/

Pekerja piramid guna pasir basah untuk pindah bongkah batu

AMSTERDAM, 1 Mei - Sepasukan penyelidik di Belanda mendakwa mereka berjaya menemui kaedah yang digunakan oleh masyarakat Mesir purba untuk membina piramid pada era pemerintahan firaun, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
 
Sebelum ini, pakar-pakar dan saintis keliru tentang bagaimana pekerja pada era tersebut boleh memindahkan bongkah-bongkah batu gergasi yang digunakan untuk membina piramid dari tebing sungai tempat ia diambil menuju ke lokasi pembinaan.
 
Kini, pasukan penyelidik berkenaan memberitahu bahawa pekerja-pekerja itu menggunakan pasir basah.
"Buruh-buruh Mesir purba meletakkan objek berat (bongkah batu) pada papan pelantar yang ditolak di sepanjang laluan pasir basah untuk membina piramid," kata penyelidik-penyelidik Universiti Amsterdam di ibu kota Belanda di sini.
 
"Campuran air yang betul menjadikan pasir basah itu dua kali ganda lebih tegar berbanding pasir kering," tambah mereka.
 
Menurut pasukan penyelidik berkenaan, pelantar papan itu meluncur jauh lebih pantas dan mudah melalui laluan pasir basah kerana tiada lebihan pasir akan menimbun di hadapan papan tersebut seperti yang berlaku jika pasir kering digunakan.
 
Mereka membuat rumusan tersebut selepas melakukan beberapa eksperimen.
 
Siri eksperimen itu menunjukkan pengunaan pasir basah dapat menjimatkan separuh daripada tenaga yang diperlukan untuk menarik sebuah objek berat. - Agensi
Marjaki Rawo , Selasa, Mei 06, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog