2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Haram jika terus merokok

SHAH ALAM, 1 Jun 2014  - Majlis Fatwa telah memutuskan merokok adalah diharamkan sejak ia diwartakan pada 1995, tetapi masih ramai memandang ringan terhadap fatwa tersebut.
 
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata,  fatwa juga memutuskan bahawa merokok adalah haram kerana boleh mendatangkan kemudaratan.
 
Justeru menurutnya, bagi yang terus merokok terutama orang Islam, ia jatuh haram dan berdosa besar kerana tidak meninggalkan perkara yang ditegah oleh agama.
 
"Sekiranya perokok itu sedang berusaha untuk berhenti daripada ketagihan merokok, ia telah jatuh kepada hukum makruh.
 
"Ia berdasarkan pandangan sesetengah ulama, yang meringankan hukum itu kepada mereka yang berusaha untuk berhenti daripada tabiat tidak berfaedah itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas apakah hukumnya jika terdapat DNA babi pada puntung rokok, tetapi ramai orang Islam tidak berhenti menghisapnya.
 
Mengulas lanjut, katanya, rokok telah diketahui mengandungi pelbagai racun di dalamnya yang boleh menjejaskan kesihatan, justeru ia wajib dielakkan.
 
"Dari segi penjualan juga masih berleluasa sehingga mudah untuk diperoleh, baik rokok murah atau mahal seterusnya membuka ruang perokok untuk terus menikmatinya," katanya.
 
Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, rokok tetap haram walaupun fatwa yang dikeluarkan tidak menggariskan mengenai DNA babi terkandung pada putung rokok.
 
Beliau berkata, jika terbukti benar terdapat DNA babi pada rokok, maka setiap umat Islam wajib untuk berhenti merokok.
 
"Namun, jika tiada DNA babi pada rokok pun, sebenarnya dah jatuh hukum haram kerana kandungannya telah haram.
 
"Beberapa kandungan yang terdapat dalam rokok seperti tar dan nikotin telah disahkan oleh doktor memudaratkan kepada penghisapnya dan jika benar ada DNA babi, maka lagi haram untuk perokok menghisapnya," katanya.
 
Menurutnya, kandungan dalam fatwa haram berkaitan rokok yang telah dikeluarkan menyentuh kepada beberapa aspek sehingga rokok dikategorikan sebagai haram.
Penceramah bebas, Dr Abd Basit Abd Rahman pula berkata, berdosa besar bagi yang terus merokok kerana ia salah satu maksiat.
 
"Kempen pencegahan yang kurang dilakukan kerajaan juga, menyebabkan gejala rokok ini tidak dapat dihentikan walaupun dikatakan mengandungi bahan-bahan haram di dalamnya.
 
"Ketegasan kerajaan amat penting dalam usaha membanteras orang Islam terutamanya terus menghisap rokok," katanya.
Unknown , Isnin, Jun 02, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog