2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 7:17 PM

23Rabu,April

Menteri Kesihatan Arab Saudi dipecat

Jumlah kematian akibat MERS-CoV meningkat kepada 81 kes
Penumpang melalui mesin pengimbas di kawasan kuarantin perubatan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila di Paranaque, selatan Manila, pada 16 April lalu berikutan penularan MERS-CoV di Arab Saudi. - Foto AP
 
RIYADH, 23 April 2014 - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Saudi memecat menteri kesihatan negara itu Abdullah al-Rabiah kelmarin, pada ketika jumlah kematian akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di negara itu meningkat kepada 81 dan kes jangkitan turut meningkat.
 
Agensi berita negara itu melaporkan bahawa menteri buruh, Adel Faqih mengambil tugas sementara sebagai menteri kesihatan sehingga seorang pengganti dipilih.
 
Ia menyatakan al-Rabiah kini menjadi menjadi penasihat kepada Mahkamah Diraja.
 
Al-Rabiah bercakap pada sidang media di Riyadh pada Ahad lalu sehari sebelum dipecat. - Foto Reuters
 
Tiada sebab diberikan atas pemecatan itu, tetapi ia berlaku ketika negara itu sedang berusaha keras untuk mengawal MERS daripada merebak.
 
Al-Rabiah, minggu lalu melawat hospital di Jeddah untuk menenangkan penduduk yang dilanda panik berhubung penularan virus berkenaan di kalangan kakitangan perubatan yang mencetuskan penutupan sementara bilik kecemasan hospital.
 
Sementara itu kementerian kesihatan lewat kelmarin menyatakan seorang warga Arab Saudi berusia 73 tahun yang menderita penyakit kronik meninggal dunia di Riyadh, dan seorang lagi yang didiagnos dengan virus itu berusia 54 tahun, meninggal dunia di Jeddah.
 
Kementerian berkata, ia mendaftarkan 261 kes jangkitan di seluruh negara itu sejak penemuan MERS pada September 2012.
 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada 17 April lalu, ia dimaklumkan mengenai 243 kes jangkitan MERS yang disahkan makmal di seluruh dunia, termasuk 93 kematian.
 
MERS pada awalnya bertumpu di timur Arab Saudi tetapi kini melanda kawasan lain.
 
Virus berkenaan dianggap membawa maut tetapi kurang dipindahkan berbanding virus Sindrom Pertahanan Yang Teruk (SARS) yang melanda Asia pada 2003 dan menjangkiti 8,273 orang, sembilan peratus daripadanya meninggal dunia.
 
Pakar masih berusaha memahami MERS, dan masih tiada vaksin.
 
Kajian terbaru menunjukkan virus berkenaan amat biasa pada unta sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, dan mungkin dipindahkan secara langsung daripada haiwan kepada manusia. – AP/AFP
Unknown , Rabu, April 23, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog