2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 12:08 PM

12Khamis,Jun

NASA ramal fasa penuh El Nino

Kuala Lumpur, 11 Jun - Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) meramalkan fasa penuh El Nino akan dirasai seluruh dunia pada November hingga Disember depan berdasarkan model ENSO (El-Nino Ayunan Selatan).
Laman web rasmi agensi itu mencatatkan bacaan melebihi purata suhu permukaan laut (SST) berkembang di Lautan Pasifik Khatulistiwa dan fenomena itu direkodkan pada bulan lalu.
 
NASA menjangkakan bahawa peluang El Nino untuk berlaku menjelang musim panas (Jun-Ogos) di Hemisfera Utara adalah 70 peratus dan angka itu akan meningkat kepada 80 peratus semasa musim luruh serta musim sejuk.
 
Laman web itu turut memaklumkan bahawa agensi itu merekodkan peningkatan suhu paras purata SST di Lautan Pasifik pada Mac lalu berbanding bacaan pada Januari dan Februari lalu yang mencatatkan bacaan normal.
 
Pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, berdasarkan data laman web rasmi agensi itu mendapati fenomena El Nino yang bakal melanda negara dijangka penghujung tahun ini masih dalam keadaan terkawal dan masih berada pada paras neutral.
 
"Fenomena El Nino berlaku akibat cuaca panas dan kering berterusan seperti yang diramal pada Jun hingga Ogos depan.
 
"Malah, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun hingga boleh menyebabkan krisis air di Lembah Klang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
 
Katanya, ENSO dibahagikan kepada dua iaitu kuat dan lemah yang mana boleh memberi impak kepada perubahan cuaca di negara ini.
 
"Jika ENSO lemah, ia tidak akan memberi kesan kepada perubahan cuaca, bagaimanapun jika kuat berkemungkinan El Nino terburuk dalam sejarah seperti pada 1997 akan berulang iaitu keadaan kemarau dan cuaca jerebu yang teruk melanda," katanya.
 
Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, bacaan suhu yang paling tinggi di seluruh negara yang direkodkan semalam iaitu 35 darjah Celsius masing-masing di Temerloh, Pahang; Mersing, Johor; Kuala Krai, Kelantan dan Subang, Selangor.
Marjaki Rawo , Khamis, Jun 12, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog