IMEJ yang diambil pada 18 Mac 2014 menunjukkan asas empat piramid ditemui oleh pasukan arkeologi Perancis yang diketuai oleh Claude Rilly di Sedeinga, 500 kilometer ke utara ibu negara Khartoum.
EL-KURRU, Sudan, 10 Mei - Piramid yang sebelum ini diketahui hanya wujud di Mesir, kini turut ditemui di kawasan gurun di utara Sudan.
Kawasan gurun di utara Sudan itu yang masih belum diterokai sepenuhnya itu dipercayai menyimpan banyak warisan arkeologi tersembunyi yang berusia kira-kira 2,000 tahun dahulu.
Kini ahli arkeologi bersedia untuk memperluaskan penjelajahan kawasan tersebut selepas mendapat pembiayaan daripada Qatar.
Projek menggali itu mendapat pembiayaan sebanyak AS$135 juta (RM435 juta) daripada negara Teluk itu sekali gus dijangka bakal merubah landskap Sudan sebagai tarikan pelancong terbaru.
Sebelum ini, usaha penggalian hanya menggunakan kereta sorong dan penyodok sekali gus melambatkan para buruh menemui sisa monumen termasuk piramid dan kuil.
""Ahli arkeologi mempunyai impian bahawa tapak ini akan menarik lebih banyak minat,'' kata ketua misi mengorek tapak Sudan-Amerika Syarikat (AS), Abbas Zarook di sini, kira-kira 300 kilometer daripada barat laut Khartoum.
Abbas berkata, pembiayaan Qatar bagi projek selama lima tahun itu diumumkan pada Mac lalu dan akan menyokong pencarian seterusnya di El-Kurru dan tempat-tempat lain.
""Tanpa bantuan Qatar, tidak ada seorang pun akan tahu berapa lama khazanah ini akan terus tersembunyi.
"Malah saya tidak fikir kita akan menemui semua monumen bawah tanah dalam tempoh lima tahun, oleh itu kita mengharapkan pembiayaan ini akan diteruskan," katanya.
Pembiayaan Qatar itu akan menyokong projek-projek oleh beberapa negara asing dan Sudan di utara negara ini dengan penggalian pertama hanya bermula 100 tahun lalu.
Tahun lalu, hampir 600,000 pelancong melawat Sudan dengan El-Kurru dan kawasan perkuburan purba menjadi tarikan mereka. – AFP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "