PETALING JAYA: Satu dalam setiap enam pasangan suami isteri bandar di Malaysia menghadapi kesukaran untuk menimang cahaya mata ekoran pelbagai faktor seperti kesihatan dan sosial, menurut pakar.
Perunding urologi, Dr Muhilan Parameswaran berkata masalah ini disebabkan tahap tekanan di kalangan penduduk bandar, pencemaran alam sekitar dan antara lain, tabiat pemakanan yang tidak sihat.
"Dalam tempoh 10 tahun lalu, kesedaran tentang kemandulan, terutama di kalangan lelaki, tidak tinggi. Mereka ini sama ada tidak mampu untuk mendapatkan rawatan atau mereka hanya cenderung untuk mengabaikan masalah ini.
"Bagaimanapun, sejak aspek penjagaan kesihatan menjadi semakin mudah, kita cenderung untuk meneliti lebih banyak kes seperti itu di Malaysia," kata beliau di luar acara Ceramah Kesihatan anjuran Pusat Perubatan Tropicana di sini, Sabtu.
Dr Muhilan berkata ramai lelaki masih malu untuk membincangkan tentang kemandulan dan pasangan ini biasanya lewat menjalankan ujian walaupun masalah boleh diatasi. Beliau berkata, tanggapan umum di kalangan lelaki adalah masalah ini disebabkan ketidakupayaan wanita untuk hamil.
"Lelaki suka menganggap dan meletakkan kesalahan kepada wanita kerana tidak hamil. Kebanyakan kes mandul di kalangan lelaki adalah disebabkan masalah hormon, mati pucuk, sperma tidak sihat atau berkualiti rendah serta pergerakan yang perlahan untuk mencapai dan menembusi ovum," tambah beliau.
Dr Muhilan berkata satu lagi salah faham yang biasa ialah mengenai saiz zakar yang dikaitkan dengan keupayaan untuk hamil.
"Ia semestinya tidak benar kerana saiz tidak penting apabila kita membincangkan tentang masalah kemandulan," tambah beliau.
Perunding Obstetrik dan pakar sakit puan, Dr Arifah Mohd Amin berkata rakyat Malaysia perlu mengekalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko kemandulan.
"Berat badan di kalangan wanita dan lelaki boleh meningkatkan kesuburan. Bagi wanita, terlalu kurus atau obesiti boleh membawa kepada banyak masalah termasuk membawa kemudaratan kepada bayi mereka. Mereka juga boleh mengalami kesukaran semasa melahirkan bayi," katanya.
Seorang lagi perunding Obstetrik dan pakar sakit puan, Dr Yong Jee Kien menggesa pasangan muda untuk bertemu pakar jika mereka gagal untuk hamil selepas setahun. - mStar online
Jumaat, Mei 16, 2014
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 1 Daripada 6 Suami Isteri di Bandar Gagal Dapat Anak! silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "