2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Mental sihat hidup sejahtera

Siapa pun mampu melakukan perubahan kecil yang berupaya memberi impak besar dalam kesihatan fizikal dan mental. Biarpun rata-rata mementingkan kesihatan fizikal, aspek keseimbangan mental perlu diambil kira kerana kesannya yang lebih mendalam pada diri seseorang individu.
 
Membuat perubahan mudah bagaimana untuk menjalani kehidupan lebih baik tidak memerlukan kos tinggi, malah tidak mengambil masa yang lama.
 
Menikmati kesihatan mental bermakna kita berupaya menikmati rasa kesejahteraan dalam hidup, dapat berfungsi dengan baik setiap hari dan yakin pada diri kala menyahut cabaran.
Sama seperti kesihatan fizikal, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan mental kita.
  • Berhubung dengan individu lain. Mengembang dan mengekalkan hubungan kukuh dengan orang sekeliling dapat membantu memperkayakan lagi tahap keyakinan diri kita.
    • Kualiti hubungan peribadi kita mampu memberi pengaruh besar kepada kesejahteraan diri secara keseluruhan. Membahagikan masa dan usaha bagi membina hubungan yang kukuh boleh membawa kepada ganjaran lebih besar untuk diri.
  • Ambil masa untuk menikmati kehidupan. Sediakan peluang dan masa untuk melakukan aktiviti, hobi atau projek yang digemari. Biarkan diri bertindak spontan dan kreatif. Jangan hadkan kemampuan diri.
  • Menyertai kelab membabitkan aktiviti kegemaran. Kelab tarian, kelab buku, kelab muzik, kelab memasak mahupun kelab 'dating' (janji-temu).
    • Menjadi sebahagian daripada ahli kelab membuatkan kita rasa lebih dihargai, terutama apabila setiap ahli kelab berpeluang berkongsi idea dan meluahkan perasaan.
  • Berbakti kepada komuniti. Menjadi sukarelawan untuk sesuatu isu atau kempen yang dirasakan sesuai dengan personaliti diri. Membantu jiran dan gotong-royong bersama penduduk setempat juga dapat memberikan kestabilan pada kesihatan mental.
  • Cabar diri sendiri. Pelajari skil baru atau sahut cabaran untuk mencapai sasaran sama ada dalam dan luar tempat kerja. Mempelajari perkara baru bukan saja meningkatkan kecerdasan mental malah meningkatkan tahap keyakinan diri.
  • Rehat dan rawat. Cuba tidur secukupnya. Cuba tidur pada waktu sama setiap hari dan amalkan tabiat yang baik untuk mendapatkan tidur lena.
    • Tidur membantu tubuh dan minda berehat. Rasa letih disebabkan kurang tidur yang kerap hanya akan menyebabkan diri hilang fokus pada diri sendiri.
  • Minta bantuan. Memang sukar untuk mengatakan diri mengalami masalah dan ramai yang memilih untuk menafikannya. Meminta bantuan dalam konteks ini bukanlah bermakna meminta dibawa berjumpa pakar psikologi dan sebagainya.
    • Cukuplah jika anda ada teman dan pendengar cerita, selain meminta bantuan untuk beberapa perkara yang selama ini dianggap kecil.
Unknown , Rabu, Jun 11, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog