2+4 hrs...Twogether Fourever

/

'Keajaiban' baru pesakit lumpuh

Empat lelaki gerakkan kaki selepas arus elektrik rangsang otot
Dari kiri Andrew Meas, Dustin Shillcox, Kent Stephenson dan Rob Summers, empat pesakit pertama yang menjalani rawatan kecederaan saraf tunjang melalui 'implan epidural.' - Foto AFP
 
New York, 13 April 2014 - Empat lelaki yang lumpuh dari dada ke bawah lebih dua tahun dan diberitahu mereka tiada harapan untuk pulih, berjaya menggerakkan kaki masing-masing 'meskipun belum boleh berjalan' selepas sejenis alat yang mengeluarkan arus elektrik dimasukkan ke dalam tulang belakang mereka, demikian menurut laporan penyelidik.
 
Menurut saintis, kejayaan itu meskipun hanya membabitkan bilangan kecil pesakit, memberi harapan bahawa kaedah asas perubatan baru yang mungkin boleh membantu ramai daripada enam juta rakyat Amerika yang lumpuh, termasuk 1.3 juta yang mengalami kecederaan saraf tunjang. Malahan, bagi mereka yang kes ditafsir sebagai tiada harapan dan tidak diberikan program pemulihan lanjut mungkin akan mendapat faedah daripadanya.
 
Kini terdapat potensi lebih besar pesakit kecederaan saraf tunjang untuk pulih" Susan Harkema, Pakar Neurologi KSCIRC
 
Keputusan itu juga merungkai keraguan mengenai andaian utama kecederaan saraf tunjang, bahawa rawatan memerlukan pakar neurologi kecederaan untuk menumbuhkannya semula atau menggantikannya dengan sel stem.
 
Kedua-dua pendekatan terbukti sukar dan dalam kes sel stem, ia mencetus kontroversi.
 
"Mesej utama di sini ialah mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang seperti ini tidak lagi perlu beranggapan bahawa mereka mengalami lumpuh sepanjang hayat," kata Pengarah Institut Kebangsaan Bio-Kejuruteraan dan Bio-Perubatan, Institut Kesihatan Kebangsaan, Dr Roderic Pettigrew.
 
"Mereka boleh mencapai tahap reaksi yang dilakukan sendiri," yang disifatkannya 'penemuan penting' dalam penyelidikan kecederaan saraf tunjang.
 
Harapan pulih
Pakar Neurologi Pusat Penyelidikan Kecederaan Saraf Tunjang Universiti Louisville Kentucky (KSCIRC), Susan Harkema, yang mengetuai penyelidikan baru itu berkata: "Satu daripada perkara utama yang dibuktikan daripada penyelidikan ini ialah kini terdapat potensi lebih besar pesakit yang menghadapi kecederaan saraf tunjang untuk pulih meskipun tanpa simulasi elektrikal."
 
Penyelidikan itu berasaskan kepada kes seorang pesakit lumpuh yang dilaporkan oleh pasukan Harkema pada 2011.
 
Bintang bola lisut kolej, Rob Summers mengalami kecederaan dalam kes kemalangan langgar lari pada 2006, yang menyebabkan dia lumpuh dari leher ke bawah.
 
Implan 'arus elektrik'
Pada akhir tahun 2009, Summers menerima 'implan epidural' betul-betul di bawah tempat yang cedera. Alat seberat 72 gram itu mula mengeluarkan arus elektrikal pada frekuensi dan kekerapan berbeza yang merangsang neuron di saraf tunjang. Tiga hari kemudian dia boleh berdiri sendiri dan pada tahun 2010, dia mula membuat langkah pertamanya.
 
Harkema berkata, beliau dan pasukannya tidak menaruh harapan besar kepada dua lagi pesakit.
 
Kent Stephenson, yang lumpuh akibat kemalangan motocross pada tahun 2009 ketika berusia 21 tahun dan selepas berbulan-bulan dirawat di Colorado, berkata: "Mereka kata saya tidak akan boleh menggerakkan kedua-dua kaki sehingga bila-bila, tiada harapan."
 
Bagaimanapun 11 hari selepas menerima simulator RestoreAdvanced, Stephenson berjaya menggerakkan kaki kirinya yang lumpuh ketika beliau baring. - Reuters
Unknown , Isnin, April 14, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog