Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:31 AM

7Rabu,Mei

Sonia Gandhi: Wanita berpengaruh di India

Sikap Sonia yang mesra rakyat membuatkannya begitu disenangi penduduk di India.
 
BELIAU menduduki tempat kesembilan antara 100 wanita paling berkuasa di dunia oleh majalah Forbes. Namanya juga kini hangat di India kerana merupakan salah seorang calon yang bertanding dalam pilihan raya di negara itu.
 
Sonia Gandhi, menyandang jawatan Presiden Kongres Kebangsaan India sejak 1998 selepas kematian suaminya bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi tujuh tahun sebelum itu.
 
Pada September 2010, beliau dipilih semula untuk kali keempat sekali gus menjadikannya presiden paling lama berkhidmat dalam sejarah 125 tahun Kongres.
 
Penganalisis percaya pilihan raya umum kali ini akan memberi cabaran kepada beliau ekoran partinya akan menentang kebangkitan pembangkang utama Parti Bharatiya Janata (BJP) yang diketuai calon perdana menteri kontroversi Narendra Modi.
 
Kehidupan peribadi
Sonia atau nama sebenarnya Edvige Antonia Albina Maino dilahirkan pada 9 Disember 1946 di Lusiana, Itali.
 
Bapanya Stefano Maino adalah seorang kontraktor dan memiliki perniagaan pembinaan di Orbassano.
 
Pada 1964, beliau mengambil kelas Bahasa Inggeris di sekolah bahasa di Bell Educational Trust di bandar Cambridge.
 
Di sini, beliau bertemu Rajiv, seorang pelajar kejuruteraan mekanikal di Universiti Cambridge yang juga anak Perdana Menteri India, Indira Gandhi.
 
Mereka kemudiannya berkahwin pada 1968 dan berpindah ke kediaman rasmi perdana menteri.
 
Pada awalnya, Sonia tidak menggemari makanan dan pakaian India. Malah, beliau pernah menimbulkan kontroversi apabila bergambar dengan memakai skirt pendek.
 
Namun, pada 1970 beliau bertekad mempelajari budaya India dan belajar bahasa Hindi walaupun tidak fasih untuk bertutur bahasa tersebut.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Rahul Gandhi dan Priyanka Vadra. Walaupun tinggal bersama keluarga berpengaruh, namun Sonia dan Rajiv dielakkan menceburi  dunia politik.
 
Rajiv bertugas sebagai juruterbang manakala Sonia hanya seorang suri rumah. Apabila Indira digulingkan daripada jawatan pada 1977, mereka sekeluarga berpindah ke luar negara untuk seketika.
 
Bagaimanapun, karier politik Rajiv bermula pada 1982 selepas kematian adiknya Sanjay Gandhi dalam nahas pesawat pada 23 Jun 1980.
 
Perjuangan
Di bawah kepimpinan Sonia selepas kematian suaminya, parti Kongres India menunjukkan prestasi paling teruk pada pilihan raya 1999. Namun, ia kembali bangkit dan memenangi pilihan raya umum pada 2004 dan 2009.
 
Sejak itu, beliau memaparkan pendekatan lebih agresif. Pada 2004, pihak lawan beliau cuba menjadikan keturunan Italinya sebagai isu untuk pilihan raya, tetapi atas usaha dan kepercayaan yang kuat kempen mereka tetap berjaya.
 
Ia kerana, beberapa tahun sebelum pilihan raya, Sonia telah menyerahkan pasport Itali miliknya untuk menjadi warganegara India sepenuhnya.
 
"Saya tidak pernah berasa masyarakat melihat diri saya sebagai orang asing, kerana saya bukan begitu. Saya India," katanya.
 
Episod duka
Rajiv dilantik menjadi perdana menteri pada tahun 1984 sehari selepas ibunya yang ketika itu menyandang jawatan sama dibunuh. Tujuh tahun kemudian keluarga ini sekali lagi diuji apabila Rajiv pula dibunuh seorang pengebom berani mati pada perhimpunan di Tamil Nadu.
 
Sonia dipujuk ahli Kongres selama beberapa tahun untuk menggantikan tempat suaminya. Akhirnya pada tahun 1998, beliau bersetuju menjadi presiden Kongres dan memberi kemenangan kepada parti dalam pilihan raya parlimen 2004 dan 2009.
 
Pada 2010, beliau meminta mahkamah memberi pengampunan kepada seorang wanita yang terlibat dalam serangan bom yang membunuh suaminya.
 
Nalini, merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan anak perempuannya berumur tujuh tahun akan menjadi yatim jika dia dijatuhkan hukuman gantung.
 
Sekitar 2006, beliau mengalami masalah sakit tulang belakang lalu melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen, namun mengikut dakwaan sesetengah pihak tindakan itu dilihat sebagai menagih simpati masyarakat.
 
Jalani pembedahan
Sonia menjalani pembedahan di Amerika Syarikat pada Ogos 2011 dan kembali semula ke India pada 9 September. Bagaimanapun, sebab pembedahan tidak diketahui dan banyak spekulasi timbul mengatakan bahawa pembedahan dilakukan di Memorial Sloan-Kattering Cancer Center di New York.
 
Beliau juga pernah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 50 personaliti yang memakai pakaian terbaik bagi kategori umur 50-an oleh Guardian pada Mac tahun lalu.
 
Menurutnya, beliau menggunakan tema ringkas adalah bergaya.
 
 
 

* Oleh Norhana Fariza Harun, Sinar Harian, 7 Mei 2014
Unknown , Rabu, Mei 07, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog