Hoverbike yang dihasilkan syarikat Aerofex pernah dipandu uji di Gurun Mojace, California dan dijangka dipasarkan pada 2017.
NEW YORK, 16 Mei - Motosikal terbang atau hoverbike seperti yang terdapat dalam sekuel filem sains fiksyen Star Wars: Return of the Jedi bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi selepas sebuah syarikat dari California dijangka memasarkan kenderaan itu pada 2017.
Mail Online melaporkan, hoverbike yang diberi nama Aero-X itu membolehkan pengguna memecut pada kelajuan 72 kilometer sejam sewaktu berada pada ketinggian 3.6 meter dari atas tanah.
Malah, Aero-X dilaporkan sudah boleh ditempah pada harga AS$85,000 (RM274,119) dengan penghantaran dibuat pada 2017, sekali gus membolehkan peminat filem Star Wars menikmati pemanduan dari udara.
Syarikat Aerofex menyatakan, hoverbike dengan dua tempat duduk itu boleh digunakan bagi pelbagai tujuan seperti dalam misi mencari dan menyelamat, pengawasan sempadan, operasi kemanusiaan dan perladangan.
Aero-X dilaporkan boleh terbang selama satu jam setengah dan berukuran 4.5 meter panjang serta dua meter lebar dengan ketinggian 1.25 meter dan berat 365 kilogram.
Dibina dengan menggunakan gentian karbon, Aero-X yang pernah dipandu uji di Gurun Mojave, California, mempunyai dua rotor yang menghadap tanah sekali gus membolehkannya terbang.
Aero-X yang bertindak balas kepada pergerakan pemandu dan keseimbangan semula jadi, berlepas secara menegak dan mendarat tanpa memerlukan landasan.
Model hoverbike itu juga dilengkapi beberapa ciri keselamatan termasuk beg udara dan besi penghadang.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "