Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 11:41 AM

2Jumaat,Mei

CAP saran kajian semula pemberian vaksin HPV

GEORGETOWN, 30 April 2014 - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan Kementerian Kesihatan mengkaji semula program suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) untuk mencegah kanser serviks kepada pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dimulakan sejak 2010.
 
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata vaksin jenis Gardasil dan Cervarix yang digunakan sekarang hanya melindungi empat daripada 40 jenis HPV yang dikaitkan dengan kanser.
"Bukan semua HPV menyebabkan kanser serviks dan kajian menunjukkan 25 daripada 38 wanita yang menghidap kanser mempunyai jenis HPV yang tidak dilindungi kedua-dua jenis vaksin berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Beliau berkata, HPV yang menjadi kanser serviks disebar menerusi hubungan seksual justeru pemberiannya kepada pelajar perempuan seawal usia 13 tahun di negara ini dilihat kurang sesuai.
 
Turut hadir penyelidik HPV dan kanser serviks merangkap Pensyarah Kanan Toksikologi dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Md Azman Seeni Mohamed.
 
Dr Md Azman berkata, hasil penyeldikannya mendapati vaksin berkenaan hanya mampu melindungi tubuh dalam masa empat tahun dan menurutnya HPV bukan satu-satunya penyebab kanser sebaliknya faktor gaya hidup dan makanan turut meningkatkan risiko penyakit itu.
 
Beliau berkata, kesan sampingan vaksin itu sendiri berbanding kanser serviks turut tidak boleh dipandang ringan memandangkan tidak semua individu sesuai menerimanya apatah lagi ia membabitkan kos tinggi.
 
"Dana yang diperuntukkan kerajaan untuk program itu boleh diganti dengan program mempergiatkan ujian pap smear secara berkala terutama kepada ibu hamil, wanita yang akan berkahwin dan wanita berusia 17 tahun ke atas," katanya.
 
Beliau meminta kementerian mengadakan kajian menyeluruh sejak pelaksanaan program itu bagi menilai sejauh mana keberkesanannya dalam mencegah kanser serviks di negara ini. - Bernama
 
Unknown , Jumaat, Mei 02, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog