JEDDAH, 8 Jun - Pencakar langit Burj al-Mamlakah yang dibina di sini, bakal dilengkapi dengan lif dua tingkat paling laju di dunia yang mampu bergerak pada jarak 10 meter hanya dalam tempoh satu saat.
Mail Online melaporkan, lif itu membolehkan pengguna bergerak pada jarak 660 meter dalam sekali pecutan, sekali gus membenarkan mereka naik atau turun dengan lebih pantas.
Bagaimanapun, pengguna yang fobia kepada kelajuan mungkin terpaksa melupakan hasrat menaiki lif yang bakal dipasang pada pencakar langit setinggi 1,000 meter itu apabila siap dibina empat tahun lagi.
Pengarah teknologi tinggi Kone, syarikat yang yang membangunkan lif itu, Santeri Suoranta berkata, pengguna tidak sepatutnya merasa loya ketika menaiki lif ke puncak menara.
Katanya, pengguna mungkin hanya akan berasa kurang selesa pada bahagian telinga, sama seperti ketika kapal terbang mula terbang atau mendarat.
"Semasa menggunakan lif pada kelajuan itu, faktor utama yang perlu dipertimbangkan adalah getaran menegak dan sisi, bunyi bising dan perubahan tekanan.
"Berdasarkan kajian, kami tahu bahawa kelajuan 36 kilometer sejam masih boleh dianggap sebagai selesa dan pengguna tidak akan merasa sakit," kata Suoranta.
Lif-lif yang dipasang pada Burj al-Mamlakah, menggunakan kabel gentian karbon berteknologi tinggi dan teknologi 'UltraRope' yang pada satu hari nanti membolehkan lif menaiki jarak 1,000 meter sekali pecutan.
Pencakar langit yang turut menempatkan ruang pejabat, hotel dan pangsapuri itu sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2018.
Secara keseluruhan, Burj al-Mamlakah dilengkapi sebanyak 65 buah lif termasuk tujuh lif dua tingkat yang dibangunkan oleh Kone.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "