Washington, 15 Jun 2014 - Saintis telah menemui kaedah baru untuk membaiki kerosakan gigi. Konsep penggunaan cahaya laser untuk menarik sel-sel stem badan sendiri dikatakan mampu memberikan hasil terbaik dalam bidang pergigian.
Penyelidik menggunakan kuasa cahaya laser rendah menarik sel stem gigi untuk membentuk dentin iaitu tisu keras seperti tulang yang membentuk keseluruhan struktur gigi. Kajian itu membabitkan uji kaji menggunakan tikus dan sel manusia.
Bukan seluruh gigi
Bagaimanapun, mereka tidak menumbuhkan keseluruhan gigi kerana pada bahagian enamel ia amat sukar untuk dilakukan.
Kaedah ini juga dikatakan mampu mengurangkan rawatan pada akar gigi, proses yang lebih menyakitkan untuk membuang saraf mati dan pembiakan bakteria daripada dalam gigi.
Penyelidik Institut Penyelidikan Pergigian dan Craniofacial Kebangsaan, sebahagian daripada Institut Kesihatan Amerika Syarikat, Praveen Arany, berkata sebagai seorang doktor gigi terlatih beliau berasakan kaedah baru itu mampu memberikan kesan terbaik dalam industri klinikal pergigian.
"Kami berharap ujian klinikal manusia akan mendapat kelulusan dalam masa terdekat," katanya.
Profesor Kejuruteraan Bio Universiti Harvard, David Mooney, berkata, model rawatan mereka tidak memperkenalkan sesuatu yang baru kepada badan dan laser adalah rutin yang digunakan dalam bidang perubatan dan pergigian, jadi halangan untuk terjemahan klinikal adalah rendah.
"Ia akan menjadi satu kemajuan besar dalam bidang pergigian jika kita boleh menumbuhkan semula gigi dan bukannya menggantikannya," katanya.
Menggunakan kaedah pertumbuhan semula yang sedia ada, ahli sains mesti mengambil sel stem dari badan, memanipulasi di makmal dan meletakkan ia kembali ke dalam badan. Ia satu teknik yang mudah merangsang sel yang sedia ada. – Agensi
Isnin, Jun 16, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Guna laser tumbuh semula gigi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "