KUALA LUMPUR, 26 Mei 2014 - Kadar pematuhan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang kereta berada di tahap membimbangkan, menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
Pematuhan undang-undang berkenaan pernah berada pada kadar 47 peratus ketika diperkenalkan pada awal 2009, tetapi mulai menurun pada kadar 13 peratus, hujung tahun yang sama.
Bagi tahun-tahun berikutnya, kadar pematuhan undang-undang pemakaian tali pinggang belakang secara konsisten berada pada tahap rendah iaitu 9.7 peratus pada 2010, 9.2 peratus (2011), 13.5 peratus (2012), 12.5 peratus pada tahun lepas dan setakat sekarang bagi 2014, pada 7.7 peratus.
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat melalui Pentadbiran Keselamatan Pembawa Kenderaan Persekutuan mendapati berat badan penumpang belakang bertambah 30 hingga 60 kali ganda daripada berat asal semasa kemalangan pada kelajuan 50 km sejam.
Hentakan dengan berat badan yang bertambah daripada penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar secara tidak langsung mampu mendatangkan kecederaan serius kepada penumpang hadapan.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad dalam satu sesi temu bual khas dengan Bernama berkata, JPJ telah menjalankan operasi penguatkuasaan di seluruh negara sejak empat tahun pelaksanaan undang-undang berkenaan sementara tindakan saman mula diambil pihak berkuasa pada 1 Jan 2012 terhadap pemilik kenderaan yang ingkar.
Katanya, 47,302 saman dikeluarkan JPJ sejak penguatkuasaan undang-undang itu pada awal 2012 sehingga akhir 2013 membabitkan saman terhadap kesalahan undang-undang pemakaian tali pinggang hadapan dan belakang.
Johor mencatatkan kes saman paling tinggi dengan jumlah saman sebanyak 1,932 pada 2012 dan 8,997 saman pada 2013, katanya.
"Tahun lepas, lebih kurang satu hingga dua operasi besar-besaran telah dijalankan di seluruh negara, dan pada tahun ini kita akan cuba tingkatkan kepada tiga hingga empat operasi untuk memantau pematuhan undang-undang tersebut," katanya.
Peraturan penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Jan 2009 melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika sabit kesalahan, kompaun maksimum sebanyak RM300 boleh dikenakan, dan tindakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh diambil mahkamah.
Untuk sabitan kali kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya juga boleh dikenakan.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah dalam satu wawancara bersama Bernama pula berkata tahap kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keselamatan penggunaan jalan raya masih rendah dengan hampir 20 kematian direkodkan sehari.
"Mereka adalah ibu kepada seseorang, anak kepada seseorang, suami kepada seseorang dan adalah penting jika individu itu sendiri menyedari kepentingan mematuhi undang-undang jalanraya, bukan hanya memakainya (tali pinggang keledar) kerana takut disaman pihak berkuasa," katanya.
Justeru, beliau berkata pihaknya akan mengambil pelbagai langkah bagi menurunkan kadar kematian kemalangan untuk setiap 10,000 kenderaan pada kadar dua peratus menjelang 2020, katanya.
Banyak kempen kesedaran kini sedang dan akan dilakukan pihak JKJR dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan sekolah untuk menyemai sikap pemanduan berhemah dan memberi kesedaran akan pentingnya mematuhi peraturan jalanraya, katanya. - Bernama
Selasa, Mei 27, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang MIROS : Pematuhan Tali Pinggang Belakang Pada Tahap Membimbangkan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "