan jenama cermin mata setiap hari untuk kelihatan berfesyen sedangkan mata itu adalah pancaindera paling bernilai dan seharusnya dijaga untuk tidak berdepan sebarang penyakit penglihatan.
Sama ada rabun jauh, rabun dekat atau silau, kita sepatutnya perlu menjalankan pemeriksaan mata setiap tahun.
Masalah penglihatan mata boleh dikesan seawal empat tahun. Terdapat empat jenis utama rabun iaitu Miopia, Hyperopia, Astigmatisme dan Presbiopia. Biar apa pun masalah penglihatan, ia boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
Difahamkan antara penyebab berlakunya rabun adalah disebabkan faktor keturunan. Seorang anak yang ibu bapanya mengalami masalah rabun mempunyai kebarangkalian 40 peratus menghidap masalah sama. Terjadinya rabun jauh akibat bebola mata seseorang itu lebih besar dan panjang berbanding mereka yang tidak rabun.
Penumpuan imej yang tidak tepat ke atas retina menerangkan bagaimana masalah ini berlaku.
Sementara rabun dekat pula dipengaruhi oleh proses pengerasan kapsul mata yang hilang keupayaan mengendur untuk menjadikan kanta mata lebih cembung sekali gus mengurangkan kemampuan untuk melihat secara dekat.
Tetapi kalau melihat mengapa masalah ini makin serius dalam kalangan anak muda, ia disebabkan tabiat menonton terlampau dekat depan kaca televisyen yang boleh menjadi punca kepada masalah penglihatan. Kesilapan ini bukan saja boleh menyebabkan anda rabun tapi silau tinggi.
Selain itu, masalah rabun boleh berlaku apabila anda melihat objek dekat terlalu lama terutama kebanyakan pelajar yang menghadap komputer lebih lima jam sehari.
Begitu juga kanak-kanak yang jarang sekali menerima kawalan dan pengawasan rapi daripada ibu bapa setiap kali menonton kartun depan televisyen dengan jarak yang dekat dan lama.
Ini menyebabkan bentuk mata tidak dapat kembali kepada bentuk asal dan sempurna.
Melihat objek dekat kurang daripada tujuh meter pun sudah memberi tekanan. Untuk mengatasi masalah ini, setiap 20 atau 30 minit melihat objek dekat, kita sepatutnya perlu melihat objek jauh dalam beberapa saat pula untuk tujuan mengembalikan bentuk mata kita kepada bentuk asal. Ia juga membantu merehatkan mata dan otot mata kita.
Bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh dan dekat semakin meningkat dan berlaku pada usia semakin muda seawal tiga tahun berbanding tujuh atau lapan tahun sebelum ini.
Bagaimanapun, melihat laporan pernah dikeluarkan Pakar Penjagaan Mata Profesor sebelum ini, faktor menyebabkan masalah rabun jauh dan rabun dekat dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tiga tahun adalah kerana pendidikan pada usia yang terlalu awal, kurang terdedah kepada cahaya matahari, penggunaan kerap permainan video atau peralatan teknologi seperti iPad dan sebagainya serta masalah genetik.
Masalah rabun jauh dan dekat yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak antara kebimbangan pakar penjagaan mata dan ahli optometri di seluruh dunia ketika ini.
Atas kebimbangan itu, persatuan optometri kini sedang menjalankan kajian bagi menghasilkan kanta khas untuk melambatkan masalah rabun jauh dan rabun dekat pada kanak-kanak.
Buat masa ini penyelidikan ini hanya membabitkan kanak-kanak seawal usia tujuh hingga lapan tahun tetapi ia sedang berusaha membabitkan kanak-kanak pada peringkat usia lebih awal bagi mengurangkan atau melambatkan masalah ini.
Agak sukar menangani masalah rabun jauh dan rabun dekat dalam kalangan kanak-kanak kerana ia memerlukan komitmen tinggi daripada ibu bapa dalam menjaga kesihatan dan perkembangan anak mereka. Cara mudah bagi melambatkan masalah rabun jauh dan rabun dekat ialah dengan memperbanyakkan aktiviti luar anak-anak untuk memastikan mereka menerima cahaya cukup untuk mata mereka.
Di negara ini, ia mungkin agak mudah kerana masih banyak tempat yang dapat dikunjungi bagi aktiviti luar tetapi berbeza di Hong Kong atau beberapa negara yang padat dengan pembangunan kerana tempat untuk aktiviti luar terhad.
Selain itu, ibu bapa jangan membiarkan anak bermain permainan video terlalu kerap dan lama atau menghabiskan masa terlalu lama dengan kerja yang boleh membebankan mata.
Masalah penglihatan boleh dirawat dan dicegah dengan mengambil makanan mengandungi vitamin A dan D seperti lobak merah, betik dan mangga. Sesekali, lakukan urutan mata di kening, tengah kening, antara dua kening, di hujung mata dan di bawah mata.
Kita juga sebenarnya boleh mengamalkan melihat tumbuhan hijau sebaik bangun pagi. Penglihatan baik memberi banyak kebaikan buat kita apabila berada di sekolah mahupun universiti. Penglihatan yang baik pastinya tidak menyekat aktiviti luar yang kita mahu lakukan.
Punca rabun jauh
Setakat ini, tiada teori tepat mengenai punca berlakunya rabun jauh. Bagaimanapun, faktor keturunan mempunyai pengaruh terhadap berlakunya rabun jauh. Kemungkinan seorang anak yang ibu bapanya menghidap rabun jauh untuk mengalami masalah sama ialah 40 peratus.
Ada teori mengatakan, rabun jauh berlaku jika seseorang gemar membaca pada jarak dekat. Sesetengah pakar lain pula mengatakan kerana rabun jauh seseorang itu membaca pada jarak dekat.
Rabun jauh bukan sejenis kecacatan. Sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal. Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun. Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina.
Situasi ini dapat diumpamakan dengan perbezaan manusia berambut lurus dan berambut kerinting, ada yang bercermin mata dan ada yang tidak bercermin mata. Tahap kerabunan tidak bertukar atau bertambah akibat cermin mata selalu dipakai.
Sebenarnya, sama ada cermin mata dipakai atau tidak, tahap rabun akan meningkat setiap enam bulan di mana kuasa cermin mata harus ditukar. Ini satu proses semula jadi dialami individu yang rabun. Penambahan tahap rabun berlaku sehinggalah individu berkenaan mencapai usia dewasa iaitu apabila meningkat umur 18 hingga 25 tahun.
Oleh itu, penting memastikan kanak-kanak rabun memakai cermin mata untuk memberi keselesaan dan menentukan mereka dapat melihat sejelas mungkin di sekolah. Faktor pemakanan tertentu memainkan peranan dalam tahap kesihatan mata. Tidak dinafikan, vitamin A diperlukan dalam proses biokimia di dalam retina mata.
Namun, ini tidak bererti vitamin A dapat mengubat rabun, seperti dilakukan kebanyakan ibu yang memberi anak mereka makan sayur lobak merah dengan harapan masalah rabun itu akan hilang. Ini satu usaha yang tidak memberi manfaat.
Rabun dekat
Apabila seseorang itu rabun dekat, otot mata mereka harus bekerja kuat memfokuskan objek ke atas retina. Jika usaha ini terlalu kuat, akan terjadi tanda seperti kekaburan, sakit di atas kening dan mata yang selalu letih dan berair, terutama selepas membuat kerja yang menggunakan penglihatan dekat seperti menjahit dan membaca.
Kanak-kanak yang rabun dekat berkemungkinan mempunyai daya tumpuan yang singkat. Mereka juga mungkin menjadi juling. Apakah kaitan di antara rabun dekat dan presbiopia? Mereka yang bermasalah rabun dekat atau hiperopia menghidapi presbiopia pada umur lebih muda iaitu sebelum 40 tahun berbanding mereka yang tiada masalah ini.
Seperti rabun jauh, rabun dekat juga dapat dirawat dengan memakai cermin mata atau kanta lekap. Kadang kala, sebilangan kanak-kanak yang menghidap rabun dekat dapat memulihkan masalah kejulingan mata selepas memakai cermin mata.
Rawatan
Kaedah rawatan paling mudah untuk masalah rabun adalah melalui penggunaan cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.
Sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat.
Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.
Sejenis masalah rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik dikenali sebagai presbiopia. Ia biasanya berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun.
Ini disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang menyebabkan pengurangan pergerakan kapsul kanta ketika melihat objek. Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul tersebut harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung.
Apabila berlaku pengerasan, proses ini sukar dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan.
Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata untuk membaca yang harus ditukar setiap dua tahun. Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit.
Masalah ini juga tidak seharusnya disalahfahamkan dengan masalah katarak mata, terutama bagi mereka yang melebihi umur 40 tahun. Penghidap katarak menghadapi kesukaran melihat objek jauh. Seseorang yang menghidap katarak tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas dan objek itu masih kelihatan kabur walaupun dengan memakai cermin mata.
* Oleh Murshid Eunos, Harian Metro, 13 Mac 2014
Rabu, Jun 11, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Rabun muda silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "