BANGI, 1 Jun 2014 - Masyarakat masa kini harus tahu menguruskan perbezaan di antara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar atau palsu demi menguatkan keutuhan perpaduan umat Islam dalam negara ini.
"Antara faktor kesesatan akidah yang memesongkan akidah sesebuah pihak atau individu daripada ajaran Islam sebenar ialah kejahilan terhadap agama yang disengajakan walaupun mereka telah mengetahui kebenaran ilmu amalan atau ajaran tersebut," kata Pakar Syariah dan Akidah Jakim, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
"Apabila iman dalam diri seseorang itu menjadi lemah dan hawa nafsu menggoda diri, ianya juga boleh menjadi faktor yang menyebabkan seseorang atau pihak itu menolak atau memesongkan ajaran Islam yang sebenar," tambahnya lagi.
Zulkifli berkata demikian dalam Program Dakwah Ijtima' Ahlus Sunnah Wal Jamaah Peringkat Kebangsaan 2014, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, masyarakat Islam tidak boleh menolak, menafikan atau mengingkari hakikat Islam itu sendiri kerana ianya pasti akan mendatangkan mudarat kepada diri, pegangan agama serta pandangan masyarakat terhadap agama Islam.
Tambahnya, Ahli Sunnah Wal Jamaah layak dijadikan sebagai rujukan kerana golongan tersebut sentiasa mengekalkan sifat sederhana serta berpegang teguh terhadap ajaran dan amalan kitab serta sunnah nabi.
"Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan yang mempunyai pegangan yang paling bijak, paling selamat dan adil, mereka menolak takwilan tanpa merujuk kepada asas ilmiah dan mereka menerima segala hukum yang berkaitan dengan syarak," jelasnya.
Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai khususnya masyarakat Islam supaya lebih berhati-hati dalam membezakan golongan ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar supaya tidak menimbulkan kesesatan dalam ajaran Islam. - Sinar Harian
Isnin, Jun 02, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Harus tahu bezakan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "